Assalammualaikum
Azam tahun baru, nak berjinak-jinak untuk membuat resepi baru di dapur, manalah tau lepas ni kalau ada skil bolehlah masuk Master Chef malaysia season 2, hehe... ini namanya resepi spagetti adyshariz, sebab apa bubuh nama ni, sebab resepi ni adalah ikut mengikut tekak sendiri ok..hehe.. silalah layan
Resepi Spageti Adyshariz |
Bahan-bahan ( 5-6 ) |
I paket Jusco selection pasta No 5 |
2 biji bawang besar (di potong dadu) |
4 ulas bawang putih (dipotong dadu) |
1 sudu kecil oregano |
1/2 sudu besar serbuk lada hitam di tumbuk halus |
1 tin tomato puri |
1 cawan air |
2 sudu besar sos cili |
1/2 sudu besar gula |
5 batang sosej di potong dadu |
8 biji bebola ayam (direbus separuh masak) |
5 ekor udang bersaiz besar |
sedikit minyak zaitun untuk menumis |
garam secukupnya |
sedikit daun pudina sebagai hiasan hidangan |
Cara-cara |
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan serta berbau wangi. Kecilkan api sedikit |
2. Masukkan sosej yang di potong kecil dadu, gaul sehingga sebati bersama bawang sehingga sedikit garing |
3. Masukkan tomato puri dan air ke dalam periuk |
4. Masukkan serbuk oregano, sos cili dan lada hitam. Tutup periuk seketika sehingga mendidih |
5. Masukkan Udang dan bebola ayam. Kecilkan api dan tutup periuk kembali seketika |
6. Masukkan Garam dan gula secukupnya |
7. Biarkan masak selama 3-4 minit |
Cara-cara merebus spageti |
1. Rebus spageti ke dalam air mendidih yang dicampukan sedikit minyak zaitun dan garam. |
2. Biarkan ia mendidih sehingga spageti lembut. |
3. Gaulkan sesudu kecil marjerin kedalam spageti untuk kesan yang cantik/berkilat |
3. Hidangkan spageti yang dicampur dengan kuahnya. |
4. Taburkan keju parmesan jika suka dan hiaskan daun pudina untuk menambah serinya |
apa kata syah buat lagi hantar kat zai...
ReplyDeletenam makan udang galah ar...
ReplyDeletetu daun pudina ke daun ketum ko ltk tu?
ReplyDeleteahahaha
sedap weih..
lamam dah msk spageti..
rasa mcm nak buat la esok..
esok yer..
esok!
waa..udang besau tu yang tak tahan tu..leh cuba nanti ni..zahra suka betul kalau spagetti ni..
ReplyDelete