Saturday, March 26, 2011

Kerja la hari sabtu..huhu bosannya

Assalammualaikum

lepas sekian lama aku tak pernah kerja hari sabtu..pada hari ni, aku  kene lah kejeee..aisey, mood kelaut laa pulak, this week mmg bebanan kerja terlalu banyak..bila banyak keje ..aku bising,bila takde keje pon aku bising..ahakkssss,nak buat camner, aku hanya manusia biasa..ceh..ceh...cewahh

apalah agaknya dibuat oleh encik Ady ngan hariz kat umah sekarang yer? makan? tidor? pusing2 taman? makan lagik? atau pi shopping..adehhh, malas nk pikir..selagi tak tutup mata, kerja..kerja..kerjaaa..

aku ikhlas ye kerja, seyes...kihkihkihh



nampak!!..nampak!! kejer tangah banyak ni yer..hehe..yeke???


p/s : pukul berapa la aku nk balik ni??



Friday, March 25, 2011

Tension dengan kerja??

Assalammualaikum

selamat hari jumaat semua, sampai juga kita di penghulu segala hari..hari ni nak story apa ya,?? malas nk cerita bende-bende yg menyesakkan pemikiran, maklumlah penat bekerja 5 hari ni, esok boleh la enjoy dan family pula..

penat ker kerja korang, tapi penah ker smpai komplen, tak best la? boss kedekut la? bosan la? benci dgn bebanan kerja la?..sblm kompen yg bukan2, sila layan gambo ni dulu ya.. selamat berhibur

kredit gambo kat sapa yg tukang amik gambo..hahaha









p/s : dalam banyak2 gambo..yg mana satu korang tak boleh tahan yer???... aku pilih yg cium ketiak tuuu??ishhhkkk..x sanggup rasanya..

Nurkilan

Thursday, March 24, 2011

TAHNIAH kepada M. Nasir & Ramli MS Kini diberi gelaran Dato

Assalmmualaikum

nampaknya 2 org otai dalam industri muzik telah mendapat gelaran datuk..bukan atuk ye..hehe TAHNIAH tuk mereka berdua, lepas ni, bolehlah dpt elaun dr kerajaan negeri kan..best..best.., tapi lagi best kalau dpt gelaran datuk kalau buat bisness ataupun buat kerja amal..itu aku rasalah kan..



Tahun 2011 ini ingatkan AC Mizal artis pertama yang akan bergelar Datuk. Tup-tup M. Nasir dengan Ramli MS dulu mendapat gelaran ini daripada Sultan Pahang. Nampaknya daripada gelaran “Sifu M. Nasir” kini kita kenalah panggil “Datuk M. Nasir”. Abang Nara memang percaya M. Nasir dan Ramli MS layak selayaknya mendapat gelaran Datuk kerana sumbangan mereka yang sangat besar dalam industri muzik tanah air.
Apa pun ucapan tahniah kepada M. Nasir dan Ramli MS sekali lagi atas gelaran ini. Kalau korang ada info mengenai bila tarikh AC Mizal betul-betul akan dapat gelaran Datuk bolehlah bagitau kat Abang Nara. Tak sabar nak ucap tahniah kat dia. Gambar kredit Mstar. dan Ohbulan.com



P/s : yg bakal bergelar atuk pon ramai tahun ni...kihkihkih...