Saturday, December 18, 2010

PCB tu ape makcik??


Salam

Takdenya aku nak emosi lebey2 hari ni..aku tau tu keje aku, takyah nk mennyibuk ok
takyah la buat perangai buruk tu, aku penat - penat buat keje ko pulak nk dapat nama..
aku tak heran doh..ngeeheee..emosi..oh!emosi

aku kerja dgn ikhlas, insyaAllah berkat rezeki aku.. susah sangat ke nak paham, jgn la buat perangai macam lanun, org lain buat kerja, dia pulak nk dapat nama..cit pirahhh

ngeehhhee..aku tak emosi pon, tapi klakor la pulak..aku siap email kat boss lagi, ape aku buat hari ni, biar boss tau.. aku yg buat smua keje..ngeeheee..bertindak dgn bijak dan cepat

tadi cik ayu yg ayuuu selalu tanya makcik PCB tu ape?
ngehheeee..btui dik,CB tu circuit breaker dik, nah amik seposen,main jauh - jauh..ngehehe, kalau korang nak tau PCB tu adalah Printer Circuit Board, ala yg macam dlm peti TV ke or DVD yg isi dlm dia tu, ade board besar tu, penuh ngan componen electronik..hah tu ler salah satu keje makcik, merepair bende ni...

kot ade sapa -sapa TV ke DVD rosak, meh le antor umak makcik, nanti makcik repair free jer, tapi makcik tak pos balik la..ngeeheee

banyak lagi keje makcik yg korang tak akan sangka makcik buat, ngehhee..tapi makcik bukan superwoman..apetah lagi spiderwoman..ngeengehheee

Ni la gambo PCB yg makcik repair tadi
start masuk keje dh kene repair ni

ni pulak drawing dia..hah! sapa nk belajor baca bende ni, boleh..boleh, makcik boleh aja..tapi ade pengerasnya..makcik nk mcD sebulan..ngeheee..mau gemok mcm tong dram makcik di buatnya..

aiseymen...terbalik la pulak..boleh la yer

erk makcik nk tanya ??
kot - kot adolah sesape tau ape tu Capacitor ke resistor ker?
nanti makcik bagi seposen buat beli gula - gula... nka tak? ngeheee

P/s * nanti makcik update lagi..


Topik Panas Anuar Zain..


Salam

Kalau nak diIkutkan lama dah aku dapat citer pasal mamat ni, cuma malas skit nak share ngan korang, bukan apa, rasa macam malas nk menjatuhkan airmuka sesama kita ni, tapi kalau tak share... takut adik2 ngan kakak2 kita ni terlebihh lagi action dorang..

bagi aku, suka kat seseorang tu ada batasnya, bukan nak cakap aku ni baik sangat, tapi kalau ko sukeee pon, apa kata berpada - pada dan saling mengingati yg kita ni beragama islam, islam itu sangat indah.


yang pastinya, waktu ni si penyanyi tersebut tengah buat dinner show dan dia telah berkata yg dia membenarkan peminat buat apa sahaja pada diri dia waktu itu.. of coz lah,para peminat yg sangat - sangat menyayangi diri dia pun buat aksi macam kat negara eropahhh....ngehheeee

terpulang pada korang untuk membuat penilaian tentang apa yg korang tengok kat sini, tepuk dada tanya selera...dunia...dunia...

harap2 gambar sapa kat atas tu tak saman aku la..ngeheee..aku bukannya byk ongkos.. aku hanya manusia yg sudi mendoakan agar diorang smua dh bertaubat, insyaAllah taubat dgn rela hati pada Allah akan diampunkan dosanya... manusia mana yg tak buat silap, dah tertulis kita hidup kat dunia Allah ni, banyak godaan dari syaitan yg laknat dan kejam, sentiasa dengki pada khalifah Allah kat muka bumi ni,sblm korang komen negatif, baikk thinking positive dulu.. kan smua...

P/s : hari ni tak sempat nk BW..bz wey, kene repair PCB melabak - lambak kat workshop skrg.
dah siap nanti aku pi terjah umah korang..doakan aku cepat siap buat dan PCB tu smua tak meragam k..ngeheee

Friday, December 17, 2010

Aku dan Susu itu...


Hujung bulan lalu, aku telah ke Sarawak untuk menghadiri satu seminar. Aku bersama seorang rakan sepejabat tinggal bersama di sebuah hotel yang terletak di Kuching.

Sampai waktu lunch, kawan ku menngajak aku makan. Memandangkan perutku dah berbunyi, tanpa memberi apa-apa alasan, aku pun mengikutnya ke restoran hotel itu. Setelah aku meng'order' makan, pelayan itu bertanya apa yang aku hendak minum. Sememangnya aku ni 'hantu' susu, aku pun meminta segelas susu panas.

Tak semena-mena, kawan ku gelak. Aku hairan dengan kelakuan kawan ku itu. Setelah pelayan itu berlalu, aku pun bertanya kepada kawan ku, mengapa dia gelakkan aku setelah aku meminta segelas susu. Kawan ku pun meng'control' gelaknya lalu menceritakan kisah di sebalik susu. Kawan aku tu pernah datang ke Sarawak sebelum ni. Kawannya menceritakan kisah org iban padanya....


Disebuah rumah panjang, tinggal 24 buah keluarga. Tok Amai termasuk dalam keluarga itu. Tok Amai mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak. Kedua-dua orang anaknya lelaki. Seorang daripada anak lelakinya bernama Asai dan telah pun berkahwin dengan Hani, gadis iban dikampung seberang. Setelah mendirikan rumah tangga selama setahun, Asai dan Hani dikurniakan seorang cahayamata. Satu hari, Asai ke hutan untuk memburu dan meninggalkan Hani dirumah. Asai anak beranak, masih lagi tinggal di rumah ayahnya. Jadi, sepemergian Asai ke hutan, Hani dan anaknya tinggal di rumah Tok Amai.

Nak dijadikan cerita, anak Hani menangis hendakkan susu. Hani berasa malu hendak menyususkan anaknya dihadapan bapa mertuanya. Nak tak nak Hani pun memberi susu ibu kepada anaknya. Sambil tu, bapa mertuanya memerhatikan gerak geri Hani. Hani raser tak sedap hati. Dia menenangkan perasaannya sendiri. Setelah siap menyusukan anaknya, >tiba-tiba bapa mertuanya bersuara(lebih kurang macam ni ler bunyinyer)

Tok Amai : Aku idak pernah merasa susu. Boleh ker aku merasa susu mu?
Hani takut untuk membantah kata-kata mertuanya. Takut dikatakan anak derhaka. Hani pun membenarkan bapa mertuanya menyusu susunya.

Setelah Asai balik, Hani pun menceritakan apa yang telah terjadi kepada suaminya. Asai menjadi marah lalu pergi berjumpa dengan ayahnya. Asai: Kenapa bapak lakukan begitu pada isteri saya? (nada marah)

Tok Amai : (Dengan tersenyum)Eleh... aku menyusu kat isteri kau sekali jer, kau dah marah. Yang kau menyusu kat isteri aku selama setahun, aku tak marah pun... (dengan selamba dia menjawab)

Asai terpinga-pinga mendengarkan jawapan daripada ayahnya.

sabar jerlah......