Friday, March 30, 2012

Kejadian Berguling-guling di pasaraya


Assalammualaikum

Semalam singgah di Jusco Rawang untuk shopping sedikit barangan dapur, dalam waktu nak bershopping tu kene pulak menangani masalah si hariz yang emo tak abis2 dari rumah.

Kat Jusco boleh pulak dia mintak macam-macam bende, bila cakap tak boleh dia akan mengamuk berguling-guling atas lantai..aduhai, puas gak la pujuk-pujuk dia tapi takmo jalan jugak.



Jadi , nak atau tak nak..terpaksalah melayan kehendak dia, beli berus gigi untuk ayah, ibu dgn hariz pon kene ada, beli sabun mandi pon camtu jugak, konon nk beli 1 set, tapi dia amik 3 sekali..aduhai, aku layan kan aja smpai waktu nak bayar, aku mintaklah en.ady letak balik barang-barang yg extra tu.. adalah dekat separuh troli gak..kesian ayah...azry oiii

Jenuh la jugak melayan feel dia skrg, kalau tak bagi berguling atas lantai pulak budak ni, sabar je lah... nak marah pon tak guna, just nasihat mana yg patut.. 

Sampai rumah jer, dia mintak susu dan bantal bucuk dia..lepas aku bagi susu, dia carik pot atas sofa dan terus tidur, hmmmm...patutlah, feeeeel nak tidor rupanya, hadoi penat 2 jam melayan kehendak dia di jusco rawang..apa pon tak boleh...

Penawar dikala hati duka
Azry hariz belaian jiwa



Tuesday, March 27, 2012

Allah tutup rezeki itu, sebab nak bagi yang lebih baik

Assalammualaikum

Hujung bulan ni aku sedikit kerungsingan memikirkan bagaimana nk menyelesaikan masalah itu,, puass jugak aku pikirkan bagaimana cara yg betul dan sesuai.

Rupanya sedang aku alpa dgn masalah itu, aku hanya mengikut saja perjalanan cerita yg sedang aku rungsingkan, Tiba-tiba Allah tunjukkan jalannya pada aku dgn sejelas-jelasnya...ya Allah!! aku bersyukur sangat.. ibarat dapat hadiah yg sgt aku impikan..

Terima kasih yaAllah!!!

Rasa masa tu jugak nk sujud syukur, sb sangat-sangat gembira...

Alhamdulillah... syukur


Terim kasih ya allah !!


Terima Kasih Ida Rahayu


Assalammualaikum

Semalam tak sempat nak update apa2 citer, sebab start semalam aku dh attend satu training utk satu jangka masa yg panjang iaitu 1 bulan setengah.. So, tak masuk opis la jawapnya.. kelas sentiasa full dgn jadual yg padat dan sukar.. ;-p

Ahad lepas, aku n hubby ada dpt jemputan dari Blogger friends.. Ida Rahayu, dia buat aqiqah utk adik-adik dia dan birthday utk 4 org adik dia yg lain.. berbekalkan GPS yg hampir membuatkan aku sesat..akhirnya smpai jugak la ke rumah dia..

Pilihan makanan adalah yg terbaik dr ladang...seyes sgt kenyang dan bersyukur sb dpt makan kambing golek yg terbaik..


rainbow cAKE... yg marvelos


my hubby n hariz yg tak berapa sehat



isi kambing yg sedap, lembut dan tak berbau
salah satu faktor aku x suka makan kambing sb ada bau..hehe
tapi, yg ni sangaat sedap

Inilah rupa kambing panggang tu..

curi kat belog tuan punya gambar


kuih yg manis dan sedap gak




Bende ni mmg buat aku jeles dgn dia.. pokok betik kat umah dia ni subur-subur belaka.. aku yg dh berkali-kali dok tanam pokok betik, smpai la ni idup separuh jalan jer... jeles benor nengoknya..

akhir kata dari aku dan family,
Terima kasih ida, aku mintak maaf andai aku dok segan-segan kat ko..maklumlah, sapalah aku ni....hehe

gambar kita berdua... 
biarlah rahsia..hehe..segan ko


Monday, March 26, 2012

mendadak naik


Assalammualaikum

1st time tgok entri pasal artis mencanak naik..fuhhh!! kalau ada BE kan best..heheheh


10 kali ganda tuuu..

entri mendadak naik ni sila KLIk SINI..



