Sunday, June 26, 2011

Menang Cabaran RM10 Sehari Eyriqazz.Com

Assalammualaikum

Alhamdulillah, nampaknya ni adalah 2nd time aisha mendapat hadiah daripada blog bro Eyriqazz.Com, seyes sangat happy dan teruja..

memang Bro eyriqazz ni sangat pemurah dan best laaa dan semestinya, blog dia memang seronok utk di layan..

dan, kalau korang pon nk top up/ duit/ atau barang yg best utk di menangi....jom singgah blog bro eyriqazz ni...insyaallah, setiap masa ader je hadiah utk di menangi..jom layan

memang masyuk beb.. sapa nk kasik...hehe


 Photobucket


p/s : bilalh agaknya aku nk kembali menjadi  blogger yg tegar balik..huhu...jiwa kacau...jiwa kacauuu



Thursday, June 23, 2011

Rezeki di QUEENPINK LUCKY FOLLOWER

Assalammualaikum

Seyes dh lama jugak tak update blog contest, penyakit M tu masih kuat menguasai diri...huhu
TAPI
dah namanya rezeki kan, terima kasih pada ifa, fieda dan intan belian, sebab sudi mention pasal kemenangan ni..lup uu la korang semua

kali ni aisha menang kat QUEENPINK LUCKY FOLLOWER
dapat adiah minyak wangii...uhhhh...best tuuu

terima kasih dik, 

ramai yg menang tu..Jom terjah SINI utk lihat senarai pemenang yg lain

Bila hariz dah pandai mengira


Assalammualaikum

Buah hati ibu dan ayah dan pandai mengira??...biar betul?? kenapa aku terkejut..hehe, bukan poyo yer, mana tak nya, aku dgn en. Ady terkejut, biasanya kami hanya mendengar dia menyanyi lagu ABC sampai Z ataupun Alif baa taa sampai yaa sampai habis, itu belum lagu twinkle2,enjit2 semut, rasa sayang hey atau macam - macam lagilah..

dan biasa juga bagi aku dgn en.Ady dengar dia turun tangga sambil membilang one to three sampai ten, atau satu,dua,tiga smpai sepoloh,  mmg hariz dari kecil lagi sudah di ajar menaiki tangga dengan berhemah dan mementingkan aspek keselamatan, penting tu kalau tak nak tengok dia memberontak dan naik tangga curik-curik, pastu jatuh...huhuhu kes naya tuu
                                               
hariz yg good boy

dan tiap kali dia nk naik tangga pon, dia akan cakap kat kami dulu, cth "ibu, ry nk pegi atas" ataupun dia nk turun bawah..nmpk tak penting tuuu komunikasi dgn budak kecik

sekarang hariz dah 2 tahun 2 bulan, dan yg paling best dia dh boleh mengira dengan sendiri..yeahh, gud job sayang, tadi dia bukak buku bear dia, dan aku pon tanya kat dia " ry, bear tu ader berapa, sambil tunjuk2 dgn jari..dan dia pon selamba badak jawap, one two three four...
" ada four ibu"

wah..okay2..next-next, mcm payah jer nak pecaya kan..betul pulak tuu

gambo lama hariz
"bear yg ni ader berapa pulak ry"
dia pun jawap one two three four five six
"six laaa"

huhu..tak leh jadik ni, aku pon amik sepit baju kat ampai luar umah
" ry, sepit baju ni ader berapa", sambil cekak pinggang ala2 cikgu tadika..hehe
satu dua tiga empat lima nam ujuh apan

" ada apan "

ye..betullah tu, nmpaknya, lepas ni mmg aku tak leh " klepet" anak bujang aku ni

alahai udah besar anak ibu, dan yg paling best skrg, dia selalu tunjuk perut aku, " buuu baby".."buuu baby"

adehhh..nk baby la pulak..

okay En.Ady..apalagik..silalah berusaha k. ke arah kehendak anakmu yg dh besar itu..hehe

p/s : gambo tak leh upload la mlm tadi, blogspot dh problem...cissss



Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah dapat juga 3 hari

Assalammualaikum

Alhamdulillah, bersyukur sangat rasanya sebab dapat juga aisha berpuasa untuk 3 hari ni, niat di hati nak cukupkan sehingga hujung bulan rejab, moga puasa kali ini di permudahkan..amin

YE korang...bukan senang aku nk berpuasa di kala teman-teman yg lain tengah berseronok mengulit makanan yg lazat sambil borak-borak k...hehe..tapi di sebabkan aku mmg dah lama niat nk puasa pada bulan rejab, maka aku penuhi juga niat itu dgn sabar dan penuh keimanan..

kerana aku yakin janji Allah itu pasti

Kenapa aku nk sangat berpuasa pada bulan rejab?
Kerana, bulan REJAb adalah bulan Allah swt. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 




Kelebihan berpuasa pada bulan rejab

 Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 


P/s : Jom la puasa sama-sama , masih belum terlambat lagi..

