Saturday, January 22, 2011

(Gambar) Ayu Raudhah Di Malam Berinai Bersama Zaquan


Assalamu'alaikum..

Akhirnya kawin jugak minah dgn mamat ni, lepas macam2 kenyataan dari pihak si gegirl..heheoklah tu kan..kita doakan yg terbaik untuk mereka..



Gambar di ambil dari Blog ohbulan dan piccalasso





Ayu Raudhah di malam berinai mengekalkan sisi anggunnya sebagai bakal isteri kepada pemain bola sepak negara, Zaquan Adha. Ayu Raudhah yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan akan melangsungkan majlis pernikahannya bersama Zaquan Adha di Alor Setar, Kedah, hari ini.

Sebuah video di belakang tabir persiapan perkahwinan Zaquan Adha & Ayu Raudhah menyusuli anda selepas ini.

p/s: nak tengok video..sila lah ke blog INI




Aku di Bukit Broga semalam..ade pulak yg di timpa MUSIBAH


Assalam'mualaikum


Semalam aku dgn hubby ada aktivity ke BUKIT BROGA panjat bukit, pastu pegi mandi sungai kat sg.terkala di ulu langat bersama rakan-rakin opis.. tapi dalam seronok - seronok tu, rupanya ada pulak yg di landa musibah..


tapi sebelum citer pasal musibah yg melanda budak tu, jom la layan cerita kat sana.

3.00 am
semangat nk pegi panjat bukit, pukul 3.00 pagi aku dgn encik Ady dah bangun tidur, maklumlah kami berdua ni dh lama tak melakukan x tivity bersama, bila dh ada budak tecik ni, mmg tak join dah xtviti berkumpulan yg memerlukan tenaga dalaman..ngehee, tapi kami decide hantar hariz ke rumah my adik di sentul..hehe..ralat jugak nk tinggalkan, tapi takkan nk angkut naik bukit tu, maunya menjerit satu hutan, naya nanti.

4.00 am
sampai kat area opis , tunggu lah bebudak lain sampai..huh..org pertama gak yg sampai..nampak sangat x cited giler

4.30 am
bergerak ke bukit broga.. konvoi 15 biji kete.. ade gak yg tak tau jalan, dah folow pon bole sesat la pulak.. kene tungguu laaa lagii

6.00 am
lepas banyak kali berhenti..akhirnya sampai gak..mak aiii ramai org, akhirnya kami decide pegi solat kat surau dulu, dapatlah berjemaah dgn imam masjid tuu

6.30 am
lepas park kerete kene la bayar RM2.00, sebab tuan tanah tu dah stanby kat depan pintu masuk bukit tu kan..punyalah banyak kete..sib baik kami awal gak smpai

6.45 am
bermulalah pendakian kami semua..


8.00 am
sampai gak puncak bukit pertama, gayat gak aku di buatnya...Konon nk amik gambar kat buaiyan, tapi ramai sangat orang, sebab ramai giler yg ada atas bukit tu, aku dgn encik Ady duk kat satu tmpt jer, nk naik atas lagi bebudak dri Universiti ramai giler..tensen pula aku tengok..


lepas dok lepak kat atas sejam, pastu kami pon turun..nak turun punyalah kejap, masa nak naikk, pancit gak la aku di buatnya..ngehhee..sib baik tak pitam..seruis beb, kalau badan tak fit, naik la pelan - pelan, janji sampai kan..

dah turun bukit tu, kami buat BBQ pula kat sg tekala, sronok gak la..xtviti ni..MAKAN time

berita yg menyedihkan tentang Accciden tuu

KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan. Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.

Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang. Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu. Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,”katanya.



tak sangka aku, ada pula yg jatuh bukit..kesian budak tuu..hope cepat sembuh la dik..

P/s : Alhamdulillah..kami semua selamat pergi dan selamat balik..takut pulak dengar citer camni..kene keep fit la lepas ni la..la..laa








Thursday, January 20, 2011

Pemenang Teka Harga


Assalam'mualaikum


Seperti yang di janjikan semalam, pemenang contest TEKA HARGA telah di ketahui,TAHNIAH kepada pemenang yg sungguh pandai meneka harga barang tersebut..maklumlah tuan blog ni pon, kalau bab meneka barang memang fail..ngehhee

sebelum itu, nak umumkan 2 orang pemenang tambahan yg dibuat mengunakan Random.org.. hadiah tambahan telah di sponsor oleh encik Ady yg baik hati..i lap u darling

2 Pemenang bertuah adalah seperti berikut

...jeng..
jeng..jeng...
...jeng..jeng...
jeng..jeng......jeng..jeng...

