Monday, March 07, 2011

Pernah makan kat WENDY'S

Assalammualaikum

hari tu kami pi makan burger kat wendy Jaya Jasco AU setiawangsa, my sis yg belanja, maklumlah org belnja kene la dtg makan kan, ni my first time makan kat sini, bila dah makan, mmg superb beb, burger besor giler n sedap..  seyes tak tipu.. tak caya???pi lah singgah sana

jom layan gambo



 eskrem ni, rasa sedap dah, tapi bagi aku tak leh lawan mc D punya..

ini burger mmg sedap..ayam double and moist

 ni burget en.ady yg punya..triple daging burger tu..
ader rasa macm big mac skit, tapi ni lagik sedap


 ni kentang besor punya
amik perasa chili, tapi tak pedas pon..hariz mmg suka yg ni


bila time makan, wajib la mak sedara dia bawak main jauh-jauh skit..
kopak la jugak 4 hinggit main bende ni

 p/s : harga memang mahal skit dari KFc atau Mc D.. tapi bab rasa..memang sedap laa. itu pendapat aku lah kan, lain mulut lain rasa..kalau dah rasa baruu tau..sekiann



best bangat..Test Drive kerete Ford Fiesta Sedan 1.6

Assalammualaikum

Hari sabtu kami sekeluarga pi test drive kete ford fiesta, sebab terklik iklan ford kat blog ni ..hehe..macam best jer nak test drive kan..manalah tau, lepas test drive boleh menang hadiah pulak..

btw, ni 1st time kami berdua test drive kete, kata en.Ady, lepas ni kalau nk beli kete baru, kompom kami nk test drive kete, baruu best..ngheehehhe..sebabnya masa kami beli kete skrg, tak penah test pon, just tunjuk, saya mau itu ..ngehhee..mana lah tau kan,boleh test..test..ingat test food jer..makan jer ingat

jom layan gambo, ni kerete FORD fiesta sedan 1.6cc, mmg sedap bawak kete ni, power stering mmg lembut dan ringan, mmg best la, jauh beze ngan kete jenama ###@&.. harga kete ni adalah 78K..nak cakap mahal pon, takde la sangat, berbaloi la jugak kalau yg suka kete import kan..body mmg sesuai tuk kita yg berkeluarga..bak kata en.Ady, berbaloi kalau ader extra money tuk bayar instalment kete ni..hehe yolah tu
pakai kete skr bayor rm650 sebulan pon dh mengeluh, bila la nk abis bayor kete ni..hmmm






p/s : si kecik ni mmg best kalau bawak jalan-jalan..sangat senang dan tak banyak karenah..alahai anak omak..sayang hariz banyak - banyak..muahhaaha

Sunday, March 06, 2011

Mengelabah bila blog not found tadik

Assalammualaikum

Mengelupur aku tadi..nyaris - nyaris tak meraung..mana tak nye, tetiba blog dan email tak boleh bukak, boleh plak goggle tulis blog aku tak jumpa.. mengelabah sampai aku jerit soh en.Ady naik atas, mintak tolong tengok kan apa yg terjadi.. Lepas en.Ady godek - godek, dia tukar password email aku..Alhamdulillah dapat gak masuk email dan blog..huaggggrrr... kejam sungguh goggle, kot iya pon nk soh aku tukar password jgn la sampai cakap blog not found, kedua-dua blog plak tu tak leh bukak.. ngehee..heee..meroyan mak tadi tau..lalaalaa..

ok lah, jap lagik nak update citer utk 2 hari ni, ader yg best dan ade yg tak best..nak buat camner..hidup sebagai blogger ni..bukan masyuk mana pon lepas bercuti 2 hari, mmg banyak la yg nak diupdate..


Ni pulak, gambo burger aku makan semalam..
kat mana?
Next entry hokay..hehe
bagik korang telan ayer liuk skit..


Friday, March 04, 2011

Hanya kerana 20sen

Assalam'mualaikum wrt
Salam jumaat semua..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk didalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20sen!!!.
gambar si kecik..sebagai hiasan cerita..

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa diatas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagaitingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

" DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

P/s :  pernah ker kita berlaku jujur walaupun nilainya hanya sedikit ??..
tepuk dada..tanya iman..

