Friday, March 11, 2011

Rumah sewa RM250 jer tau

Assalammualaikum

Malam tadik kami pi ke rumah  kat tasik puteri rawang, rumah ni aku ngan encek Ady beli sebelum kawen dulu, so, bila kami kawen terus la tinggal berdua-duaan kat umah apartment ni..syiok beb, takde gangguan..hikhik

dan bila rezeki kami bertambah murah..amin terima kasih ya!Allah
kami pon beli sebijik  rumah kat country homes rawang,kira ni umah 2nd kami, yg 1st apartment, yg 2nd teres double story, that why kami sewakan umah apartment tu..parah beb kalau nk bayar 2 umah sekali gus, mau botak kepala encek ady karang..
ni lah apartment birchwood court
tasik puteri rawang

korang nk tau umah yg aku beli 80k tu, value dia dh jatuh..last year tanya bank, dia cakap harga umah aku skrg dah 35k jer..ape kes murah sangat ni??, ni yg rasa macam nk terajang pemaju jer ni..mcm la kuat sgt

jawapannya ialah..
kemudahan jalan  adalah sgt terukk..jalan JEM giler setiap pagi dan ptg, pemaju tak sediakan jalan baru utk keluar masuk kawasan perumahan..jadik, semua org terpaksa mengunakan jln yg sedia ader..huarggg..JEM ooo..harik2 JEMM..duss pemaju sekali.. ramai yg pindah keluar dr taman perumahan tasek puteri..termasuklah aku..kami pi beli umah lain yg jln nya masih JEM..hehe..skit jer

ni bukan umah aku..org lain punya tau


harga rumah ni boleh tahan gak masa beli lebey kurang 80k beb, di sebabkan aku bagik syarat kat encek ady, kalau nk kawen kene beli umah, tu yg dia rembat umah ni, maklumlah gajik masa tu bukannya besar sgt, takat umah ni je yg kami mampu..

dan sekarang encek ady tengah dok berkira-kira nk jual umah ni, sebab encek ady mau beli umah kat area KL, dia cakap KL area sgt baguuih tuk buat umah sewa..mcm adik aku..beli kondo 160k, bayar ansuran 600..pastu pi sewakan kat org 1000..berbaloi tak??? 400 hinggit bulan2..makan bersih..api/air dan maintenance org yg sewa bayar..tu perjanjiannya..

ni surat menyurat yg pi amik malam tadi..
punyalah banyak..2 tahun punya kes pon ader
adoiihh..surat saman pon ader gak....ahahaaa aper??

aku sewakan kat org RM250 jer, murah kan??nk wat camner..itu jer harga yg boleh pegi..kalau ader yg nk sewa, sila la contact aku..hikhikkk..iklan nampak!!

p/s : tempat berlarik-larik anak masa lepas kawen..sgt syiok dan best..ngheheehee,giler punya kuat aku gelak


Trailer-filem-hikayat-merong-mahawangsa

Assalammualaikum

citer filem Hikayat merong mahawangsa, telah keluar kat panggung wayang semalam 10 Mac 2011, so..kepada semua rakan2 jom la support filem anak melayu, masa tgok preview filem ni..memang citer ni boleh saing hollywood laa..syabat tuk kalian, hope boleh pegi juta-juta la lepas ni

jom layan picture belakang tadbir filem Hikayat merong mahawangsa
kredit tuk ohbulan.com





Mengisahkan Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.
Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

p/s : tahniah mama tomell sebab dpt hadiah saguhati semalam, dan buat mama dhia..i'm sooorry dear, takde rezeki awak laa..next contest join lagi tau..mana tau insyaAllah rezeki mama dhia lagi..

Thursday, March 10, 2011

Datuk Siti dan Datuk K sesuai ker??

Assalammualaikum

tajuk entri ganas tu..heheehee, bukan apa, kalau ader entri pasal siti dan datuk k (asben dia) kat  beautifullnara mesti ramai yg komen bukan-bukan, cakap tak sesuaila, mcm adik ngan ayah la, itulah..inilahhh..hishhh

tapi, seyes yer, aku suka lagu dan suara dia, tapi sedikit tidak berkenan dgn cara pemakaian tudung dia, puaslah org dok suruh dia pakai tudung elok2,aku lah salah sorang tu tapi dia still tak di berikan hidayah oleh ALLAHs.w.t pasal bab bertudung ni..tapi kene respek la bab buat masjid dan badan amal, marvelos sungguh kamu..baguss..baguss..

aiseymen..tok tii, silalah pakai tudung elok2..awak sangat comel tau..sampai bila nk pakai selendang atau serkup jaring mcm tu, skrg banyak fesyen yg boleh tutup aurat dan still maintain bergaya..seyes..

jom layan gambo tok ti kat kenduri kawen adek lelaki dia, antara adik beradik dia, mmg tok ti still the comel..
kredit picture to beautifullnara.com


tok ti dgn adek lelaki dia, 
sila jgn pikir bukan2 yer..

adik beradik tok ti..


alahai datok k
ngidam baby girl ker??
takpe..tungguuu tok ti tau

p/s : sapa kata tok ti ngan dato k tak sesuai..???semakin hari semakin segak jer aku tgok dato k ni..walaupon umo dah 50 tahun lebey..tak mcm sesetengah lelaki muda, umo 30 tahun, tapi dah rupa 40 daaa..

sila jgn mara yer, abang-abang sekalian...hehe