Tuesday, June 21, 2011

Gangguan Bekalan air di negeri selangor dan KL (ESOK sehingga hari JUMAAT)


Assalammualaikum

start esok sehingga hari jumaat , akan ada gangguan bekalan air untuk negeri selangor dan kuala Lumpur.. kebanyakan kawasan yg kene adalah kawasan yg berpendudukan tinggi..

Meh tengok sini untuk EXTRA confirmation, karang cakap aku tipu pulak kan, hehe
Sila pastikan samaada kawasan korang ada terlibat atau tidak 
DAN 
Alhamdulillah, my house tak masuk dlm senarai, kecuali tempat keje..huhu

TARIKH DAN MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat) 

SEBAB - SEBAB GANGGUAN 
 Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.  

KAWASAN YANG TERLIBAT

Wilayah persekutuan
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin. 

Wilayah Hulu selangor 
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri. 

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

Wilayah petaling
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

 Maklumat tambahan
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL[jarak][aduan/pertanyaan], dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. 


JADINYA
SILALAH, SIMPAN AIR UNTUK BEKALAN 2 KE 3 HARI INI
UNTUK MENGELAKKAN KEJADIAN "TAK MANDI PAGI WAKTU PEGI KEJE"..HEHE


Hadiah...hadiah..lagikk

Assalammualaikum

Alhamdulillah, berkat kerajinan 2 ke 3 bulan lepas, ada juga rezeki aisha dlm LD/GA/dan contest yg telah di join. Di bawah ini gambar hadiah yg telah di berikan oleh penganjur yg telah selamat smpai.

Masih ada lagi hadiah yg belum smpai ke tangan aisha, walaupon contest tu dh abis 2 atau 3 bulan lepas..mungkin lepas ni personaly akan email mereka utk bertanya ttg status hadiah, kalau lambat aisha faham, tapi jangan senyap terus kan, nanti kat akhirat kelak apa lah yg hendak di jawap nanti...hehehe

Terima kasih untuk semua penganjur yg dah send hadiah..InsyaAllah kalau ada masa aisha join contest yg ada

tapi...sekarang ni mood utk join GA/LD/contest masih kelaut..huhu..apa nk buat MALAS la derr...

JOM LAYAN GAMBAR











kalau ader penganjur yg rasa hadiah dah pos tapi tak smpai2 gak
sila email ke email ni ya
najwwa@gmail.com
boleh kita ceciter dgn lebih lanjut lagi

TERIMA KASIH SEKALI LAGI

Monday, June 20, 2011

kenduri kawen..

Assalammualaikum

start dari end of last month, mmg seyes penat giler, mana taknya, banyak kenduri kawen yg perlu di attend oleh aku dgn encik ady, itu belum kira lagi weeding adik aku last 2 week..smpai dh naik jemu aku tengok nasi minyak dgn lauk daging..hehe

ni antara kad undangan perkahwinan utk bulan jun 2011

macam biasa, aku akan attend juga sambil mencuri-curi sedikit masa
dtg dgn anak, suami dan aku heret gak anak buah..

 1st weeding yg aku attend adalah antara saiful dan misra
 seyes badan gebu giler aku rasa masa ni


kemudian
Adik sall - zaba dan isteri
fahmi dan isteri
abdullah dan isteri
my sis zue dan alfie
rozie dan suami

dan weeding yg terakhir aku attend adalah ahad lepas
antara
Fauzy dan khalilah

kepada mereka semua

Selamat pengantin baru di ucapkan
Semoga di murahkan rezeki
di kurniakan cahaya mata yg sihat
dan berbahagia sehingga ke akhir hayat

AMIN

Friday, June 17, 2011

Hadiah dah Pos semalam


Assalammualaikum

Salam hari jumaat semua, esok bermulalah 2 hari bercuti hujung minggu ,
minggu ni pon dah ada planning macam  - macam 

Antaranya :

Esok menghantar adik ke rumah keluarga lelaki ( kenduri kawen )
malam ada tahlil jam 8.30 malam
malam tu juga ada party harijadi jam 10 malam 
hari ahad pulak,
ada kenduri kawen lagi
malam ahad tu pulak ada meeting bersama
persatuan penduduk..

