Thursday, October 28, 2010

Lucky Draw Anak Ayah



Salam

Jom Join Lucky Draw anjuran Aisha dan Ayem

Lucky draw ni senang jer, Follow syarat - syarat penyertaan kat bawah

Lucky draw ni terbuka untk semua, ada anak ker, takde anak ker, budak kecil ke, budak besoq ker..asalkan rakyat malaysia..

"LUCKY DRAW ANAK AYAH"
bermula dari 27 Oct 2010 sehingga 12 Nov 2010 jam 10:00 pagi

Syarat - syarat penyertaan

1st - MESTI follow blog Adyshariz dan Life is Fun

2nd - Letakkan Banner kat atas beserta LINK ke entri ni di sidebar

3th - Tinggalkan jejak anda di ruangan komen
letakkan sekali ID follower dan link ke blog korang

Senang kan !!...
pada yg buat entri, akan ada 2 cabutan untuk korang
Kalau tiada 1 cabutan aje..

kat sini ada link entri hadiah yg latest..sponser by someone special ..hehe
my hubby la.. click SINI for detail...

Hadiah !!

Tempat Pertama x 1
RM30
sehelai T-shirt


Tempat Kedua x 1
RM20
sehelai T-Shirt


Tempat Ketiga x 1
RM10
sehelai T-Shirt


SAGUHATI x 2
Sehelai Tuala
Keychain


Gambar hadiah akan di upload kemudian..

Cabutan akan di lakukan oleh
pada 15/11/2010 jam 9:00 pagi

Saturday, October 23, 2010

Lirik lagu KALAU BERPACARAN.. by Altimet, Anna Raffali dan Sohaimi Mior Hassan


salam

sekarang ni kalau dengar radio... ERA atau SINAR FM, mesti ada kedengaran lagu ni, mmg layan gak la.. nampaknya irama retro dh kembali bernafas, Lirik lagu yg ringan dan penuh teladan..

aku slalu nyanyi lagu ni tuk adik2 aku, tapi aku tambah skit la.. ikut suka aku..hehe, tambah skit lirik dosa pahala, api neraka, hah amik korang...


beli CD pon okay gak, boleh layan lagu diorang yg lain

korang layankan jelah lagu ni.. rasa - rasa tensen, bole jer dgr lagu ni.. pastu kalau nampak ade couple yg tengah buat projek X diorang, korang nyanyi je KUAT-KUAT , sumbang pon sumbang lah janji lepas geram korang tu..kui..kui..kui

mp3 lirik lagu kalau berpacaran

ni la awek dlm lagu ni Anna Raffai

suka pakai baju kurung uuu... cantekk



LIRIK LAGU : KALAU BERPACARAN

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus


Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

Berita Gumbira untuk pengganggur sekalian..


Salam

Anda masih belum mempunyai pekerjaan...

Hendak bekerja??

Kerja Apa?? ceh..iklan macam apa tah..hehe

okay..okay aku nak citer yg my company tengah mencari

6 orang yg boleh mengisi jawatan kosong sebagai Engineering Assistant, kelayakan di perlukan adalah diploma (electrik/electronic/mechanical atau mechatronic)

gaji : sblm confirm RM1500 slps confirm : RM1600
benefit : Bonus 2 bln / dinner / cuti banyak / insuran / ada uniform(jimat beb)
klinik panel bersepah dan memacam lagi..

hah ! apa tunggu lagi meh la join..

DAN

ada 1 jawatan kosong utk IT member

berminat!! kalau berminat just inform me , insyaAllah akan di bantu dgn sedaya upaya..
tapi aku bukan org HR ya.. cuma seorang balaci yg rajin..hehe..rajin ker?

company jepun yg bernama
EPSON TOYOCOM MALAYSIA SDN BHD (pi lah search)
Dah establish selama 35 tahun
bisness more to semiconductor produk

kalau korang nk tau our customer one of them
is apple/nokia / sony / and many more


Harap maklum ya..

p/s : tadi ada cabutan bertuah kat opis ni, dpt jugak hadiah walaupun saguhati..hehe
thanks ya kekawan



habis dah..tengah BZ ni, nanti citer pasal lain pulak..

Thursday, October 21, 2010

Pureen Stock Clearance Promotion & Contest

Salam

Purren ada buat clearance stock
Kat mana?


Maklumat lanjut tekan SINI


kat sini pon ada contest tau..
contest apa tu??

Tom and Jerry Double Promo




































Please click here for Tom and Jerry Colouring Contest Form.


Hah! kalau anak korang nak join sila lah CLICK SiNI tuk detail,

hariz bukan tak layak, karang aku pulak yg kene warnakan pastu , confirm aku tak menang..hehe

acara bebudak takkan aku nak masuk kan...

oklah..slamat mencuba..

