Monday, April 25, 2011

Peniaga Air Soya ludah ke dlm minuman - seyes jahat


Assalammualaikum

Maaflah andai apa yg aku share kan kat sini, mengundang ketidak puashatian segelintir pihak, bukan bermaksud nk kondem semua penjual air soya kat malaysia ni, tapi ader segelintir yg JAHAT telah membuat aku berhati - hati lepas ni kalau nk membeli sebarang makanan di luar, lepas ni aku akan mengamalkan beberapa ayat sebagai pendinding diri sblm membeli dan makan di tempat awam..Ya!Allah moga dijauhkan lah dari peniaga yg JAHAT mcm ni..


Kejadian ni berjaya dirakamkan oleh seseorang yg ternmpak perbuatan peniaga ni yg dipercayai seorang warga Palembang..Bila ditanya alasan dia tiup nak kasi sejuk..x masuk akal langsung...Logik ke sekali tiup terus sejuk...Lokasi peniaga ni dekat Bandar Baru Bangi (Shell Fasa 1)..

sesiapa yg selalu lalu kawasan sana, silalah update sama ada masih ada lagi penjual ini berniaga di situ..dan apa yg perlu di lakukan pada org macam ni ya..??

gila geliii aku di buatnya..

entri ni di capy paste dari belog fieda - entri berkenaan KLIK SINI

Sunday, April 24, 2011

Ashraf Muslim kni sudah bertunang

Assalammualaikum

alhamdulillah..akhirnya ashraf selamat di tunangkabersama pilihan hatinya cik dayana..moga hubungan kalian berterusan sehingga ke akhir hayat.. nak tau citer lanjut..sila baca kat bawah ya..kredit tuk melayu kini




KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 30, memilih untuk bernikah dengan tunangannya, Noor Dayana Lokman, 24, pada 30 Ogos tahun ini (1 Syawal) di Mekah.
Ashraf memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.
“Dengan izin Allah, kami akan bernikah di Mekah pada 1 Syawal depan. Saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos ini untuk mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertua saya, Lokman Abdul Hamid dan membawa rombongan umrah.
“Saya akan berada selama 18 hari di sana dan bakal isteri saya akan datang ke Mekah menjelang hari pernikahan kami. Selepas nikah, kami akan melakukan tawaf dan menziarahi Mekah sebelum pulang pada 2 September nanti,” kata Ashraf ketika sidang media selepas majlis pertunangannya di Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Ashraf tersenyum ceria di samping tunangannya.



Lokman merupakan rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak.
Berbicara tentang perkahwinannya, Ashraf berhasrat menyunting bakal doktor perubatan itu kira-kira dua bulan lalu setelah berkenalan hampir dua tahun lalu.
Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.
Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.

Mereka dijangka akan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada 10 September depan di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Pasangan yang menggayakan pakaian pertunangan berkonsepkan moden dan tradsional berwarna putih dan ungu rekaan Ezuwan Ismail itu turut merakamkan gambar bersama-sama di pelamin indah tajaan Azmi Osman dari Orked Bridal House.
Pihak perempuan menerima lima hantaran berupa buah-buahan, persalinan, kek, cincin dan siri junjung manakala tujuh hantaran untuk pihak lelaki iaitu kain songket, persalinan, set wangian, kek, coklat, sirih junjung dan cincin.
Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi ‘O’ di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.
Selepas majlis pertunangan tersebut, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di tempat sama yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Hantaran coklat untuk pihak lelaki.



P/s : seronok bila tgok org kawen..huhu..teringat pulak zaman aku dulu...

Saturday, April 23, 2011

2 GA terbaru menang this week


Assallammualaikum

alhamdulillah last week ada 2 kemenangan utk aisha ..minggu ni mmg penat dan bz tahap gaban rasanya..ni pon curik-curik online kat rumah adik sebab biasanya hari weekend adalah hari tuk bersama keluarga..so sgt jarang nk online time hari minggu..

okaylah..entri ni khas utk penganjur yg sudi menganjurkan contest/GA/LD yg sekarang ni sangat syiok tuk dilayan..hehe..

ini lah GA yg di menangi dri blog shaizhar..GA4/11



menang tuk best entri
nak tengok klik SINI
dan penganjur yg sudi menaja hadiah adalah cik zuneta
orangnya sangat kreaif tau..KLIk SINI tuk berkenalan

GA kedua yg dimenangi pula dari belog http://trigyy.blogspot.com. hadiah yg di tawarkan adalah dari luar negara..huhu..bestnyee..ramai gak yg menang Segmen Europe Trip by Trigyy





nampak tak..nombor aisha dah kene tuu..hehe, mcm no eko la pulak,,ishhhkk, sila jgn carik no kat sini yer, kihkihkih....no 96 yg bertuah tuk diriku.... terima ksih dik edie trigyy..alhamdulillah rezeki, senarai pemenang yg lain KLIk SINI