Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Rezeki Tree SteakHouse Sg.Buloh


Assalammualaikum

Selamat hari Jumaat semua, Alhamdulillah esok kita semua akan berpuasa dan menyambut ramadhan yg mulia.. banyak planning aku untuk ramadhan tahun ni, insyaAllah tak dapat semua sikit pon jadiklahh..

Yang pasti, ramadhan kali ni aku nk kurangkan kerja dan banyakkan amalan..insyaAllah..hehe, harap boss saya memahami..

Sempena Bulan Ramadhan esok, aisha dan keluarga ingin memohon Maaf andai ada kami terkasar bahasa dan perbuatan selama kita saling mengenali di ruangan penulisan ini.. mana yg buruk dijadikan peringatan utk menjadi yg lebih baik dimasa hadapan..insyaAllah

Dan Rezeki yang aku katakan itu adalah..hehehehe.. semuanya berkenaan bidang pekerjaan, terima kasih boss..boss..boss.. saya yg ramai tu sebab sudi bg promotion pada sy lagi, walaupon last year sy dh dapat..hehehehe....moga korang..korang semua dan aku dimurahkan lagi rezeki pada bulan yg mulia ini... Amin

Rupanya, itu hadiah yg aku dpt lepas takde mood nk berblogging sb sibuk bekerja dan belajar...hehehe, Syukur Alhamdulillah

Lepas dpt promot..confirm kene belanja kawan2 makan lagi... kalau takde kawan2, macam manalah keje aku nk siap, teamwork is the best solution when otak jammed.. ;-p

kali ni kami ker Tree SteakHouse Paya jaras, sg.buloh


Menu makan
problem skit, sebab takde gambo


Ruangan makan yg selesa


antara Kawan2 yg sudi hadir


Palm Lamb Sizzlling
RM15 ++


ni pon Lamb jugak


perindu roasted chicken
Rm11.90
ni aku punyaaa..hehe


Alhamdulillah, rezeki..insyAllah Kalau naik pangkat lagik saya belanja..hehehe...


Tuesday, June 26, 2012

Resepi Hokaido chiffon cupcake


Assalammualaikum

Semalam, mmg tak tau nk buat apa, tapi disebabkan aku ada hutang dgn budak 2 org kat opis, so..aku pon teruskan lah hajat utk membuatnya..

Resepi ni mmg akan membuatkan cupcakes korang lembut mcm kek span, tapi rasanya mmg sedap sgt, aku buat kek ni sb nk balas balik bebudak 2 ekor tu sb sudi belanja aku n hubby makan kat burger bobby simpang 3...

Tak sia-sia, aku buat cupcakes ni... teksture dia, tak sama mcm buat kek lain, dgr citer cupcakes ni kalau org jual kat luar mahal harganya..





utk filling cupcakes ni, aku guna strawberi flavor..pehhh..mmg sedap


Resepi Hokaido chiffon cupcakes.

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

kredir resepi amik kat SINI



Monday, June 25, 2012

Resepi Kek Coklat

Assalammualaikum

Ok..ni resepi kek coklat amik dalam internet gak, tak ingat dr , tp rasanya dlm myresepi , cuma baru sekarang baru rasa nak test power...hahaha, comot tapi sedapppp

ok kekawan, selamat mejamu mata..

Ader rezeki, aku buatkan utk korang nanti yaa


kek coklat  Moist marvelos



ni tukang menyebuknyaa...hahaha

asal pegang senduk jer, nak tolong, adoii letih ibu tau

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan serbuk koko
*1/2 cawan gula halus
*1 cawan air panas
*1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api bawah
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Selamat mencuba



kredit utk http://www.myresipi.com/top/detail/2963




Tuesday, June 12, 2012

Resepi Apam Strawberi

Assalammualaikum

Sabtu lepas pengasuh azry ada buat tahlil kat rumah dia, jadi aku pon yg tak berapa nk pandai masak ni pon dpt satu idea untuk bg apam untuk majlis tu.. resepi ni telah diolah sikit utk mendapatkan rasa yg sedap..hahaha.. Alhamdulillah ramai yg cakap apam ni sedap..tetttt, rasa macam chef la pulak..hehe perasan









Resepi Apam Strawberi

Pertama
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula
3/4 ibu roti drpd 11grm ( mauripan )
bahan-bahan diatas ni , digaulkan didalam satu mangkuk yg besar

Kedua
2 cawan nasi
3 cawan air
bahan2 ni di kisar sehingga lumat

Kelapa putih  1/2 biji di letakkan sedikit garam utk perasa masin

Cara-cara
Selepas bahan2 pertama di gaul sehingga sebati, masukkan bahan kedua perlahan-lahan dan kacau dgn pemukul telur (whisker) sehingga sebati .

Bahagikan adunan ke 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan putih, dan satu lagi bahagian dibubuh pewarna merah jambu dan perasa strawberi.

Tutup kedua-dua mangkuk tersebut dgn kain bersih, dan perap selama 1 1/2 ke 2 jam

Panaskan pengukus dan lumurkan acuan dgn minyak sehingga rata, dan kukus selama 3 minit.

Angkat acuan dan isikan bancuhan apam kedalam mangkuk acuan, 2 sudu warna putih dan kemudian isikan satu sudu perasa strawberi di atasnya.

Kukus selama 10-12 minit dgn api yg sederhana.

Hasilnya, apam akan berbau wangi dgn perisa strawberi...

Selamat mencuba





Sunday, April 08, 2012

Spagetti Bolognes today

Assalammualaikum

Semua dah lunch ker hari ni??? Just nak inform.. hari ni kami makan spagetti lagik..hehe, of coz 100% buatan tangan dan resepi adyshariz...