DOUBLE THE PRIZES, DOUBLE THE FUN!




Choose 2 items you like from the list below and share them with your friends to stand a chance to win!

HOW TO ENTER

Complete the following steps below to be in the running:
Step 1: Choose 2 items from the list below
Step 2: Allow us access to your Facebook profile (we will need to contact you should you win)
Step 3: Invite your friends to pair with you

HOW TO WIN

The winners will be determined by random selection. Increase your chances of winning by inviting more friends to join. WHY? Because there is no limit to how many invitations you can receive from your friends!

Get your hands on the prizes now!

SELECT 2 ITEMS OF YOUR LIKING



Nak tau lebih lanjut click SINI


Wednesday, October 20, 2010

Bila CUACA panas...


Salam

Kalau korang perasan, cuaca sejak kebelakangan ni mmg panas, kesian pulak bila dengar pengasuh hariz mengeluh cuaca panas, nak tidur malam pon tak selesa, Aku pon ada rasa gak sebab bila time nak mandi air tangki tu langsung tak sejuk, panas jer.. masa nilah rumah sapa - sapa yg ada ekon tu, nyaman la waktu malam, bila teringatkan mak aku, kesian pulak org tua tu, mesti kipas 24 jam sehari..

berbalik pada cerita PANAS ni, aku sebenarnya dh tensen tgk rambut budak ni, kejap - kejap tegaruk - garuk, pastu berpeluh memanjang walaupun baru lepas mandi, budak ni kalau panas mmg dia suka mengaru, pastu badan dia akan naik ruam panas.. yelah ! budak dh biase kene ekon, bila dok umah pengasuh, mmg naik aja ruam tu..

nilah rupa budak tenit sebelum aktiviti membotakkan kepala dia..

hariz, sofea n syamir (anak buah kesayangan ni)

Pujuk dulu, main kat playground

Aku memang nak BOTAK kan dia cam syamir ni hah!

.
.
.
DAN

Akhirnya sampailah masa aktiviti nak membotakkan dia
fuhhh.. berpeluh giler di buatnya
mesti org sebelah ingat aku tengah dera dia..




Bila dah settle, kene lah pujuk balik kan
hah ! nilah hasilnya

hah.. merempit ko.. turun..turun..

Bagilah dia layan UPIN IPIN jap

macam pandai jer nak klik apa...


end of the story... tak sangka cepat dh besar anak aku ni, dulu masa kecik - kecik... comei la sangat bila tengok dia, syahdu je rasa hati ni, sekarang bila dh pandai berjalan, berlari, memanjat, bercakap 2 ke 3 butir..haha..memang kawan gaduh ngan aku la .. macam - macam feel budak ni..

tapi sampai sekarang aku mmg tak bagi makan aiskrim kat dia, sebab apa?? entah aku pon tak tau, tunggu ko besor skit la hariz, selagi boleh di kawal..aku try la...

abis dahh

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST



Salam

Kali ni Aisha join contest anjuran Anas
syarat2 penyertaan ada di SINI

kategori yg hariz masuk adalah 1A iaitu
1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)

Gambar Hariz yg memakai Jubah

Nama : Azry Hariz
Umo : 1 tahun 5 bulan
Tarikh Lahir : 29/4/2009
Kategori : 1A

Harapan ibu dan Ayah :
"kami doakan yang terbaik untuk hariz, moga hariz menjadi anak yg mendengar kata
ibu dan ayah, sihat selalu dan sentiasa ceria, Ingatlah pesan Ibu dan Ayah dan jadilah anak yg soleh bukan hanya untuk dunia tetapi akhirat juga "


kali ni aisha nak TAG

Sall
mama najla

tamat penyertaan pada : 20/10/2010


Tuesday, October 19, 2010

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Aidil Masih Sayangkan Rita Sepenuh Hati

rita rudaini aidil

Macam filem Hindustan. Itulah yang dapat kami konklusikan daripada kisah rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil ini. Semua watak pun ada. Watak keluarga mentua yang tidak dapat menerima menantu. Watak seorang suami yang penyayang dan cuba pulihkan hubungan isteri tercinta dengan keluarganya. Dan paling penting, watak Ayu Raudhah yang menempel di sebalik kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Rita Rudaini yang kini hamil 2 bulan. Walaupun bergaduh, tapi masih sempat lagi meramaikan umat Islam di muka bumi. Teringat kata orang tua-tua yang pernah kami dengar. Kalau makin kerap suami isteri bergaduh, maka makin banyaklah anak yang akan keluar nanti. Nanti kami dah kawin nanti nak gaduh selalu lah.