Pemenang sebutir Kerongsang jatuh kepada


dan Pemenang berikutnya akan menerima keychain



untuk pemenang utama yang telah meneka harga barang, dengan harga perbezaan cuma RM1 jer..nyata tekaan yang hampir tepat itu adalah milik...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




harga sebenar barangan di dlm contest teka harga barang adalah RM76.00 sahaja..itupun lepas dpt diskaun dari Tuan penjual..ngeheee,biasalah kalau tak mintak diskaun tak sah

kepada yang menang, Sila Emailkan alamat penghantaran ke Najwwa@gmail.com..hadiah penghantaran akan di laksanakan hujung bulan ni,insyaAllah jika masa mengizinkan aisha pegi Pejabat pos dlm waktu terdekat ni, kalau tak ujung bulan lah yer. Masa yang di berikan sehingga hari Ahad ini..boleh ye smuaa


Kepada yang tidak berjaya, sila tunggu contest yang akan datang bulan depan, Mungkin nak buat GRAND skit hadiahnya, asyik2 bagi hadiah kecik jer kan, manalah tau pasni MURAH rezeki lagi, boleh buat contest HADIAH grand tuk korang pulak, insyaAllah..mudah - mudahan..

oklah, tuan blog nak smbung keje...jumpa lagi daaaa..

P/s : jalan jamm giler hari ni, kpd yg mengunakan laluan batu caves, silalah cari laluan yg lain..sapa lalu situ compem nangis woo..




Wednesday, January 19, 2011

Senarai Peserta Teka Harga dan Hadiah..


Assalam'mualaikum


Alhamdulillah tamat sudah contest TEKA HARGA dari blog ni, sila rujuk senarai nama yg bertanding..

Nampaknya ada 36 peserta yang sudi join contest TEKA HARGA Barang, dan sudah ada seorang pemenang yg meneka hampir betul dgn harga yg sebenar, beza cuma RM1 jer..huhu, memang terel sungguh peneke tersebut..

Berikut senarai peserta yg join dan harga tekaan mereka..sungguh bijak mereka meneka kan...
1)- Rosilah - harga Tekaan RM100
2)- Lynn Azlina - harga Tekaan RM115
3)- Jieda - harga Tekaan RM125.80
4)- Erawatie - harga Tekaan RM125
5)- Aboy93 - harga Tekaan RM34.46
6)- Syuhada - harga Tekaan RM95.50
7)- Cute Mum - harga Tekaan RM160
8)- Nana - harga Tekaan RM110
9)- Shafida - harga Tekaan RM50
10)- Jue - harga Tekaan RM155
11)- Nadiah - harga Tekaan RM65
12)- Farhana - harga Tekaan RM70
13)- Lily - harga Tekaan RM130
14)- SofiahB - harga Tekaan RM87
15)- Umialya - harga Tekaan RM280
16)- Izzatul Iman - harga Tekaan RM81.70
17)- Lissa - harga Tekaan RM78
18)- eb@mamaAerish n Aed - harga Tekaan RM180
19)- Nurul - harga Tekaan RM150
20)- Yan - harga Tekaan RM30
21)- Athirah - harga Tekaan RM135
22)- MamaYatie - harga Tekaan RM189
23)- Izzatbahiah - harga Tekaan RM95
24)- MamaLyna - harga Tekaan RM75
25)- MamaTomell - harga Tekaan RM128.90
26)- cikpuanhady - harga Tekaan RM49.90
27)- Fateen - harga Tekaan RM129.90
28)- Nanakimie - harga Tekaan RM120
29)- azatiesayang - harga Tekaan RM149.70
30)- attoae - harga Tekaan RM89
31)- MamaRifqy - harga Tekaan RM55
32)- tiefazatie - harga Tekaan RM79.90
33)- Keluargaku Syurgaku - harga Tekaan RM132.70
34)- Myra Jay - harga Tekaan RM115.90
35)- Nini D - harga Tekaan RM85.90
36)- dyahaha - harga Tekaan RM87.60

Terima kasih juga kepada semua yg sudi buat entri, walaupun pihak penganjur tak mintak, tapi mereka sungguh rajin dan baik hati buat jugak..tapi maaf ye..takde extra hadiah kepada yg rajin buat entri..
sorry ya darling... darling smua..

