Saturday, June 26, 2010
Balasan tak mandi hadas
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.
Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti
kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan.
Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada
di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu
tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.
Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa...Sila- silakanlah. .....
Wassalam.
RIMBUN GIVEAWAY
Salam
Jom Join Giveaway ni
syarat2 mudah dan ringkas
.
.
-be follower
- Add bloglist at blog
- Fill in survey form Advertlets.com
- inform dlm ruangan comment dan...
- Add bloglist at blog
- Fill in survey form Advertlets.com
- inform dlm ruangan comment dan...
bgtau your blog link or email address ok..
simple jer
.
nak join sila Click Sini
Friday, June 25, 2010
Aimna Online Store Giveaway
Salam
Aisha telah di tag oleh Alin tuk join giveaway ni
.
Jom join giveaway ni smua
syarat2 mudah dan ringkas
kalau nak join sila CLICK SINI
.
.
Gambar yg terpilih
dan 5 org yg bertuah tu
Shaza
ctnurkhijah
mama najla
lienast
ilah
.
.
okay kekawan meh kita memeriahkan giveaway ni
.. Pilih Ibu atau Anak??
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ..?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
p/s:
Jika kita berada di dalam keadaan si suami .. APA yg HARUS KITA LAkUKAN ??
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.
Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh? 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak lagi.....
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.
Ibu Kaisya Giveaway
Salam
Jom Join Contest ni..
sekarang ni musim coklat la..best3x
syarat2 yg mudah dan ringkas
kalau nak join sila click sini
.
.
tarikh tutup penyertaan
30/6/2010
Cabaran: Copy & Menang
Salam
Nak tak MP3 free?
kalau nak meh la join contest ni
Ada 3 MP3 Player yang akan dijadikan hadiah.
.
.
untuk keterangan lanjut :-
Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja
untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, http://akuseorangblogger.com/
.
Okay smua.. smoga berjaya..!!
Thursday, June 24, 2010
NisaChoc Giveaway !
Salam..
Jom join Giveaway dari NisaChoc
syarat2 yg mudah dan ringkas
kat sini Ader banyak coklat2 yg menarik tuk d jadikan hadiah dan di mamam
kalau nak join sila click sini
.
.
kalau nak order meh click sini
.
tarikh tutup penyertaan
8/7/2010
Tuesday, June 22, 2010
ZaiKuLiM'S 1St GiVeWaY
Salam..
Jom memeriahkan giveaway zai kulim ni..
aisha pilih no: 100
okay zai.. harap ader luck dalam giveaway ni
.
syarat2 penyertaan
mudah dan ringkas
.
nak join click sini
Jalan2 di Taman Rama - Rama
Salam..
Seperti yg telah d beritahu, ceh..skema pulak.. aku n family encek suami ke Pulau Pinang untuk bersuka ria, dan berjalan2 , sambil melihat ape yg ader kat negeri anak mami ni,
.
Sorry geng, hanya picture di sini jer yg sempat di rakam, sebab malam minggu hariz di serang demam campak, adoiiii.... kenapa leh masa ni pulak nak jadi, mmg menangis je lah mamat ni, sian aku tengok hariz... okay2 sambung citer balik... next entri bru citer..
.
bagi aku taman ni okay jugak, banyak benda boleh di lihat disini, cuma ramai org yg sebuk dgn cemare DSL.. aku masih setia dgn sony aku takpe..bonus karang aku sambar satu..
sebab aku baru je beli Nokia xpressMusic 5800..he..he..iklan jap
.
.
picture ni sebenaqnye bunga raya dan depa buh madu
itu yg sebuk rama2 hinggap kat situ..
ni aku dengan hariz..
masa ni blum kene campak lagiii..
ni pulak encek suami yg tgh kepenatan mendukung hariz
masa ni..start dah mood mody dia..
aku biaq jer hariz jalan2 tgk bende ni..
huh..x takut pula budak ni
aku pulak yg seram bile nengok benda ni
okaylah.. keseluruhan perjalan pergi dan balik, alhamdulillah selamat.. cuma penang ni tmpt best rasanya dah kurang skit, bukit bendera keretapi dah rosak... paastu jalan2 signboard kurang, terpaksalah encek suami guna ovi maps dlm handphone bru tu.. ceh..iklan lagi.. dan
hotel pulak check in lambat nak mam$%&&.. aku rasa sape pi sana jgn check in kat hotel hydro lah.. hotel ni kat batu feringgi.. service lambat giler.. hah kan aku dh tut..tut... sapa suruh aku marah2.. kita jalan2 kat negeri awak jgn la layan kita cam tu kan..
.
.
my kesimpulan for this trip
okay la jugak..