Friday, July 15, 2011

Rahsia Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Selamat hari jumaat semua, kali ni aisha nak sharing kan sedikit mengenai surah yg biasa menjadi amalan kita semua, iaitu surah  Al-Fatihah..sebagai umat islam, surah ini adalah WAJIB utk di hafal oleh semua lapisan masyarakat, tapi tahukan kita!! sekiranya surah ini di baca sewenang-wenang nya, ia boleh membawa maksud yang TIDAK ELOK..mari kita kongsikan bersama - sama..

Untuk perhatian kita semua, bacaan kalimah - kalimah surah Al-Fatihah yang sepertimana di ketahui adalah salah satu rukun solat..

(Petikan di bawah adalah dari buku Rahsia Al-Fatihah oleh Ustaz Dato Haji Ismail Kamus) 


 ' Adalah diharapkan kaum muslimin dan muslimat akan lebih berhati-hati dalam membaca dan memotong kalimah-kalimah Surah Al-Fatihah supaya tidak secara sengaja menyebut nama-nama iblis laknatullah.

Contoh-contoh nya:


1. Jika kita salah memotong kalimah atau sukukata dan membaca 'Alham/dulillah'  tidak secara yg betul iaitu, Alhamdu/lillahi ' lalu sukukata nya telah berubah dari yang asal, dan wujudlah kalimah 'dulillah' iaitu satu nama syaitan.

2.Salah jika di potong bacaan menjadi : Alhamdulillah/hirob', 'Hirob' adalah nama syaitan yang kedua.

3. Tidak boleh kita memotong kalimah Maliki /yaum middin menjadi, 'Mali /kiyaum' kerana 'kiyaum' adalah nama iblis yg ketiga

4. Tidak boleh memotong Iiyaka/naqbudu/  menjadi Iiya/kanaq, dan Waiiyaka/nastaiin di potong menjadi waiiya/kanas ' kerana 'kana' dan 'kanas' itu adalah nama-nama iblis.

5. Sirathallaziina/ an'amta 'alaihim tidak boleh dipotong menjadi Sirathallaziinaan'am/ta'alihim kerana ta'alaihim adalah nama ibilis yg keenam.'

Moga kita sama- sama dapat membaiki bacann surah Al-Fatihah kita..insyaAllah 



P/s * Moga sudi sedekahkan Al-FAtihah untuk arwah adik iparku
Arwah Nazil Zabha bin Zakaria
Al-Fatihah...



2 comments:

Thanks 4 the comment