Monday, March 21, 2011

Alhamdulillah Menang 2nd place "Giveaway 3 Sponsor"

Assalammualaikum

Alhamdulillah, nampaknya ada rezeki aisha kat contest anjuran en.eqbal..tahniah juga diucapkan buat Deqlis dan MamaZharfan.. kalau korang nak tau keseluruhannya ada 12 org pemenang yg dipilih..baik sungguh hati penganjur GA ni..


terima kasih juga kepada ketiga-tiga penganjur yg sudi menganjurkan Giveaway ini, keputusan sepenuhnya ada DISINI. dan


Entri yg memenangi tempat ke dua ada DISINI..yeye..horay..

P/s : ada sapa2 nk share coklet tu dgn kita ker?..hehe

Friday, March 18, 2011

Cacing 3 kilo dalam perut - MasyaAllah

Assalammualaikum

tadi pi lah blogwalking, baca lah entri2 dari blog yg aku blogwalking tu, tetiba..aku singgah ke blog http://kisah69.blogspot.com, dan terbacalah kisah cacing..mak datok punyalah ngeri dan geli..mak aiii..korang tengok dan bacalah sendiri ya..


Cerita nie berlaku tahun lepas (27/4/10),kejadian nie boleh dikatakan heboh satu indonesia.seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital.Doctor mensyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang,setelah di timbang hampir 3 kg cacing didalam perut kanak tersebut

Macam mana nak bukti ke ? kalau nak

Jom Baca Lagi 

Pelik? nak tahu ka macam mana boleh terjadi ?

Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.

Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir.
p/s : Ya Allah..minta dijauhkan lah perkara bergini dari keluarga aku...amin



Marahkan orang LAMBORGINI jadi mangsa

Assalmmualaikum,
salam Jumaat..

heran betul aku, tau la hang kaya, kot tak puas hati pon jangan lah buat macam ni, adoy..apelah penyakit orang kaya sekarang ya..main hentam jer kalau tak puas hati tu

diorang ni diupah agar merosakkan kereta tersebut kerana kemarahan pemiliknya, tengokk..nak suruh hancurkan kete pon diupah hokay..

agak-agak korang berapa harga kete ni yer? ..

cerita kredit pada ohbulan

Kami mulakan hari ini dengan hobi orang kaya, baru’lah ada feeling vip-vip gitu. Seorang ahli perniagaan China yang berang dengan layanan yang kurang memuaskan hati oleh pusat servis Lamborghini ekoran gagal membaiki kerosakan telah mengupah beberapa orang untuk memecahkan keretanya, menggunakan tukul industri. Fuh!
Difahamkan, pemilik kereta bernilai Usd500 ribu ini sangat kecewa & dia ingin menunjukkan kemarahannya dengan cara yang paling ekstrem, dan bergaya. Kereta tersebut pada mulanya dihantarkan kepada pengedar sekitar bulan November kerana enjin kereta gagal berfungsi. Namun, pihak bengkel gagal membaiki kerosakan tersebut, dan entah macam mana mereka turut merosakkan bumper & chasis kereta berkenaan.
Selepas bertelagah dengan beberapa pengedar serta pemilik Lamborghini yang lain, pemilik kereta ini berkata bahawa satu-satunya cara untuk membela hak pengguna ialah dengan memecahkan keretanya – pada World Consumer Rights Day.


P/s : kot iya pon marah, buang kat laut buat tukun lagik bagus..apadaaaa..