Hadiah..
Hadiah utama untuk seorang peneka hampir tepat ialah
Mug + Pewangi utk rumah + Pewangi utk kereta

DAN TAMBAHAN
Hadiah tajaan dari Encik Suami yg baik hati(Extra)
saguhati untuk 2 org peserta bertuah
sorang dpt Keychain dan
sorang lagi dapat kerongsang

Adil Bukan..

Result akan di umumkan pada esok hari.. insyaAllah kalau tak Bizi..tapi sekarang tgh bizi sampai pening pale dah nie

P/s : Selamat hari jadi utk suami tersayang..hadiah dah bagi smalam..hehe..suke la tuu..:-)


Tuesday, January 18, 2011

giveaway Teka Harga

Sticky post sampai 18/1/2011
Nak join click Sini


Monday, January 17, 2011

Arwah faizal Yusof - My senior masa form 4 and 5


Assalam'mualaikum

actuatly, memang dah lama nak citer yg arwah ni satu school dgn aku lepas Nana dan Ayu aka ibuayahdamia buat entri pasal artis..Tapi itulah, nampaknya Allah sw.t lebih menyayangi beliau.. al-fatihah tuk Arwah..

ni la arwah faizal yusof

the story
masa aku form4 and 5, aku tukar skolah dari skolah menengah puteri titiwangsa ke skolah bandar baru sentul, yelah 3 tahun skolah perempuan pastu bila adik2 dah membesar, mak ngan abah banyak pakai belanja, jadi aku pon tukar skolah dekat skit dgn rumah. kira jimat belanja la kan..

s.m.b.b.s
masa kat skolah ni, aku kene culture shock beb..mau taknya, dari skolah perempuan ke skolah campur ngan budak lelaki..keganasan kat skolah ppuan dulu aku simpan jadi kenangan jelah..hehe..ni kira nak cover cun la kan...

my senior
aku dulu skolah main hoki dan sedikt olahraga, nk di jadikan citer, arwah ni dgn pelakon Lisdawati(senior gak).. mmg top la kat skolah sebab org kuat olahraga..masa tu cikgu olahraga kami Pn.Sharifah Mazlina (yg panjat gunung everst tuu)..huh ramai lak superstar kat skolah ni..hehe..tak sangka lak cita2 diorang nk jadikk artis kan..

ni la lisdawati..senior aku gakk

time sukan
huh..aku memang minat gile kat arwah ni, sebab org pemes,org kuat olahraga, pastu arwah ni nakal dan macho gak kat skolah..tapi dah ade awek..tak silap aku nama akak tu rohayu, org nya mestilah cantik kan..pastu yg lisdawati pulak,(nama sebenar dia Nisdawati)..jrg la tegur dia ni, sebab dia ni nmpk sombong skit..huh takpe aku tak herann pon..tapi arwah ni mmg aku suka tengok time olahraga..hehe..jadinya keganasan masa kat skolah ppuan aku buang jauh2..saja je nk cuba nasib..(perasan beb)

BERJAYA... Sharifah Mazlina mengibar bendera Malaysia sebaik sampai di garis penamat Antartika


itulah, nk di jadikan citer..arwah telah pon meninggal dunia pada awal tahun yg lalu, aku dgn member skolah yg lain mmg terkejut giler..sebab kami kenal arwah sebagai org yg kuat bersukan dan aktif gak, ramai gak member yg dtg rumah arwah tuk beri penghormatan yg kali terakhir..

sedih
aku tau arwah dah meninggal dunia masa time aku tgah berseronok kat berjaya time square..member sms. apalagi mak aku yg ada kat situ pun terkejut gak, sebabnya mak aku dgn ayah faizal ni tinggal satu kawasan perumahan, masa arwah kawin ngan Nana penyanyi tu, mak aku mmg di jemput la kan..huhu..aku tak pegi, sebab mak aku ckp jalan kat sini jammed giler..

arwah dikebumikan pon dekat-dekat area rumah mak aku gak..insyaAllah kalau aku pergi pusara arwah atok aku, aku singgah ke pusara arwah..sedih gak sebab aku pon penah kenal arwah ni, walaupun dia dah tak hingat sapa aku kan...;-(

yg pasti lepas aku balik dari berjaya times square dan hantar mak aku balik, kita orang terserempak dgn Lisdawati, tapi punyalah bongok aku ni, boleh pulak cakap " sapa pulak yg pakai baju kurung tengah malam - malam buta ni mak"..lepas aku pandang betul2..barulah aku tau yg itu adalah lisdawati..muka pon tengah sedey jer..hmmmm...

entahlah, yg pasti ajal dan maut ni tak kira kau masih muda atau dah tua, ia datang dgn izin Allah, samaada kau rela atau tidak..bersedialah dgn akhirat yg pasti ada..itu janji Allah s.w.t pada kita..semoga roh arwah di cucuri rahmat..


