Bab :1
Aku termenung di kaki jalan,dudukku beralaskan hamparan kotak yang ku punggut tadi,perutku mula berlagu lagi,kali ini entah yang keberapa kali.
“Muksin nak makan kuih tak?,kalau nak makan, tolong belikan mama sebiji kelapa,duit bakinya nanti,Muksin ambil dan simpan ”,aku tersenyum sendirian, rasa kuih seri muka yang mama selalu buatkan tak mungkin akan aku lupakan. Mana mungkin ada orang lain yang boleh buat kuih sesedap mama,Oh! Mama,jika kau tahu nasib anakmu di bumi ini, mana mungkin kau sanggup meninggalkan aku.
Aku dibesarkan dengan sepenuh kasih mama,bagiku mama adalah insan yang paling aku hargai di dunia ini, dialah mama dan dialah ayah bagi diriku. Dua belas tahun aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang mama,menjadikan aku insan yang amat menghargai setiap maklukNYA dimuka bumi ini, tetapi langit tidak selalunya cerah....
Bab 2 :
Aku tersentak bila ada seseorang menghulurkan aku sebungkus nasi, pandangan mataku terarah padanya, seorang lelaki india yang berbadan kurus. Aku kenal dia, dia adalah Maniam, pekerja di sebuah restoran, dia tersenyum memandangku,"Belum makan ke adik ?","Sini ada nasi itu lauk telur kari","makan..makan",lalu maniam berlalu pergi meninggalkan aku dengan sebungkus nasi yang sudah seminggu aku inginkan, memadailah kalau ada nasi putih saja, bagiku itupun sudah mencukupi untuk mengalas perut yang menjerit - jerit minta diisi, lama juga aku tidak berjumpa maniam, mungkin dia pulang ke kampung berjumpa dengan anak-anaknya di india,lalu aku bangun sambil mengendong bungkusan plastik yang diberi, ku capai botol air kosong di sebelah dan menuju ke paip air di masjid." Sebelum makan Muksin mesti baca doa, Nanti makanan muksin tak dikongsi dengan syaitan", itulah pesanan mama yang aku ingat setiap kali ingin menjamah makanan, gugur airmataku melihatkan lauk yang diberikan oleh maniam, bertapa masih ada insan yang sudi membantu aku setiap kali aku kesusahan tapi sampai bila aku akan meneruskan kehidupan bergini.
Setelah selesai makan aku menuju ke tandas di sebelah masjid, banyak mata yang tertumpu kepada ku, dengan perlahan – lahan aku masuk ke tandas sambil menundukkan kepala"Woi ! Kau buat apa kat sini ah", "Ini Masjid tau, kau tu kotor,keluar dari sini", sergah seorang lelaki yang berbadan gempal. Aku tergamam, niat ku hanya satu ingin melepaskan hajat. Kaku aku seketika. Menitik air mata kerna ketakutan. Lalu aku melangkah keluar meninggalkan perkarangan masjid, aku tinggalkan hajat sebentar, mungkin akan ku cari tempat yang lebih sesuai nanti. " Muksin nanti dah besar nak jadi apa?", tanya mama sambil mengusap - usap kepalaku. Aku selalu berangan ingin menjadi doktor, aku tak sanggup melihat mama saban hari menelan pil panadol kerana sakit kepala, bila ku ajukan pertanyaan,mama mesti kata hanya sakit biasa, mana mungkin mama sakit biasa kerna aku selalu melihat mama menahan kesakitan apabila sakit kepalanya datang menyerang, di sekolah aku adalah pelajar yang disenangi, aku amat mengemari mata pelajaran sains, aku suka berkawan dengan Hakim dan Rahman, kami bertiga selalu bersaing untuk mendapatkan tempat pertama didalam kelas, tapi itu dulu. Macam mana mereka sekarang, mesti mereka lebih pandai dari aku.
selamat membaca novel pertama
ReplyDeletemembacanya.....
ReplyDeletetak sempat nak baca...nanti malam2 sikit baru nak baca..
ReplyDeletepak streamyx tgh lembab. Ada masa aku baca k...
ReplyDelete