Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Monday, August 31, 2015

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, lama tak bersiaran dkt blog ni.. fuhh kekoh la jugak, puas godek kiri kanan baru la puas hati rupa rumah baru ni. huhu, ni 2nd entri untuk tahun 2015.. masyaAllah lama sungguh tak menaip. semuanya gara-gara bz dgn macam2 hal dunia.

Ni latest Gambar Hero kecik saya. Azry Hariz dengan uniform sekolah Pasti..baju melayu pink



Ni gambar jamuan hari raya tahun ni, hariz pakai jubah. tu yang dia menyorok tu malu katanya


bersama smua guru dan rakan-rakan pasti nak sambut jamuan raya
, aku masak spageti je..senang

Teruja tengok dia bersekolah disini, dah banyak surah - surah yang dihafal, alhamdulillah terang hati anak-anak PASTI ni.. solat pon terjaga.. sejuk hati kan.


Oklah.. ada masa nanti, insyaallah blog ni memang nak disapu sawangnya.. moga-moga berkesempatan.. ni pon ada masa free skit.

Selamat menyambut bulan kemerdekaan yg ke 58 Semua.. "Jatidiri pengerak Wawasan" tema waktu aku form4 dulu..lari2 dkt dataran Merdeka buat bendera pakai baju merah..hahhaa...rindu



By : Aisha Aminudin

Monday, March 31, 2014

Mencari kenderaan WMT5871 - Hyundai Matrix

<>


Assalammualaikum..

Saya memohon bantuan jika ada sesiapa mengetahui lokasi kenderaan berikut, sila hubungi saya dengan secepat mungkin. Lokasi terakhir kenderaan pada tahun 2010 adalah di negeri Kelantan kawasan TANAH MERAH.

Pemilik kenderaan ini, iaitu arwah ayah saya En. Aminudin bin Ali memberi kereta ini kepada seseorg  untuk disambung bayar tanpa menukar nama. Malang sekali beliau tidak membuat pembayaran selama hampir 2 tahun.

Saya amat memohon agar kenderaan ini dapat dijumpai kembali kerana kereta ini ada penjamin, dan penjamin tersebut sedang dlm proses "black list" oleh pihak bank.

Sekiranya ada sesiapa mengetahui atau dpt memberi maklumat sehingga terjumpanya kenderaan ini, insyaAllah saguhati akan diberikan kepada mereka.

Moga Allah swt, melembutkan hati pihak yang mengambil kenderaan ini agar dpt memulangkan kembali kpd pihak kami atau polis.

Laporan polis akan dibuat secepat yang mungkin untuk memudahkan pencarian kenderaan tersebut andainya tiada respon.

Tetapi kami amat berharap, agar masalah ini dapat diselesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.

Mohon Sebarkan...


Sila Hubungi : 0182699484
email: najwwa@gmail.com

Terima kasih

Tuesday, March 04, 2014

Doa menghentikan Darah Haid

Assalammualaikum..

Saya ada kenalan yg kene period tak henti-henti hampir 2 minggu, Doc ckp mungkin sebab hormon unbalance.

Slp diamalkan Air Penawar doa ini selama 3 hari..Alhamdulillah period beliau berhenti dgn sendirinya.

Doa menghentikan Darah Haid

Cara-caranya..

Sediakan air secawan
Baca selawat 3x
Al-fatihah 1x
Diikuti dengan Surah al-Baqarah ayah 127 diatas..

InsyaAllah.. yakin dan tawakal pada Allah swt, period yg berlarutan hampir 2 minggu itu dapat dihentikan dengan kehendak dari NYA.

Cubalah..


Written by ,
@@

Tuesday, January 28, 2014

D.I.Y bunga telor tisu murah

Assalammualaikum


Aktiviti biasa kalau ada org kawin aku suka buat bunga telor dari kertas tisu ni, terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi berkongsi cara-cara nk buat bunga telor ni..

psssss......material senang nak cari dan murah (betul x tipu)

yg mahal hanya masa sahaja , kerana kerja ni kene teliti skit kalau nk buat, kalau tak teliti, tak cantiklah bunga telor tu nanti kan..

tema perkahwinan purple dan biru -  ikut suka la kan

biasalah  kalau dah start buat mmg berselerak jadinya - remote astro wajib aku control

pandangan dari bawah bunga telor... reben kene banyak br cantik

biru dah siap

masuk kotak - simpan elok2


purple pon dah siap
aku lupa nk amik gambar lepas letak dekat pasunya.. mmg cantek sangat bunga telor ni, bunga telor yg aku buat ni budget ciput jer dr tukang ordernya.. harga dalam RM1.50 sebatang, kalau nak harga mahal skit.. aksesori bunga telo pon lain la..semuanya terpulang pada yg nak order.

sesunggunya kalau korang ada masa, boleh saje buat sendiri, tapi kalau takde kelapangan, silalah order pada yg buat bisnes bunga telor ni..