Ya! Allah YA Tuhanku, KAU kuatkanlah iman dan taqwaku, dlm mengharungi kehidupan di duniaMu ini...amin


Thursday, March 03, 2011

Pernah ker Korang makan ubat CACING??

Assalammualaikum

korang penah makan ubat cacing tak? kalau takat masa umor kecik-kecik dulu, aku pon selalu makan gak, Korang tau tak ubat cacing yg kita makan pada zaman kita dulu-dulu hanya matikan cacing !! , pastu bila cacing tu dah mati, dia akan keluar ikut saluran najis.. sekor - sekor la keluar..ikut turn..korang penah kene??? aku PENAHHHH

aku ader gak pengalaman ngan cacing..fobia beb.. bila dah fobia, aku selalu ajak mak aku pi berak sama-sama, sebab takut cacing keluar lagikk, masa tu umo aku 7 atau 8 thn rasanya..nangis aku kat toilet, sebab cacing tu dok bergayut kat sini..ahakkk..nangis meroyan aku kat situ..last-last..aku FOBIA sampai umor 12 tahun,nasib baik mak aku punya tahap kesabaran ya amat tinggi, Ni yg lagik sayang kat makkk ni.. muahh skali tuk bonda tercinta..

korang tau tak cacing tu ader 3 jenis?

1) Cacing Gelang
2) Cacing Cemeti
3) Cacing Kerawit

Antara tanda - tanda cacing - cacing nih mengganas dalam badan kita ialah :-
1) Cacing keluar melalui lubang najis ataupun ada cacing pada najis.
2) Kegatalan yang sangat gatal di bahagian dubur.
3) Sakit perut, cirit - birit atau lemah badan.
4) Tiada selera makan.
5) Kurang berat badan walaupun selalu makan banyak.
6) Alahan dan sebagainya.

Jadi, untuk mengelakkan setiap cacing - cacing nih dari terus bermahajarela dalam badan kita maka dinasihatkan agar :-
1) Jumpa doktor atau beli ubat cacing.
2) Pastikan kuku dipotong pendek. 
3) Mengamalkan cara pembersihan sayur yang betul.
4) Mengamalkan cara memasak daging yang betul.
5) Pastikan tidak berkaki ayam apabila keluar daripada rumah.
6) Amalkan membasuh tangan seperti yang disarankan di televisyen walaupun kelihatan seperti membazir air. Hehehe! Pastikan membasuh tangan sebelum makan dan juga selepas membuang air besar sebersih - bersihnya.
7) Jangan lupa juga untuk sentiasa membersihkan badan dan mencuci punggung anda untuk menghilangkan telur cacing yang masih ada dan bakal ada.


ubat cacing yang berjaya menarik perhatian aku adalah  ZENTEL. tulis kat situ mampu membunuh cacing didalam perut hanya dengan satu dos.  Harga dalam rm 7.++ dua dose.
aiseymen..berani ker aku nak makan..sebab doc cakap setahun kene makan 2 kali baru takde cacing dok berjoget dalam usus perut..!! seyes ker...ahak..ahaksss...tatutt nyaaa..



ni lah lagik satu buat aku feninnn..si kecik ni pon dah kene try makan ubat cacing bile dia cukup umo 2 tahun, bukan aper!! sebagai langkah berjaga - jaga tuk tumbesaran dia..kan cacing boleh membantutkan tumbesaran budak - budak..

p/s : korang ader ke pengalaman cam aku..share skit


Menang Contest "Duit" atau "Barang" mana lagik best??

Assalammualaikum

Ni bukan entri Menang contest ye kekawan..hehe..

Alhamdulillah..tamat sudah Giveaway yg berlangsung selama 2 minggu, Tahniah kepada para pemenang, Kalau nak tau sapa yg menang GA tu, sila click SINI dan SINI. Hadiah akan di poskan selewat - lewatnya minggu ini..InsyaAllah

Kalau korang nak tau, Start Next week aisha akan menganjurkan  Contest baru untuk kalian semua..TAPI tengah musykil NAK bagi hadiah wang tunai atau barang berharga..Maklumlah contest kali ni, kalau join insyaAllah hadiah amat berbaloi - balooi untuk di menangi..seyes tak tipu...ngeheee

aiseymen..memang confuse di buatnya...mintak tolong skit boleh??? sila komen kat entri ni, korang lagik suka hadiah Wang tunai atau barang???

fenin...feninnnn di buatnyaa..
DUIT atau BARANG


P/s : fenin kepala aku bila bos suka marah org lain kuat - kuat..aku pulak yg emo lebey - lebey, rasa mcm nk carik keje lain la pulak..keje ape esah oiii..boleh ke ko???


