Thursday, July 22, 2010

Kawan di akhir zaman ini



>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Yang benar-benar sibuk >Dengan urusan baiki diri nya >Yang ada kini hanya >Sibuk dengan urusan mengumpul dunia >Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat >Yang sanggup bersusah dan penat >Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat >Yang ada kini hanya lah >Berbangga dengan ijazah yang menjela >Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Ahli professional yang bertaqwa >Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa >Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana >Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka >Yang hidup nya lebih barat dari barat >Ibadah dan amal terasa amat berat
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan >Yang berhubung hanya niat bertanya khabar >Yang ada hanya >Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada >Bersahabat untuk mendapat laba
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita temui >Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri >Yang menghidupkan ilmu yang ada >Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka >Yang ada hanyalah >Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain >Yang menghidupkan sunnah barat >Yang melupakan kehidupan akhirat
>Kawan di akhir zaman ini >Susah untuk kita temui >Yang menjadikan masjid tempat pertemuan >Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan >Yang ada hanya >Yang menjadikan komplek tempat membuang umur >Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
>Kawan di akhir zaman ini >Susah untuk kita temui >Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan >Menjadikan nasyid nyayian harian >Menjadikan selawat ucapan kelaziman >Yang ada hanya >Artis di jadikan bahan pujaan >Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan >Dianggap moden dan berketrampilan
>Kawan di akhir zaman ini >Susah untuk kita temui >Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir >Yang senantiasa merasai jelingan Izrail >Menangis cemas mengenangkan saat kematian >Merintih sayu mengenangkan persediaan >Yang ada hanya >Yang panjang angan-angan >Mengumpul dunia kerja seharian >Seolah kematian itu sangat jauh >Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh



Masih mencari kawan yang memahami....

6 comments:

  1. susah nak dapat kawan yg boleh betul2 dibuat kawan. kawan akhir zaman ye, menarik statement ni. moga kita tak seperti itu la ye :)

    ReplyDelete
  2. KAWAN BERBEZA NGAN TEMAN...KAWAN SEJATI SUSAH NAK CARIK...

    ReplyDelete
  3. huhuhu..betul2..sy sokong! kwn skang tak sama camdulu2..skang more to nak enjoy sajork..huhu time susah depa takde..:-(

    ReplyDelete
  4. ila sokong dgn statement di atas ni

    ReplyDelete

Thanks 4 the comment