> aku buat bisness kecik2 je, kalau sudi contact la.. harga boleh bincang mengikut kesesuaian.
> tempahan minimum 50 batang dan harga mengikut aksesori bunga telo
> nak buat tempahan kene bagi aku masa sekurang-kurangnya sebulan

memula buat untuk adik aku kawen tahun lepas, memang bayak try n error jugak, yelah , dh la aku 1st time buat, lepas tu aku bubuh macam2 aksesori kat bunga telor tu..so. pepaham lahkan susahnye macam mana nk handle bende remeh. berkat kesabaran pasti boleh punya.


So kalau ada yg sudi, silalah bagaitau, insyaAllah akan ditunaikan sekirnya sempat.

p/s:  bulan depan ada kawan nk naik pelamin, igt nk sponser bunga telor ni utk dia buat hantarankawin ,insyaAllah mudah-mudahan..amin


"what u give, u get back"..


Written by me,
AA
aisha aminudin




Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Wednesday, January 22, 2014

Rezeki duit Free dari Iklan

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua, Alhamdulillah tadi saja-saja gatal tangan klik kat nuffnang..maklumlah dah hampir setahun setengah aku mengalami kemalasan nak nak berblogging.. Ya..1 1/2tahun .. mcm2 dugaan aku dpt..huhu




Nasib baik ingat lagi password nuffnang tu.. dan selamatlah aku cash out kan beberapa nilai yg ada..

Alhamdulillah..rezeki Allah swt amat luas, sapa sangka disaat aku dh malas nk berblog..tetiba dtg semangat yg entah dari mana..ahhahahah...

Terima kasih Ya Allah....

Alhamdulillah..lepas ni boleh la beli tupperware bebanyak..hahahha..kegilaan tahun 2014



Writen by Me,
AA  
Aisha Aminudin



Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Tuesday, January 21, 2014

Penawar Cyst Part 1

Assalammualaikum..

Tajuk entri macam doktor pulak kan, tapi maaf saya hanya manusia yg telah diduga dengan penyakit ini dan diberi penawar dari Allah swt.

kronologi cerita:-

" Saya penghidap Ovarian Cyst di sebelah kiri, saya dapat kesan penyakit ini kerana saya mengalami period yg berpanjangan pada bulan Jun 2013 selama 52 hari., saya ingatkan mungkin sebab saya terlalu stress dan penat sb jadual kerja yg panjang rupanya ada penyakit yg pernah saya alami dulu kembali semula..."


gambar sekadar penyeri tekak


Ya! tahun 2005 saya pernah membuat pembedahan membuang Cyst di kedua belah ovari saya. Sakit selepas membuat pembedahan itu masih terasa...ngilu, sometime gatal, dan trauma...

"Bila saya disahkan kembali menghidap cyst, saya bertekad untuk tidak menjalani pembedahan kerana masih trauma.. doktor sudah menetapkan yang saya mesti melakukan operation utk membuangnya kerana cyst saya berukuran 7cm..."... sedihkan, kalau operation dpt baby oklah jgak, huhu  dugaan...dugaan..

sebelum ni period saya ok saja, segugut tu adelah sikit2, tetiba je dtg penyakit ni ...saya terima sb ini dugaan Allah swt utk saya.

Pada bulan 12 tahun 2013, saya ada check up dengan doktor, sebab bulan jan 2014 ada operation, ini adalah utk confirmkan dan condition  saya semula.

Saya selalu berpegang, setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah Allah akan bantu saya.

"Bila doktor scan, dia terkejut sebab cyst tu memula tak jumpa, scan beberapa kali akhirnya jumpa jugak, tapi doc ckp cyst saya dah mengecut ke size 4.5cm..Ya Allah! gembira tak terucap. Sepanjang balik tu saya macam blur.. sebab tak sangka sgt2.., dah la drive sendiri ke hospital.. result yang saya dapat amat saya teruja, tak sia-sia saya makan vitamin dan jaga makan( kekadang kantoi gak)"

lepas saya makan vitamin dan jaga pemakanan disamping perbanyakkan doa pada Allah swt... akhirnya saya jumpa juga cara untuk menghapuskan cyst ini.

yang pasti bila hormon badan kita tak stabil, mcm2 penyakit akan datang..tak kira muda atau tua.

Nak tau macam mana saya berjaya kecilkan cyst. nanti saya kongsikan di entri yg akan dtg..