So,
masa utk layan tenet amat terhad
DAN



hadiah utk Adyshariz Lucky Draw
dah pos semalam.
nanti kalau ada yg dah dapat, jgn lupa inform ya..

daaaa 

Thursday, June 16, 2011

RM2.50 nasi pataya....percayalah


Assalammualaikum

Tadi masa time lunch, aku n the geng bergosip la skit pasal isu kenaikan harga barang dan minyak, mana taknye..kitaorang ni kalau makan kat luar, kalau tak kopak rm10 hinggit jangan citer la pasal makanan kat luar sana, kalau pegi training lagi parah, sekali makan pagi sampai ke petang kopak beb..kopak..

sebab tu

Aku n the geng ni lagi suka makan kat dalm kilang..kira macam SAVE BUDGET la sangat..korang nak tau tak sebab apa aku panggil save budget..???

Ni hah...

Nasi pataya 
harga RM2.50

mana nak cari  harga camni, dalm nasi goreng ader ayam sambal lagi, pusing la satu KL ni, mmg tak jumpa pon, harga market sekarang pon dh 3.50 ke 4 hinggit ke atas..

Pastu, LAKSA pulak

Harga laksa ni
RM 2.00 jer

sikit punya murah..hehe..tapi yg pasti, itu harga hanya untuk kilang sahaja, sebabnya kantin ni ader subsidi dari kompeni, diorang kene jual murah sebab, tukang amik tender kantin ni hanya mengeluarkan kos bahan mentah sahaja...

elektrik, air dan gas...FREEE...

huhu...tapi seyes penat beb, kalau amik tender kantin..maunya bengkok tulang belakang seminggu..hehe

amacam, korang belanja sehari utk makan berapa yer???

p/s : aku belanja RM5 hinggit je setiap hari ( pagi smpai ler ke tgahari ) sgat puas hati





Tuesday, June 14, 2011

Pening...pening

Assalammualaikum.. Lama dah tak bersiaran di teratak comei aku ni..hehe.. Hari ni pening....bukan pening pembawaan budak, org sebelah aku yg bawak budak dlm perut pon tak pening macam aku...hehe semalam sick leave, penat kenduri kawen adik masih ada lagi, hari ni pula dtg keje kene pulak penyakit tekanan darah rendah, sampai la ni kepala pening..ting...tong Hadiah pemenang Lucky draw masih belum pos lagi, semuanya gara-gara kepenatan dan kebizian 2 ke 3 minggu ni...sorry ye korang DAN kedua-dua pemenang yg di tunggu - tunggu sehingga hari ahad lepas, masih belum send email lagi.. SO...SO... balik karang kene buat cabutan utk 2 org pemenang lucky draw, moga ada rezeki korang ler lepas ni yer..insyaAllah emmmm.. pening..pening... jap lagi nk masuk sick room, sambung tidur 2 jam jappp

Friday, June 10, 2011

Anda semua di jemput ke Majlis Perkahwinan

assalammualaikum

kepada semua rakan blogger yg rajin singgah ke belog kecik ni, walaupon belog ni sekarang tuannya udah   malas nak update tahap gaban dah..hehe, camner tak malas, bizi sangat lately ni..

aisha nak bagitau, yg anda semua di jemput hadir memeriahkan majlis perkahwinan adik ku zuraidah bersama pasangannya mohd alfie pada hari ahad ni 12 Jun 2011 dari jam 12 tghari sehingga 4 petang..

bawalah ahli keluarga dan rakan taulan sekiranya ahad ni korang tersinggah area Kuala Lumpur, sentul..kehadiran anda semua amat di hargai utk bersama - sama memeriahkan majlis perkahwinan ini.



kalau nk naik LRT, naiklah LRT start dan  menuju ke sentul timur (last station) pastu jalan kaki skit dalam 5-7 minit ke arah dewan tersebut, kalau jalan cepat, 3 minit jer, tapi aku paham, kalau dh pakai baju kebaya kain ketat punya, alamatnya 10 minit baru smpai kan..kihkihkih...huh..sempat lagik tuuu

ok lah semua, ni pon curik3 update, karang bunyi pulak sound system mak  aku..hehe..banyak keje nak buat ni...

Akhirkata,

datang jangan tak datang...pastu bolehlah cari aku kat dlm dewan, yg berpakaian serba merah..dari kepala smpailah ke kaki..hehe...abis udah tema merah kannn...

p/s : harap sgt blogger yg tinggal area KL dan selangor sudi bertandang ke majlis ni utk memeriahkan majlis..


Thursday, June 09, 2011

Manalah 2 lagi pemenang ??