Wednesday, March 02, 2011

Pemenang Utama Giveaway Saya Mahu Hadiah Itu

Assalammualaikum

Tadi dah citer pasal pemenang hadiah saguhati kan, Entri  kali ni nk umumkan pemenang hadiah utama iaitu 2 bijik USB FAN, kira ade 2 pemenang lah kan..Sorang dapat seketul ajer tau

Gambar Hadiah ada DISINI

okaylah..  jom umumkan pemenang FAN USB yg menjadi taruhan dlm Giveaway kali ini.. dan 2 org pemenang yg sudah di cabut undinya malam tadi adalah...
^-^
^-^
^-^
^-^
^-^


Sila emailkan alamat penghantaran hadiah di najwwa@gmail.com

kepada yg tidak berjaya, aisha mohon maaf kalau ader yg kecik ati sebab tak dpt hadiah ni, tunggu next contest yg akan menyusul beberapa hari lagi..hadiah mmg lumayan beb..Terima Kasih kepada yg sudi join..insyaAllah, moga lepas ni ada rezeki korang pulak...amin

P/s : tanpa korang..UV belog ni mmg ciput jer tau..macih semua



Pemenang Saghuhati - Giveaway Saya Mahu Hadiah itu

Assalammualaikum

Seperti yg di janjikan semalam, entri kali ni nak umumkan pemenang saguhati GA yg telah aisha anjurkan, Kepada semua yg telah menyertainya..terima kasih tuk kalian smua.. ikutkan hati nak bagik semua, tapi apakan daya..budget bulan ni ciput jer ..hehe

hadiah yg di tawarkan ..sila KLIK SINI

setelah seramai 110 org peserta menyertai GA kali ini, maka hanya 3 pemenang saguhati yg dapat dipilih..dan hadiah saguhati itu adalah MILIK..

jap..

japp


jappp

Jom tengok dulu gambo budak kecik ni cabut undi..penuh dengan drama swasta antara aku dgn si kecik ni semalam..hangin hokay..lain di suruh..lain pulak yg di buat..

sila layan gambo jap..



nyaris -nyaris aku tak bertukor ijau..sabo jelah

okay..okay.. tau dah korang pon dah tak sabar nak tahu pemenangnya bukan..Lepas di adili oleh en.Ady..tengok dari belakang jer maka pemenang saguhati adalah MILIK


sila emailkan alamat kalian kat najwwa@gmail.com


P/s : jap lagi umumkan pemenang hadiah utama pulak..sila tunggu jap yee..

Pemenang untuk Follower ke 700

Assalammualaikum

Alhamdulillah..memang dah niat sebenarnya nak bagik hadiah kat follower yg ke 700.. tapi sapa pulak follower bertuah tu yer??

Jom tengok siapakah insan bertuah ituu...




Korang Nak tau hadiah apa yg fyda dapat...sila jgn jeles tau..mmg dh rezeki dia..Jadik follower blog kecik aku ni..lalalallaaa

Sehelai shawl yg berwarna Merah + belang-belang hitam..baru jer beli tau..dan  yg merah ader manik tu aisha punya k..nanti nk pakai kenduri kawen adik..So,aisha harap fyda happy dgn hadiah ni..

nanti fyda emailkan address kat aisha yer.. di Najwwa@gmail.com

My Note : jap lagik nk umumkan pemenang GA Saya mahu hadiah itu


Menang CONTEST TIKET WAYANG PERCUMA!!

Assalammualaikum..

Alhamdulillah rezeki, nampaknya tak sia-sia duk mengoggle cari harga siput sedut itu..Walaupun tewas dgn cutemum, tapi masih ada rezeki lagi..syukur rezeki..rezeki


Senarai pemenang yg lain ada DISINI, ni kemenangan pertama untuk bulan March 2011..sangat - sangat menghargainya...