P/s ; yatie kumpulan feminin pon bekas skolah s.m.b.b.s - bekas kakak angkat aku daa..kuang..kuang..kuang...

yatie kumpulan Feminin


Sunday, January 16, 2011

Test Food di Sri Angsana Catering


Assalam'mualaikum

Selamat berhujung minggu semua, mesti sronok kan, cuti 2 hari ni ..pastu jalan-jalan cari makan, or mlawat rakan - rakan atau ada aktiviti yg enjoy..hehe..sapa la yg tak seronok cuti dak..

siang tadi pegi test food kat sri angsana Ampang.. maklumlah nak tolong member yg nak kawin, sambil2 tu bolehlah mengeyangkan perut kan..

hah ni la logo sri angsana tuu

sekarang ni diorang tengah offer 3 pakej perkahwinan, my member amik pakej no 2


sorry la tak sempat nak amik gambo, langsung tak terpikir.. tapi nak bagitau yang
daging masak itam johor dan sambal sotong dia..sedapppp betul, sampai la ni masih teringat lagi..hehe.. aiseymen, tak bole lupa pulak..

pakej yg di tawarkan pon berbaloi dengan apa yg di tawarkan..kot ada yg nak kawin tu, sila la tengok - tengok kat sri angsana ni, mana lah tau berkenan pulak..

ok lah itu jer nk story..esok - esok sambung lagiik...daa

A Magnolia Sherbet A Day makes my lips so cool and speecless


Sekarang ni cuaca kadang kala hujan dan kadang kala tu panas pulak,
dan bila time panas..huargggg..serius panas menyengat beb..

Bila time panas, apalagi mestilah nak cari air untuk minum kan,
tapi takkan asyik nak minum air je..


Tengah dok termenung tu..tiba - tiba
adik menawarkan diri untuk menolong ibu


Dengan serius..!!
adik pegi siasat apa makanan yang sesuai untuk ibu




" errkk...tapi dik,
ibu skrg dah boring makan aiskrim perisa vanilla atau coklat, ada tak aiskrim perisa buah - buahan yang BEST untuk ibu?? lepas tu ibu boleh makan banyak - banyak dan tak jemu "




ok! No problem, sekarang adik pegi check ,
aiskrim apa yg BEST untuk ibu..??



oh yeah! Its Magnolia Sherbet Ice Cream made by F & N
mesti ibu suka kan...


Apa lagi, dengan cepat pantas dan laju..
ibu pun pegi ke outlet yg berdekatan


owwwhhh..
Semua ice krim nie nampak Hebat dan sedap


Selepas ibu beli,
dan keputusan di persetujui..



Antara Fakta - fakta yang menarik
kenapa perisa Melon menjadi pilihan kami


" Mana nak cari Aiskrim ni?
owwh..itu senang aje, maklumat lebih lanjut ada DISINI "


Last but not less
"F & N Magnolia sherbet A day makes my lips so cool and speecless"
muahhhahaaaa...i like


2 hari lagi sebelum Contest berakhir..


assalam'mualaikum

Buat ke sekian kalinya blog ni tukar cat..last - last Cat color pink jugak..hehe
gambar goggle jer..

actuatly sebelum ni kalu tukar color lain pon rasanya macam tak menarik langsung nak tengok blog ni, warna gelap..boring pulak..dan warna terang rasanya pilihan yg tepat..pink pon pink la, janji aku sukeee..

okay semua, maaf la sebab masih tak mempunyai mood nak berblog beberapa minggu ni, keje banyak... broadband bongok tak bolih pakai pulak kat umah, pastu pasang sreamix kene tunggu la pulak, org nak pasang awning kat posh car pon, 2 ke 3 kali datang umah..adoii macam2 lagi lah...jadinya contest yg aku anjurkan rupanya ada 2 hari lagi sebelum tamat tempoh...huhu punyalah tak perasan..

Hadiah???
dont worry bebeh.. aku dah beli dan hadiah itu hanya untuk seorang pemenang yg tepat jer

Peserta??
adalah dalam 20 lebih..insyaAllah nama peserta akan di beritahu kelak

oklah..kalau nk join sila lah KLIK SINI manalah tau ader rezeki kan...

P/s : bersiaran dari rumah mak...punyalah laju berok band ni..huh tensen,,,tensen