Sunday, March 25, 2012

Awal Ashaari Melamar Scha al-Yahya LIVe in Propraganza


Assalammualaikum

Tadi masa tengah bersiap nak ke rumah Ida Rahayu kat klang, aku yg tengah melayan rancangan propaganza waktu scha Al-yahya dok sibuk bergosip, tetiba awal ashari dtg melutut dan mambawa sebentuk cincin untuk melamar sha secara Online.. seyes tak tipu

Nampaknya kawin juga artis ni kan, tapi sblm dia melamar scha ni, sblm tu ada temubual bersama Fahrin Ahmad ttg pasagan pilihan dia, btw fahrin still mencari pasangan yg sesuai dgn dirinya, harap sgt yg abag hensem ni pilih jelah orang biasa..ustazah ker cikgu ke atau jurutera..hehe

Awal cakap, mereka akan bernikah pada 27 Mac 20122 bertempat ???, tak smpt nk dengar..hehe, dan silalah layan gambar yg di ambil dr TV rumah aku..



siap nangis2 lagik..yelah so sweet



Dari pemikiran sempit saya : 
Buat cara adat melayu kan bagus... malu tapi mahu..


Friday, March 23, 2012

Macam artis rasanya..

  


Assalammualaikum
Rabu lepas, aku suruh my sis no 4 pegi amik hadiah yg menang kat contest tupai.com, rasanya baranng yg dapat adalah pas tiket, beg and button.. sib baiklah my sis sudi tolong amikkan.

Tapi organizer cakap hanya dpt bagi button dan pas movie jer, sb beg tak dpt bagi sebab mahal, so, aku pon tgh tunggu bila pihak organizer nk call untuk collect baki hadiah..


Ni 1st time my sis attend movie yg blm kluar panggung wayang lagi, dia cakap "macam artis la long", sb rasa lain bila tgok movie yg selected person jer tgok..hahahaha..aku rasa happy la sgt sebab dpt kongsi hadiah dgn my sis..insyaAllah kalau ada rezeki lain, akan ku kongsikan lagi bersama mereka..

Moga murah rezeki lagi lepas ni..insyaAllah

Educated tapi perangai suka menyalak!!!


Assalammualaikum

Selamat hari jumaat semua, moga hari ni kita semua takde yg kene marah-marah dgn boss or cikgu... :-p ..asam garam hidup ni kan, aku saja nak share cerita pasal semalam di tempat keje.. mangsanya nasib baik bukan aku..

member opis kene marah sb lambat hantar assigment, apalagik..my boss yg amatlah educated ni boleh mengamuk dgn suara yg kuat dan tinggi, aku sgt pelik dgn org macam ni, lagi-lagi org melayu, apalah salahnya kalau tunjuk sikit yg kita ni ada budi bahasa dan sopan santun, kalau marah-marah, bukannya boleh settlekan masalah pon..




Aku selalu ingatkan diri sendiri, kalau suatu hari nanti di beri peluang jadik boss.. aku akan cuba sedaya upaya control temper,insyaAllah.. bukan semua org boleh dimarah-marah, aku rasa kalau aku dok tmpt budak tu, maunya menangis masuk tandas... ;-).. pastu esok MC...hehehe

Moral of the story, jangan mendabik dada, tak selalunya kita di atas, bila waktu kita perlukan seseorang, mungkin org yg kita marah itu yg akan membantu kita..dunia dan akhirat..

kuasa Allah, tiada yang mustahil

Ayat my boss semalam, " takkan u all nak I MENYALAK hari-hari, U all ni manja sangat"

Puas aku dok pikir, adakah aku selalu bermanja dgn dia??? sdgkan aku sanggup lalu jalan jauh asalkan tak lalu depan meja dia... huhu..still confius..maybe cik lee kot...cik lipass la....hahahahha


Wednesday, March 21, 2012

Kira Kalori dalam Buah-buahan

Assalammualaikum

Semenjak badan semakin cubby ni, semangat untuk diet kembali dgn tegar, abis gak la selak, dari satu blog ke satu blog utk memahami ttg badan sendiri sblm amalan diet di teruskan..

Sentiasa menjadi persoalan!!!.. nak diet macam mana yg perlu diikuti..