Dan sebenarnya hubungan Rita Rudaini dan Aidil masih teguh dan kukuh. Aidil masih menyayangi Rita seperti mana di awal perkahwinan mereka dahulu. Kata Aidil:-

Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya. Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan. Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet. Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali.


Respek dan kagum kami dengan Aidil. Walaupun masih muda terserlah bakat kepimpinan seorang suami di dalam kata-katanya itu. Marilah kita sama-sama doakan agar hubungan mereka akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terlalu banyak kisah penceraian yang kita dengar di kalangan artis selama ini. Semoga mereka tak termasuk di dalam golongan tersebut.

P.S: Bila agaknya Zakuan nak datang merisik Ayu Raudhah? Kesian kami tengok Ayu Raudhah canang kat semua suratkhabar pasal rombongan merisik Zakuan. Datangnya tidak jugak.

Attention tuk Pemenang Hadiah Misteri


Salam..

Sorry..again..and again.. sebab lambat nak mengepos hadiah misteri ni,

Alhamdulillah, demam dan sakit badan dah takde, jap lagi semua hadiah ni akan di pos, semoga korang semua gumbira dgn hadiah yg tak seberapa ni..

buat pemgetahuan korang ada 2 org yg tidak menghantar email kepada aku, jadinya TIADA hadiah untuk 2 org itu..harap maklum

Jom layan picture hadiah misteri itu..ape tu?...hehe..nanti dah received baru korang akan tahu..

barulah misteri kan..!!



Total hadiah misteri yg akan di pos hanya 8 orang dan untuk adik anis..


Malam ni akak akan Top up hand phone adik sebanyak RM20.00

jadi, selamat bergumbira dgn Top up tu..

okaylah, tahniah pada semua pemenang ..

listing pemenang ada kat SINI


Saturday, October 16, 2010

Budget 2010 yg Aku suka

Salam

haha..budget dah keluar, nampaknya pekerja swasta tidak dilupaka oleh kerajaan, harap semua budget yg di keluarkan menuju ke jalan yg sepatutnya..


Ni antara budget best!!

Bagi meringankan beban pengguna lebuhraya PLUS kadar tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun.
(yeahh!! aku suka..sebab aku hari2 guna TOL, 4 hinggit pegi balik)

PM mengumumkan Skim Pencen Pekerja Swasta mulai pertengahan tahun depan.
(okay tahun depan simpan duit lagi)

Dewan gamat apabila PM mengumumkan duti 300 barangan import yang digemari oleh pelancong luar dan rakyat negara ini dimansuhkan..Antara barangan yang dimansuhkan adalah duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet,pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan!!
(hehehe..suka..suka)


Dan yang ditunggu oleh penjawat awam.. (suka la adik aku)
  • Cuti bersalin 90 hari!!(tertakluk kepada jumlah cuti yang diperuntukkan)
  • Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya.
  • Bantuan RM500 kepada penjawat awam yg akan dibayar pada Disember.
  • Menyambung khidmat pegawai khidmat singkat utk setahun lagi.


p/s : yang lain korang pi la cek kat blog lain, ni pun aku copy skit kat blog adik ni

Perfume Keluaran BARAT...HALAL ker untuk di gunakan?


Salam..

Sememangnya dah lama dapat emial pasal perfume, cuma aku malas skit nak share ngan korang, sebab bukan apa, karang ada pulak yg tak puasa hati bila baca story mory yg aku sendiri tak tahu kesahihan cerita ni..

tapi, aku nak share gak, sebab aku rasa korang dah cukup dewasa untuk menilai sendiri..kan..kan

okaylah jom layan skit ... ape citer pasal perfume ni...

gambar hanya sekadar hiasan

Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo, U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya. Alangterperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang digunakanuntuk memerapkan minyak disaluti dengan lard bagi tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo. Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yang ke tanah suci untuk membelikannya. Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri. Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri. Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada memakai minyak buatan barat.


Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat zina.....Waallahu'alam


Lagi satu email yg aku dapat

Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul 'batu besar' itu akan terus menerus saya pikul.
Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya. Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya...
gambar hanya sekadar hiasan

Cerita begini...
Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik. Sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga.
Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembeli' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Dauk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran.
Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi.
Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last."
Cukup setakat itu cerita saya kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan disana banyak terdapat minyk wangi yg tak dicampur dgn bahan dari babi.
Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu.
Ujian Allah adakalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.
gambar hanya sekadar hiasan



p/s : terpulang pada diri sendiri, tepuk dada tanya selera... yang penting kene yakin dgn apa yg kita gunakan , kalau yakin halal. teruskan, tapi kalau rasa was - was baik tak yah pakai.. nak tau halal ke haram, baik tanya org yg berpengetahuan tentang perkara2 macam ni, lagi afdal..kan..kan

maaf kalau ada yg terasa..aku pon tengah berfikir ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...