P/s : kemenangan kali ke 7..Alhamdulillah, itu pon dah memadai




Tuesday, March 01, 2011

Pasal kes Cabul pelajar, Aku pon penah kene gak

Assalammualaikum..

korang baca tak Pasal kes semalam, cikgu cabul pelajar kat sekolah?? aku baru jer baca tadi..aiseymen tertinggal train la pulak..nak buat macam mana BZ skit la hari ni..

Sila baca kat SINI hokay
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka. 
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.


Nak di jadikan cerita, aku pon penah kene gak dulu, masa tu umor 14 tahun agaknya, masih mentah dan remaja gitu, mak soh pi pasaq malam  beli mee sup 3 bunqkus, biaselah jiwa remaja, tergedik-gedik kan..sila jgn ckp takde yg gedik hokay..nak pi pasaq malam pon nak melawa..tepek bedak, pakai baju kurung comei, ehemm..kalau pakwe ngorat, saham cun tu mesti naik kan..lalalaaa..perasan nk mampus

Lepas aku mengoder mee sop 3 bunqkus kat makcik tuu...sambil tangan dok sapu peluh kat pale, tisu kene bawak hokay, nanti cair bedak putih yg aku tibai mak punya tadik..sambil borak2 ngan member kat sebelah, bukan borak ape pon, aku marah dia sebab dia pakai lipstik mak dia, sib baik bukan kolor merah..spoil sungguh member aku tu, gedik tahap over gitu..

hokay..hokay..staright to the ceriter..merapu tak abis-abis la 

tengah dok tunggu tu, tetibaa....

ade bende sondol-sondol kat punggung aku, apalagik aku pon pandang belakang,nak tgok sapa pulak sondol punggung comei aku ni, lepas aku pandang belakang..korang tau sapa??

pakcik depan umah aku daaa..hangin betul aku, pastu aku pon bajet yg mesti pakcik ni terlanggar kot punggung aku, maklumlah pasaq mlm kan ramai org..aku pon ajak member amik pot depan sikit..konon nk larik dari pakcik tuu..korang tau tak apa yg jadik..

punggung comel aku kene sondol lagikkk..Apalagik..aku pon pusing belakang, rupanya org tua tu jugak..apalagik terus aku pandang muka pakcik tu, aku dah budjet nk jerit dah..lepas org tua tu tgok aku pandang muka dia, ala-ala nk mengaum cam singa dah, terusss dia blah..cinabing punya org tua, bontot aku di rabanya..pegi la cari bontot yg gebu dan mantap, apalah ader kat bontot budak umor 14 tahun..leper dan lonjong jer itu merujuk kepada haku hokay

patutla skrg ni byk sgt kes cabul..kalau dah tak tahan sgt, pi la carikk kat lorong2 gelap hokay.. sungguh biadap pakcik itu, tapi aku x penah la citer kat mak aku, rasa mcm menyesal pon ader sebab tak citer, bukan apa, takut la mende2 lain di buatnya lagi org tua gatal nak mampus tu kan..siapalah mangsa dia lagi??

Cuba ko try raba bontot aku skrg, maunya kene ketuk ngan senduk macam harimau hari tu..silap - silap masuk icu hokay..

Pengajarannya..SILA BAGITAU ORG DEWASA SEKIRANYA ANDA DI CABUL..betul tindakan yg diambil oleh kesemua pelajar yg kene tu..aku SOKONG 100%.., Suka - suka ati jer raba org..mengong betul ...^-^

my Note : Korang penah kene cabul tak? sebab statistik kat dunai ni, nisbah perempuan yg kene cabul adalah tinggi,.Lepas ni,sila jaga anak/adik/kakak perempuan korang..lagik2 yg comei2 belaka



Pengumuman untuk peserta GA

Assalammualaikum

Bukan nak mungkir janji, tapi postpon skit jer..^-^

semalam tak sempat nk gunting kertas undian, banyak sangat bende nak buat, konon2 nk gunting kat umah la kan, tetiba, dak kenit ni tido awal..jadiknya.. kertas undian tidak dpt dicabut malam kelmarin, keputusannya adalah nanti..Sila tunggu dgn sabar yer..^-^

korang - korang kan comel-comel belaka..ampunkan saya k ^-^ ayat bodek  hokay

My note : susah hati kalau terpaksa memungkiri janji..