Write BYMe..
AA








Ya Allah ! Engkau selamatkanlah bumi gaza daripada perang Ya Allah sesungguhnya dugaan ini dtg drpd mu .. Engkau laknat lah mereka(org kafir) Ya Allah sesungguhnya tempat mereka (org kafir) sememangya di NERAKA JAHANAM .. < amin amin yarobbal alamin > Aisha Aminudin

Tuesday, December 25, 2012

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Assalammualaikum...

Lepas baca ni, terus rasa mcm 80% sebab aku gemuk adalah termasuk dalam cerita di bawah, terima kasih kepada admin amRF, SUMBER utama cerita ini..


gambar sekadar hiasan cerita



Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

p/s : buat bekalan untuk mengingati diri sendiri yg mudah lupa....

AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalammulaikum...

Jom kita amalkan perkara-perkara berikut, inn sha Allah.. tahun 2013 kehidupan kita akan bertambah pahala dan rezeki.. amin






AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI


1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah al-waqiah
7. selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki. tak dapat buat semua, buat yang mana mampu. sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan.

P/s : copy dari FB untuk peringatan diri sendiri...

Monday, June 25, 2012

Bobby Burger simpang 3..akhirnya

Assalammualaikum

Jumaat lepas my adik2 dr opis sudi belanja akak diorang ni makan kat BOBBY burger simpang 3 di area keramat, punyalah lama akak diorg ni mengidam nak makan..akhirnya...dapat jugak..


ni aku punya burger
"pahlawan tripple burger with extra cheese"


my hubby makan
"kambing with double cheese burger "


budak baju oren dgn yg sebelah dia tu yg sudi belanja akak diorg ni
hehehe..tq dikk

pastu, diorg siap tapau kan sekali tuk aku..hahahha, mmg terbaek la korang berdua ni.. 


"double chicken with extra cheese"
besar gila burger ni


penuh satu pinggan

First time makan kat sini, mmg kene bg 5 star kat setiap burger yg aku rasa, setiap hidangan burger yg dimakan mmg tidak mengecewakan, sos yg melimpah dan banyak beserta dgn salad yg fresh..mmg membuatkan aku nak repeat lagi..

yang penting daging yg dimakan, tidak kira sama ada kambing, ayam atau lembu, semuanya mempunyai rasanya tersendiri.. cuba dulu baru tau...


budak ni pun suka makan burger ni
yg penting sos tidak pedas 

p/s : thanks adik sy yg bernama ayem n syed...muahhhaahaaa



Tuesday, June 12, 2012

TGV Rawang at Aeon Jusco bg tiket percuma


Assalammualaikum

Panggung wayang pertama di Rawang telah dibuka pada jumaat lepas, 8 jun 2012, memula ingatkan dibuka pada bulan 4, tunggu punya tunggu rupanya bulan 6 baru bukak.

So semangat nk tgok wayang tu berkobark jugaklah rasanya, since dh lama sangat kami tak pegi tengok wayang, last tengok pon masa hariz umor setahun lebih di mid valley, punyalah jauh dibuatnya..semuanya pasal nk tgok wayang punya hal..




Disebabkan jummat hr kerja, jadi kami postpone tgok wayang pada esoknya.. so, masa sibuk nk book online kat TGV tetiba, dpt satu info yg TGV tgah bagi promotion dr 9 Jun sehingga 14 jun tiket PERCUMA..

Fuhh! happy dibuatnya.. ;-)
So, aku just print bebrapa copy dan beberapa salinan di berikan kpd my rawang friend..haha, kat opis ader member dok rawang gak kan..

aku pon terhegeh-hegeh la pg TGV jam 11 pagi sb kekonon nk tgok magadascar 3 secara FREE.. bila smpai counter .. tetiba budak tu cakap

"akak, tiket free utk cerita biasa jer, kalau blokbuster kene bayar RM5 dan 3D kene bayar berapa aku x hingat dah.. tapi kertas tu still kene bagi ok....

aku yg bajet tiket tu FREE..rasa mcm nk maki jer diorg, lainkali jgn suka-suka hatiii bubuh perktaan FREE, tapi bila smpai kaunter..mmg kene bayar.. dah tau korang takde citer biasaaaa..bubuh kat kertas tu awal2.. bagitaulah pelanggan yg movie blokbuster dan 3D kene bayar..

apalah sgt nk bayar RM5 tuu..tapi bagitau awal2... kesian kalau ada yg bawak anak ramai, tapi kene tipu dgn syarat2 yg korang tak nyatakan awal2..

