Tuesday, June 26, 2012

Resepi Hokaido chiffon cupcake


Assalammualaikum

Semalam, mmg tak tau nk buat apa, tapi disebabkan aku ada hutang dgn budak 2 org kat opis, so..aku pon teruskan lah hajat utk membuatnya..

Resepi ni mmg akan membuatkan cupcakes korang lembut mcm kek span, tapi rasanya mmg sedap sgt, aku buat kek ni sb nk balas balik bebudak 2 ekor tu sb sudi belanja aku n hubby makan kat burger bobby simpang 3...

Tak sia-sia, aku buat cupcakes ni... teksture dia, tak sama mcm buat kek lain, dgr citer cupcakes ni kalau org jual kat luar mahal harganya..





utk filling cupcakes ni, aku guna strawberi flavor..pehhh..mmg sedap


Resepi Hokaido chiffon cupcakes.

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

kredir resepi amik kat SINI



Monday, June 25, 2012

Bobby Burger simpang 3..akhirnya

Assalammualaikum

Jumaat lepas my adik2 dr opis sudi belanja akak diorang ni makan kat BOBBY burger simpang 3 di area keramat, punyalah lama akak diorg ni mengidam nak makan..akhirnya...dapat jugak..


ni aku punya burger
"pahlawan tripple burger with extra cheese"


my hubby makan
"kambing with double cheese burger "


budak baju oren dgn yg sebelah dia tu yg sudi belanja akak diorg ni
hehehe..tq dikk

pastu, diorg siap tapau kan sekali tuk aku..hahahha, mmg terbaek la korang berdua ni.. 


"double chicken with extra cheese"
besar gila burger ni


penuh satu pinggan

First time makan kat sini, mmg kene bg 5 star kat setiap burger yg aku rasa, setiap hidangan burger yg dimakan mmg tidak mengecewakan, sos yg melimpah dan banyak beserta dgn salad yg fresh..mmg membuatkan aku nak repeat lagi..

yang penting daging yg dimakan, tidak kira sama ada kambing, ayam atau lembu, semuanya mempunyai rasanya tersendiri.. cuba dulu baru tau...


budak ni pun suka makan burger ni
yg penting sos tidak pedas 

p/s : thanks adik sy yg bernama ayem n syed...muahhhaahaaa



Resepi Kek Coklat

Assalammualaikum

Ok..ni resepi kek coklat amik dalam internet gak, tak ingat dr , tp rasanya dlm myresepi , cuma baru sekarang baru rasa nak test power...hahaha, comot tapi sedapppp

ok kekawan, selamat mejamu mata..

Ader rezeki, aku buatkan utk korang nanti yaa


kek coklat  Moist marvelos



ni tukang menyebuknyaa...hahaha

asal pegang senduk jer, nak tolong, adoii letih ibu tau

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan serbuk koko
*1/2 cawan gula halus
*1 cawan air panas
*1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api bawah
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Selamat mencuba



kredit utk http://www.myresipi.com/top/detail/2963




Tuesday, June 12, 2012

TGV Rawang at Aeon Jusco bg tiket percuma


Assalammualaikum

Panggung wayang pertama di Rawang telah dibuka pada jumaat lepas, 8 jun 2012, memula ingatkan dibuka pada bulan 4, tunggu punya tunggu rupanya bulan 6 baru bukak.

So semangat nk tgok wayang tu berkobark jugaklah rasanya, since dh lama sangat kami tak pegi tengok wayang, last tengok pon masa hariz umor setahun lebih di mid valley, punyalah jauh dibuatnya..semuanya pasal nk tgok wayang punya hal..




Disebabkan jummat hr kerja, jadi kami postpone tgok wayang pada esoknya.. so, masa sibuk nk book online kat TGV tetiba, dpt satu info yg TGV tgah bagi promotion dr 9 Jun sehingga 14 jun tiket PERCUMA..

Fuhh! happy dibuatnya.. ;-)
So, aku just print bebrapa copy dan beberapa salinan di berikan kpd my rawang friend..haha, kat opis ader member dok rawang gak kan..

aku pon terhegeh-hegeh la pg TGV jam 11 pagi sb kekonon nk tgok magadascar 3 secara FREE.. bila smpai counter .. tetiba budak tu cakap

"akak, tiket free utk cerita biasa jer, kalau blokbuster kene bayar RM5 dan 3D kene bayar berapa aku x hingat dah.. tapi kertas tu still kene bagi ok....

aku yg bajet tiket tu FREE..rasa mcm nk maki jer diorg, lainkali jgn suka-suka hatiii bubuh perktaan FREE, tapi bila smpai kaunter..mmg kene bayar.. dah tau korang takde citer biasaaaa..bubuh kat kertas tu awal2.. bagitaulah pelanggan yg movie blokbuster dan 3D kene bayar..

apalah sgt nk bayar RM5 tuu..tapi bagitau awal2... kesian kalau ada yg bawak anak ramai, tapi kene tipu dgn syarat2 yg korang tak nyatakan awal2..