Rupanya dlam buah pon ada kalori gak... Tapi tak sebanyak NAsi dan Burger kaw kaw la..hahahah

Pasni kene alert kalori sblm makan buah jugak la nampaknya...
yg pasti lagi rendah dari makan NASI..kan....kannn

Rojak buah (250g)– kalori 414, carb 51g 
Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g 
Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g 
Kcang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g 
Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g 
Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g 
Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g 
Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g 
Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g 
Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g 
Black current –1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g 
Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g 
Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g 
Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g 
Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g 
Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g 
Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g 
Buah pala(1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g 
Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g 
Honeydew(1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g 
Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g 
Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g 
Dragon fruit(1bj)-kalori 53.5,carb 9g 
Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g 
Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g 
Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g 
Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g 
Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g 
Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g 
Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g 
Jambu(1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g 
Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g 
Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g 
Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g 
Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g 
Rambutan(1bj)-kalori 8,carb 1.9g 
Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g 
Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g 
Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g 
Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g 
Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g 
Kiwi(1bj)-kalori 46.5,carb 12g 
Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g 
Aprikot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g 
Ceri(1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g 
Pear(1bj)-kalori 97,carb 25g 
Peach(1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g 
Pisang(1bj)kalori 112,carb 30g 
Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g 
Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g 
Avocado(1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g






Tuesday, March 20, 2012

Pemenang Giveaway Vote & Win for Azry Hariz

Assalammualaikum

Masa yang di nantikan untuk peserta Giveaway Vote & Win for Azry Hariz telah tiba, seramai 5 orang peserta bertuah telah di pilih semalam, tahniah di ucapkan untuk semua pemenang dan penghantaran hadiah akan dilakukan pada hujung bulan ini.



Berikut adalah senarai peserta yang join Giveaway ini KLIk SINI

5 X Hadiah untuk peserta bertuah 
*** Gambar hadiah akan di publish pada minggu depan, atas sebab2 tertinggal kat rumah mak.. ;-)

1 X Hadiah Misteri untuk peserta yg rajin VOTE
*** sama dgn sebab di atas..

Peserta yg bertuah adalah....

Kertas yg telah siap di kerat dan sedia dipilih

*
*
*
5 peserta bertuah adalah

*
*
*
*
dan Seorang peserta yg rajin VOTE ialah



kepada semua pemenang sila emailkan detail kalian ke Najwwa@gmail.com

Terima kasih kpd semua yg join Giveaway ini, insyaallah gambar hadiah akan di upload secepat mungkin..




Shopping di Rantau Panjang...puasss

Assalammualaikum

Cerita negeri kelantan masih belum selesai lagi, maklumlah, tak best kalau tak cerita pasal rantau panjang tempah shopping yg murah dan berbaloi ni..

Perjalanan dari kuala kerai ke rantau panjang mengambil masa 1 jam 20 minit, macam biasa kami duk pakai GPS ajer..ape guna ada smart phone, semuanya di hujung jari saja..hehehee...adik aku punya phone la..

sesampai di sini, perkara pertama yg kami nk buat adalah MAKAN..hehe..lagik sekali NASI SUP menjadi pilihan kami semua..

Sila abaikan muka aku yg penat tu, baru bangun tido terus carik makan

encik suami yg setia mendukung si hariz



pilihan baju buat aku sakit ati, sb saiz payah nk carik..huhu

ni boxer muah thai..mahal tau RM48
kalau mintak kurang mungkin RM45 kot

saja cuci mata

serius berbaloi beli jeans kat sini..kuali kain ok jugak
harga ppon murahh

Hasil shopping kat sini, mmg macam2 yg kami dapat beli, smpaikan kat kastam kami kena bayar cukai..huhu, sib baik tak mahal sangat cukai tu

Pengajaran kalau nk bershopping kat sini,, mestilah kene siapkan duit shopping dan jgn follow sgt GPS yg ada, smpai ke dabong kami lalu masa nk balik KL..serius seram, dh la kete penuh..takut jugak kalau apa2 terjadi kat kami.. 

"Terima kasih ya Allah!! kerana melindungi perjalanan pergi dan balik kami"

Cuaca panas, tapi tidak mengecewakan kami, sebab kat tepi gerai-gerai tu ada org jual aiskrim...harganya dalam RM2.00 sahaja, dan rasanya mmg SEDAP la sgt.. kalau pg sana lagi, wajib cari pakcik ni..

ice krim di smpingnya ada , kacang, coklat, jeli, kek, jagung dan macam-macam..





sekian untuk entri di negeri cik siti wan kembang...mmg tak sia-sia perjalanan jauh kami semua..

bak kata hariz.".terbaik la ibu"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...