Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua
yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan
yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit
air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pegnalamannya
dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arahpantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?
"Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak
tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?
" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?
" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia
kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
aja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.
Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin
kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya
dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah
ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
haha..nice post! semua manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
ReplyDeletesalam ziarah,
ReplyDeletesatu peringatan kepada semua.Jangan pandang rendah pada orang yang tiada pelajaran tinggi kerana ada masa mereka boleh menjadi life line kepada yang tinggi EQ.
setuju!! apa yg aku dah buat dlm hidup & dpt guna & kongsikan pd semua org ye??? oh.. ye!! @ least ada 1... PBSM....
ReplyDeletegood story