So, hari tu aku tak jadi tgok citer katun tu.. encik Ady tukar pemikiran nk tgok Man In Black 3... hahaha..so, aku just bayar RM10 utk 2 seat.. masih berbaloi dan terima kasih TGV sb bagi potongan harga yg murah...

seee... aku masih lagi sudi berterima kasih sebab, sound system, kerusi, layanan staff dan keadaan panggung yg bagi aku BAGUS dan terbaik...


ni jee smpt snap



KLIK SINI utk ke paparan TGV



P/s : kata2 org yg terdesak nak tengok wayang, selepas lama tgok DVD je, hehe... alhamdulillah 5 minit dr rumah..senang hati skit nk tgk kan..



Resepi Apam Strawberi

Assalammualaikum

Sabtu lepas pengasuh azry ada buat tahlil kat rumah dia, jadi aku pon yg tak berapa nk pandai masak ni pon dpt satu idea untuk bg apam untuk majlis tu.. resepi ni telah diolah sikit utk mendapatkan rasa yg sedap..hahaha.. Alhamdulillah ramai yg cakap apam ni sedap..tetttt, rasa macam chef la pulak..hehe perasan









Resepi Apam Strawberi

Pertama
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula
3/4 ibu roti drpd 11grm ( mauripan )
bahan-bahan diatas ni , digaulkan didalam satu mangkuk yg besar

Kedua
2 cawan nasi
3 cawan air
bahan2 ni di kisar sehingga lumat

Kelapa putih  1/2 biji di letakkan sedikit garam utk perasa masin

Cara-cara
Selepas bahan2 pertama di gaul sehingga sebati, masukkan bahan kedua perlahan-lahan dan kacau dgn pemukul telur (whisker) sehingga sebati .

Bahagikan adunan ke 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan putih, dan satu lagi bahagian dibubuh pewarna merah jambu dan perasa strawberi.

Tutup kedua-dua mangkuk tersebut dgn kain bersih, dan perap selama 1 1/2 ke 2 jam

Panaskan pengukus dan lumurkan acuan dgn minyak sehingga rata, dan kukus selama 3 minit.

Angkat acuan dan isikan bancuhan apam kedalam mangkuk acuan, 2 sudu warna putih dan kemudian isikan satu sudu perasa strawberi di atasnya.

Kukus selama 10-12 minit dgn api yg sederhana.

Hasilnya, apam akan berbau wangi dgn perisa strawberi...

Selamat mencuba





Sunday, June 10, 2012

PTPTN Beku Pinjaman Unisel untuk kemasukan baru


Assalammualaikum

Kesian pelajar yang ingin meneruskan pembelajaran di universiti selangor, hanya kerana faktor politik yg runcing dan sensitif sekarang ni, yang menjadi mangsa adalah para pelajar yg ingin meneruskan pembelajaran kat situ..

Bila isu universiti di politikan.. macam mana golongan muda nk menyokong dan mengundi kerajaan dgn rela hati, Mentang-mentangla selangor ni negeri yg kaya, kalau negeri yg lain macam kedah or kelantan kene macam ni, confirmlah PRU next month akan kucar kacir dibuatnya...

Aku jujur berbicara, sblm ni aku termasuk dalam statistik yg tidak keluar mengundi kerana kesibukan tugas, yg kadang kala, aku ppon tak tau apa yg sebuk sgt, tapi bila tgok isu politik tonggang langgang macam skrg, rasanya wajibla sangat aku pergi menunaikan tangunggjawab yg telah aku perlekehkan seblm ini.

Org cakap dh campai seruu.. ;-) ,hhhmmmm...yeke? , aku menyeru pada semua warga belia yg tidak pernah keluar mengundi tapi sudah berdaftar, marilah kita sama2 menunaikan tangunggjawab pada negara. Sapa yang tak daftar lagi tu... mmg dh terlambat, tapii.. boleh saja daftar sekarang, nanti PRU akan dtg, boleh la mengundi pulak.. bila dah daftar, barulah boleh citer pasal politik...hahahaha, kot mana tau boleh jadi YB.. tettt

cerita lebih lanjut pasal isu ini, sila KLIk SINI










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...