Thursday, May 12, 2011

Drama Nora Elena best ker?


Assalammualaikum 

kalau korang perasan, kat TV3 skrg ada menayangkan drama Nora Elena, bila aku dgr jer nama nora elena ni, terus kepala otak ni berkenan dgn nama tu, mcm nak bubuh kat nama anak aku yg coming sooon entah bila lah gamaknya...hehe

bila aku terbaca sinopsis citer ni kat blog cikgu dahlia, rasa mmg semangat nk tengok..TAPI yg x semangatnya pulak..citer ni di tayangkan time MAGHRIB...why??..why????....time solat meghrib ni kan aku tgh dok sibuk berjemaah dgn encek hubby..adehhh...tensen betul aku..

nasib baik la aku boleh download citer ni..hahahaaaaa.....layan tgh malam..dgn senang hati...hehe



sinopsis NORA ELENA 

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?



layannn beb...


akhirnya sapa yg aku undi terbongkar

Assalammualaikum

Aku tau korang rasa bende ni patut di rahsiakan, tapi aku nk citer gak yg aku dh undi dia ni...

sebab aku???

sebab aku rasa sedaaappp dan suara dia sangat kelakor bila suruh vote dia..kihkihkih..layann


P/s : nak resepi muffin..erkkk, nanti aku carik mana aku campak resepi tuu..hehe


OMG : Saida Didakwa Angau Dengan Lelaki Lain Punca Pergolakan Rumah Tangga


Assalammualaikum

seyes terkejut dgn cerita macam ni, tak sangka sungguh aku..adakah citer ini benar?? aku pon tak berani nk komen panjang - panjang, sebab sebagai isteri aku rasa kalau ada kaum wanita yg nk "angau" dgn lelaki lain, baik fikirkan masak-masak..jangan smapai nasi menjadik bubur..huhu...

citer ni aku copy dari http://beautifulnara.com

siti saida
Akhirnya suami Siti Saida, kakak kepada Siti Nurhaliza,  Mohd Ghazali telah mendakwa yang Saida angau dengan lelaki lain semasa masih bergelar isteri kepadanya. Kata Ghazali:-
Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab. Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini.
Ghazali berkata begitu selepas mengkantoikan Saida di dalam sebuah kereta bersama lelaki lain yang dikenali sebagai Hafiz Che Mat. Di dalam telefon bimbit yang dirampas daripada Saida, terdapat SMS yang mengandungi perkataan sayang, rindu dan sebagainya. Malah ada bil yang menunjukkan Saida bergayut sehingga berjam-jam bersama dengan lelaki terbabit. Kata Ghazali lagi:-
Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,
Nampaknya kes ini semakin rumit. Adakah memang benar Saida sedang angau bersama lelaki yang bernama Hafiz Che Mat ini? Siapakah lelaki tersebut? Adakah seorang yang kaya raya? Sama-sama kita nantikan penerangan daripada pihak Saida pulak di prosiding seterusnya. Sumber berita Mstar.



p/s : hanya Allah yg tahu kebenarannya..allahualam..