Assalamualaikum
banyak blog yg dah citer pasal hari V ni kan..for sure, aku memang tak suka hari ni..banyak setan yg akan tepuk tangan dan berjoget lepas dpt goda keturunan adam nanti..untuk adik-adik akak yg comel-comel semua, sila jauhkan diri anda dari hari V ni..karang menyesal tak sudah, mak bapak gak korang carik..
sila fikirkan ayah dan ibu, sblm korang buat bende yg bukan-bukan hokey..akak tak mau nanti korang menyesal..pastu mulalah yg belajar tinggi-tinggi pon jadik stupid bila dah terkene penyakit cinta ni ..
lepas jadik camgini, buang anak merata-rata..kalau hidup takpelah jugak, boleh org bela...ni buang merata-rata sampai jadi mayat..hangin betul aku
sila kesian dengan budak kecik ya
tanamkan sifat belas kasihan kat budak kecik, binatang pon tau sayangkan anak
akak bukan apa dik, cuma sangat-sangat takut kalau ada yg buat maksiat pada hari V ni..masa ni lah si jantan akan menyuruh si perempuan menunjukkan keiklasan bercinta..pi mati la kalau nak bercinta sampai tergadai maruah.. sory beb, aku memang marah dgn gejala sosial bebudak sekarang..aku pon bercinta gak, tapi agak-agak la kan..yg mana baik dan yg mana buruk..
Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
huarg..tension bila pikir bende2 mcm ni..aku cukkup sensitif kalau malaysia bagi cuti umum..banyak la xtvt bebudak bujang yg pendek akal..pastu banyak la yg tergadai body kat jantan2 jongos yg gila kan sex bebas..end of the story, yg kesian kat ppuan la kan..bawak perut kulu kilih..yg si jantas..bebas entah kemana..emmm...dunia..dunia..
P/s : dah malas nk membebel..korang pikir la sendiri
sokong.. kenapa nak ikut semua budaya barat?
ReplyDeleteesok sambuta maulidul rasul lagi baik.. :)