Salam
Dah boleh bertenet skrg..tadi memang bizi giler, sekarang dah releks giler..hehe
Entri ni aku buat khas untuk my adik yang sedang mengambil peperikasaan SPM sekarang ini, my adik bersekolah di MRSM di kelantan dan dia adalah satu - satunya adik lelaki dlm keluarga.. yg lain semua ppuan.
Bila time dia nak amik peperiksaan ni , teringat pulak zaman aku dulu - dulu kala, yelah! dulu susah nak belajar, bahan bacaan terhad, tenet mana ada..kan..kan, buku pulak tebal2.. aku pulak kejap rajin kejap malas..
ni my family
Nampak tak yg kumbang sekor kat belakang tu, hah! aku ada 5 adik perempuan dan sorang lelaki.. yg depan tu anak adik yg pakai baju purple terang.. masa kecik2, adik lelaki aku ni memang manja ya mata dgn aku,sebelah ketiak aku je dia tidur..hehehe
Ni pulak, picture dia dgn my mom, sebab anak lelaki mak aku ni sorang jer, jadi apa yang dia nak dapat jer, kira anak kesayangan lah ni.. tapi yang aku suka sgt kat adik aku ni, dia akan menolak pemberian mak aku untuk barang yg mahal - mahal, dia cakap mak simpan la duit tu, mamat tak nak.. uhh..kalau aku tak sempat nk bagi, aku yg mintak dulu agaknya..hehe..
Masa my family hantar dia masuk ke asrama, muka dialah yg paling sedih, aku dan mak dah budget, budak ni mesti tahan 2 minggu kot pastu mintak tukar balik skolah kat umah, mana taknye, makan disediakan, tempat tidur di kemaskan, kain baju adik perempuan aku basuhkan.. kira kalau dah duduk asrama, semua keje kene buat sendiri kan...Akhirnya
selepas 2 minggu, dia call mak "mak skolah kasi balik, tapi mamat tak balik ya mak, nanti bertambah belanja pulak".. "nanti hujung bulan mamat balik".."boleh ya mak"..uiikkk..mak aku pulak yg nangis sebab dia rindu sangat kat budak ni..mak aiii..terbalik pulak..
Pejam celikk..pejam celik dah 2 tahun dia kat asrama dan masa yg di tunggu - tunggu telah tiba, peperiksaan SPM sedang berlangsung.. aku kalau boleh nak je pegi skolah dia bagi kata - kata semangat, sebab aku tau dia boleh buat..
hari tu result peperiksaan percubaan SPM, dia dapat anugerah pelajar cemerlang, my family sanggup turun sana bagi semangat kat dia, my mom punyalah happy..jauh pun jauhlah..janji my mom cakap,kita mesti support adik yg tengah study...btui tu..aku sokong
Aku doakan moga my adik Muhammad Zulkiflie, dapat menjawap soalan peperiksaan dengan tenang dan sabar,semoga keputusan peperiksaan SPM dia cemerlang seperti yang dia TARGET..Amin
gud luck utk adik aisha..:-)
ReplyDeleteinsyaa Allah.
ReplyDeletegood luck to ur brother.
semoga dipermudahkan oleh Allah.