Layan



Resepi Spagetti Bolognes Sempoi

1 labu bawang besar yg manis - di potong dadu
10 ulas bawang putih - di potong dadu

sebotol sos  spagetti jenama Kimball ( tradisional )
daging lembu cincang
sos cili 2-3 sudu

tumiskan bawang sehingga naik bau
masukkan daging cincang dan perasa, masak sehingga kekuningan
tuangkan sos kimball dan sos spagetti bersama sedikit air\
masukkan perasa dan garam secukupnya..

My hero cakap... sedaaapppp..
aku lagi suka masak macam ni, sebab bila makan dekat pizza hut , spagetti tu mmg kurang rasanya, kurang sedappp.. 

dan kalau boleh, belilah mee spagetti jenama Jusco Selection, sebab rasanya lebih sedap dan kenyal dari jenama lain..



Thursday, February 23, 2012

Apam Order dari Cik As


Assalammualaikum

Selamat pagi semua, weekend hr tu aisha ada buat tempahan apam dari cik As, 100 biji hanya RM30..dlm apam ni ada inti blueberry dan Kaya..

Alhamdulillah..sedap dan gebu jer apam ni..

Ni 1st percubaan menjual apam polkodot, diharap ada lagi yang sudi order, insyaAllah..

jom layan gambar




Alhamdulillah rezeki..



Saturday, February 11, 2012

Tomyam Sup untuk kami

Assalammualaikum

Hari ni rasa mcm nak makan tomyam.. kalau pegi kedai, tomyam diorang semua pekat2 belaka, aku jenis yg suka kuah tomyam yg jernih tapi cukup rasa..so, nak tak nak kene la buat sendiri..

So..jemput makan semua...Alhamdulillah rezeki



daun hiasan, hanya pokok daun pudina jer ada..hehe
ni pon tgh gigih menanam pokok ketumbar, harap menjadiklah..
insyaAllah

nak resepi??? alahai..korang pon terel kan.. tak pon aku update kemudian ler..



Friday, January 06, 2012

Resepi Lamb chop Power!!


Assalammualaikum

seyes... aku tau makan jer lamb chop ni, kononnya niat di hati nak buat menu lamb chop ujung minggu, kot korang ader resepi terbaik bersama sos nyeee..silalah bagik link kat aku.. next week hari jadi encik suami, nak jugak try masak makanan kesukaannya..suprise la konon..hehe

aku amat memerlukannya...yelah nak google senang jer..tapi rasanya mana tau lagi..kan..kan..kann..korang semuanya pandai memasak kan??..meh la bagi resepi skit..lalala...


ni lamb chop kat tesco rawang
sedap gak la..tapi tak tahan bau kambiiing..
pengsann..

p/s : apa nk makan hari ni yer???

Wednesday, January 04, 2012

Spagetti.. Resepi In the blog

Assalammualaikum

Azam tahun baru, nak berjinak-jinak  untuk membuat resepi baru di dapur, manalah tau lepas ni kalau ada skil bolehlah masuk Master Chef malaysia season 2, hehe... ini namanya resepi spagetti adyshariz, sebab apa bubuh nama ni, sebab resepi ni adalah ikut mengikut tekak sendiri ok..hehe.. silalah layan


Resepi Spageti Adyshariz
Bahan-bahan ( 5-6 )
I paket Jusco selection pasta No 5
2 biji bawang besar (di potong dadu)
4 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu besar serbuk lada hitam di tumbuk halus
1 tin tomato puri
1 cawan air
2 sudu besar sos cili 
1/2  sudu  besar gula
5 batang sosej di potong dadu
8 biji bebola ayam (direbus separuh masak)
5 ekor udang bersaiz besar 
sedikit minyak zaitun untuk menumis
garam secukupnya
sedikit daun pudina sebagai hiasan hidangan
Cara-cara 
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan serta berbau wangi. Kecilkan api sedikit
2. Masukkan sosej yang di potong kecil dadu, gaul sehingga sebati bersama bawang sehingga sedikit garing
3. Masukkan tomato puri dan air ke dalam periuk
4. Masukkan serbuk oregano, sos cili dan lada hitam. Tutup periuk seketika sehingga mendidih
5. Masukkan Udang dan bebola ayam. Kecilkan api dan tutup periuk kembali seketika
6. Masukkan Garam dan gula secukupnya
7. Biarkan masak selama 3-4 minit
Cara-cara merebus spageti
1. Rebus spageti ke dalam air mendidih yang dicampukan sedikit minyak zaitun dan garam.
2. Biarkan ia mendidih sehingga spageti lembut.
3. Gaulkan sesudu kecil marjerin kedalam spageti untuk kesan yang cantik/berkilat
3. Hidangkan spageti yang dicampur dengan kuahnya.
4. Taburkan keju parmesan jika suka dan hiaskan daun pudina untuk menambah serinya


Friday, August 20, 2010

Sedap Cream Puff Jagung Ni..


Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

· 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

· 100 gm butter (butter cup sedap)

· 250 ml air

· 1/2 sudu teh gula

· 3 biji telur



· Bahan-bahan untuk inti jagung

· 1 cawan air

· 1/2 cawan susu cair

· 1 cawan jagung dalam tin (ayam brand)

· 1/2 cawan tepung kastad

· 5 sudu besar gula



Cara-cara untuk puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.

2. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan

3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer


4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang


5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap

2. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


okaylah, kepada yg nak mencuba resepi ni, selamat mencuba, inti tu boleh di tukar kepada colat cair atau strawberi pun sedap gak. Selera masing - masaing, tapi tak rugi pon buat sebab senang mudah dan kenyang.. budak - budak pun suka.