Friday, December 02, 2011

Demam Ombak Rindu

Assalammualaikum

malan tadi bukak FB, tetiba terbaca wall post my sis, dia  membebel sebab nak sangat tgok ombak rindu gamaknya, mengidam agaknya, karang kalau tak bawak pegi tengok maunya meraung semalaman, jenuh la laki dia nak pujuk..


Aku dah lama tak layan wayang lately ni, tak banyak masa utk di luangkan utk aktiviti tersebut, cukuplah takat ada astro.. sekarang ni layan channel 702 ( Law & SUV )..menarik jugak jalan citernya..bolehlah setakat nk hilangkan rasa boring waktu malam..

berbalik pada citer Ombak Rindu ni, rasanya aku lebih layan Novel dr movie, sb kalau novel kita boleh bayangkan sendiri watak dan keadaan sesuatu cerita tersebut tanpa pengarah atau pelakon..yang pasti, bila kita baca novel kita akan letakkan diri kita sebagai watak utama...pastu nangis pon real lahh..kalau boleh takmo org tgok waktu kita tgk syahdu tuu..huhu..seyes rindu dgn aktiviti membaca novel sblm tido..

jangan korangg tak percaya ombak rindu pon ada FACEBOOK okay..sila KLIK utk ke link tersebut.. pastu sapa yg dh tengok citer ni, bolehlah kongsikan pendapat korang..

"Tuhan tolong lembutkan hati dia,
Untuk terima ku seadanya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Hidup tanpa dia di sisi ku..."

"Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat KAMU kala duka ku
Namun hanya KAMU yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku..."

Sinopsis Filem Ombak Rindu


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



3 comments:

  1. mmg best..sudah jth cinta ngan OST OMBAK rindu nyanyian hafiz & adira...

    ReplyDelete
  2. nak tengok gak.. plan nak tgk hari ni tp memember pakat bizi lak.. layan kat astro first jer la gayanya :( hehe

    ReplyDelete
  3. kita nk g tgk mlm ni ng pami.. yeayyyyyyy

    ReplyDelete

Thanks 4 the comment