So, hari tu aku tak jadi tgok citer katun tu.. encik Ady tukar pemikiran nk tgok Man In Black 3... hahaha..so, aku just bayar RM10 utk 2 seat.. masih berbaloi dan terima kasih TGV sb bagi potongan harga yg murah...

seee... aku masih lagi sudi berterima kasih sebab, sound system, kerusi, layanan staff dan keadaan panggung yg bagi aku BAGUS dan terbaik...


ni jee smpt snap



KLIK SINI utk ke paparan TGV



P/s : kata2 org yg terdesak nak tengok wayang, selepas lama tgok DVD je, hehe... alhamdulillah 5 minit dr rumah..senang hati skit nk tgk kan..



Sunday, May 27, 2012

Kene Saman??

Assalammualaikum

lama tak bersiaran di blog kecik ni, bukan takde idea, cuma superb bizi dgn dunia seharian. rasa mcm nk berhenti berblog pon ader???...tetttttt...

tgok jam skrg dah 12 tgh malam, mata still takmo tido lagi, tadi sibuk buat kad kawen adik.. dah cakap nk sponser kan. wajiblah buat apa yg patut..

kekadang rindu nk blogwalking ke blog jiran2 yg lain..emmm..insyaAllah nanti aku pg ..hehehe, bila???

hanya masa yg menentukannya...

saja nk citer mende ni...
hari tu blog kecik ni nak kene saman dgn ning baizura, huhuh!! sebab apa???? nanti aku citer


pssstttt : saya tengah rindukan seseorang ??? 



Tuesday, April 17, 2012

Dinner ETMY 2012

Assalammualaikum

Sabtu lepas aku ada attend dinner yg dianjurkan oleh my company, Dinner ni dibuat di sunway convention center, sunway lagoon.. nk di jadikan cerita..perjalanan pada hari tersebut amatlah jammed gila..bayangkan nk ke situ dr KL mengambil masa hampir 3 jam!!! semuanya gara-gara festival music di sunway lagoon..

kesudahannya, smpai lambat dan park kereta pon jauh sangat... 


sesi gediks dgn sall


sesi bergedik dgn encik hubby
owhh..wajib hokay


udang yg rasanya so..so...ajer


kak mai dan ita


kak ruby, mastura n kak anan
makan jangan tak makan


sy dan encik hubby
8 yrs attend dinner together ... hehehe


ema, sall and aku

end of the event, makan tak berapa nk sedap, keadaan jalan..out giler (jammed)...persembahan artis etmy, oklah not bad...

so, macm biasa aku bagik 2 1/2 bintang utk comitee yg menjayakan majlis ini..hahahahaha
suka ati aku jer nk bagik bintang




Apa ISI beg pink itu??


Assalammualaikum

Hampir 2 minggu aku bawak beg pink itu..hehehe, tapi semalam jiran sebelah umah tegor, apa mende isi beg tu, barang mekap ker?

hehe, mana lah aku ada angkut barang mekap, keluar umah pon pakai bedak nipis dan  pelembab bibir jee..so, aku just cakap takde isi apa just isi..tettttt....jer!!

sila lihat smpai abis tuk tahu isinya k






bawak bekal 2 minggu ni sebab ada training kat PJ.. food so expensive beb area situ!! sorang makan dah rm10, aku pulak training dgn laki aku...so...bawak bekal lagi mewah makan ..kan..kann..yg penting SAVE bajeeettt


ada sotong, sayur, ayam dan buah-buahan..dan complete lunch aku seharian..

sekian...

p/s : mesti org sebelah dok pelik pasal aku dan beg pink ituuuww kan..hahahaha



Thursday, April 12, 2012

Wendys 100% halal

Assalammualaikum

Ahad lepas my sis ada datang ke rumah untuk amik barang persediaan untuk my sis no 5 bersalin bulan 6 ni, secara tak langsung kami pon makan di Jusco Rawang untuk dinner malam tu.

Dinner ni my sis no 2 yg belanja, maklumlah dia org HR berjaya time square, So, dapat kami semua dinner kat sini dgn happy.. 

My sis cakap dont worry la, wendy mmg ada sijil halal dan di jamin statusnya oleh org JAKIM, tiad persoalan dlm daging atau apa2 bahan kandungan burger atau rotinya, tetapi..subway telah ditarik balik sijil halalnya kerana ada sedikit keraguaan.. Ini my sis yg bagitaulah, tapi kalau korang nak lebih maklumat lanjut, maybe boleh email ke jakim atau try check dgn mereka yg berkelayakkan..

So, inilah my feberet food kalau pergi ke wendys..


kentang with cheese n sos
price rm5++



posing jap, sambil tunggu makanan yg lain


hariz feveret.. NUGGET
nugget dia lembut dan sedap juga



my feveret meal
spicy chicken with sos

kepada yang nak try wendys ni, jangan risau ya.. 100% halal...insyaAllah..