Assalammualaikum dah puas tunggu sehingga ke hari ini, tapi walau bagaimana pon, aisha tetap akan tunggu sehingga ke hari ahad ni, kepada 2 peserta yg masih belum send detail ... sila lah send detail anda berdua sebelum hadiah bertukar tanggan kepada pemilik yang lain.. tak mau la jadik kejam kan, sebab tu aisha masih setia menunggu, jejak pon dah di tinggalkan, mungkin tuan punya blog masih bizi dgn tugasan yg ada atau ada sesuatu yg membuatkan mereka malas nk bukak blog... :-p ni antara pemenangnya yang sudah dan belum hantar email...
kepada yg belum, sila emailkan detail anda ke najwwa@gmail.com dan kepada yg sudah, harap anda sudi bersabar ya, minggu ni aisha sgt sibuk, my sis yg ke 5 akan melangsungkan perkahwinan pada ahad ni, jadinya, mana mungkin aku akan mengadap belog dgn senang..kann..kann..kannn Hadiah...dah bungkus, tinggal nak pos je nanti... sabar ye...kita tunggu 2 lagi pemenang...:-)

Sunday, June 05, 2011

Kepada pemenang Lucky draw yg belum send detail...!!

Assalammualaikum

keputusan Lucky draw dah bagitau pada minggu lepas, tapi masih ada yg tak tau lagi, agaknya kalau minggu ni masih tak reply, mungkin nak let go hadiah kat org lain... boleh ker?? jap..jappp...

aisha tunggu sampai minggu ni ya, lepas minggu ni, tak bagi detail gak, sorry tau..aisha terpaksa open kat member yg lain pulak.. 

nak tengok senarai yg  menang KLIK SINI


dan silalah send detail anda ke najwwa@gmail.com , yg dah send..harap bersabar, dah cukup kuota baru boleh pegi pejabat posss...

BTW...aisha setia menanti ;-)

Thursday, June 02, 2011

Follower bertuah yg ke 888


Assalammualaikum

Malam tadi smpt la juga buat sesi BW dgn lajunya, maklumlah mood utk berblogging masih kelaut lagi, Pastu secara tak sengaja terpandang la pula follower dah sampai ke angka 888...wah manyak cantek la no 8 tuuu

So, di sebabkan niat di hati dh lama nak bagi hadiah utk follower ke 888..maka dgn ini diumumkan hadiah utk follower ke 888 jatuh kepada http://bintangmutiara.blogspot.com/





TAHNIAH 


nanti emailkan detail ke najwwa@gmail.com
insyaAllah, ada hadiah saguhati utk Puan Nurrul

sekian



Wednesday, June 01, 2011

Pemenang Adyshariz Lucky Draw adalah milik...


Assalammualaikum

Semalam dah bagitau yg keputusan Lucky draw akan di umumkan dalam masa yg terdekat kan?..semalam aisha dah buat cabutan kat opis, kepada semua peserta silalah semak senarai nama pemenang yg telah di pilih, TAHNIAH kepada yg menang, dan kpd yg tidak, sila cuba NEXT Giveaway pula ya...


sebelum tu jom layan gambo sewaktu prosess pemilihan pemenang cabutan bertuah semalam..


Semua peserta telah di berikan Nombor masing - masing



lepas gunting, kene la lepat dgn penuh berhemah
takut ader yg tercicir pulak

Setelah di semak dan di undi, maka pemenang Adyshariz lucky draw telah di pilih dgn penuh kesabaran..maka dgn ini di umumkan pemenangnya adalah ......................


jengg...jeng...jenggg






No 13

No 48

No 8

*
*
*
*
*
*
TAHNIAH 
kepada mereka bertiga
*

*
*
*
*


dan ada 3 lagi  pemenang EXTRA yg di cabut semalam
Tahniah juga utk kalian ya


*
*
*
*

*
*
*
*

NAK TAU SAPA???

mereka adalah !!!







No 23

No 55

No 6

TAHNIAH kepada semua pemenang
sila emailkan Nama, alamat, no telefon untuk prosess penghantaran hadiah
ke najwwa@gmail.com

DAN

aisha nak bagi juga hadiah saguhati kepada mereka bertiga ni 
SEBAB
sudi inform aisha, kalau ada kemenangan kat GA/contest/LD yg aisha join
mereka yg baik hati tu adalah


sila emailkan detail korang
kat najwwa@gmail.com

TAHNIAH
kepada semua pemenang
jangan serik - serik join GA/LD atau CONTEST anjuran aisha
insyaAllah, moga ada kelapangan utk aisha buat NEXT GA/LD atau CONTEST lagiii

sekian, terima kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...