Thursday, June 23, 2011

Rezeki di QUEENPINK LUCKY FOLLOWER

Assalammualaikum

Seyes dh lama jugak tak update blog contest, penyakit M tu masih kuat menguasai diri...huhu
TAPI
dah namanya rezeki kan, terima kasih pada ifa, fieda dan intan belian, sebab sudi mention pasal kemenangan ni..lup uu la korang semua

kali ni aisha menang kat QUEENPINK LUCKY FOLLOWER
dapat adiah minyak wangii...uhhhh...best tuuu

terima kasih dik, 

ramai yg menang tu..Jom terjah SINI utk lihat senarai pemenang yg lain

Bila hariz dah pandai mengira


Assalammualaikum

Buah hati ibu dan ayah dan pandai mengira??...biar betul?? kenapa aku terkejut..hehe, bukan poyo yer, mana tak nya, aku dgn en. Ady terkejut, biasanya kami hanya mendengar dia menyanyi lagu ABC sampai Z ataupun Alif baa taa sampai yaa sampai habis, itu belum lagu twinkle2,enjit2 semut, rasa sayang hey atau macam - macam lagilah..

dan biasa juga bagi aku dgn en.Ady dengar dia turun tangga sambil membilang one to three sampai ten, atau satu,dua,tiga smpai sepoloh,  mmg hariz dari kecil lagi sudah di ajar menaiki tangga dengan berhemah dan mementingkan aspek keselamatan, penting tu kalau tak nak tengok dia memberontak dan naik tangga curik-curik, pastu jatuh...huhuhu kes naya tuu
                                               
hariz yg good boy

dan tiap kali dia nk naik tangga pon, dia akan cakap kat kami dulu, cth "ibu, ry nk pegi atas" ataupun dia nk turun bawah..nmpk tak penting tuuu komunikasi dgn budak kecik

sekarang hariz dah 2 tahun 2 bulan, dan yg paling best dia dh boleh mengira dengan sendiri..yeahh, gud job sayang, tadi dia bukak buku bear dia, dan aku pon tanya kat dia " ry, bear tu ader berapa, sambil tunjuk2 dgn jari..dan dia pon selamba badak jawap, one two three four...
" ada four ibu"

wah..okay2..next-next, mcm payah jer nak pecaya kan..betul pulak tuu

gambo lama hariz
"bear yg ni ader berapa pulak ry"
dia pun jawap one two three four five six
"six laaa"

huhu..tak leh jadik ni, aku pon amik sepit baju kat ampai luar umah
" ry, sepit baju ni ader berapa", sambil cekak pinggang ala2 cikgu tadika..hehe
satu dua tiga empat lima nam ujuh apan

" ada apan "

ye..betullah tu, nmpaknya, lepas ni mmg aku tak leh " klepet" anak bujang aku ni

alahai udah besar anak ibu, dan yg paling best skrg, dia selalu tunjuk perut aku, " buuu baby".."buuu baby"

adehhh..nk baby la pulak..

okay En.Ady..apalagik..silalah berusaha k. ke arah kehendak anakmu yg dh besar itu..hehe

p/s : gambo tak leh upload la mlm tadi, blogspot dh problem...cissss



Wednesday, June 22, 2011

Alhamdulillah dapat juga 3 hari

Assalammualaikum

Alhamdulillah, bersyukur sangat rasanya sebab dapat juga aisha berpuasa untuk 3 hari ni, niat di hati nak cukupkan sehingga hujung bulan rejab, moga puasa kali ini di permudahkan..amin

YE korang...bukan senang aku nk berpuasa di kala teman-teman yg lain tengah berseronok mengulit makanan yg lazat sambil borak-borak k...hehe..tapi di sebabkan aku mmg dah lama niat nk puasa pada bulan rejab, maka aku penuhi juga niat itu dgn sabar dan penuh keimanan..

kerana aku yakin janji Allah itu pasti

Kenapa aku nk sangat berpuasa pada bulan rejab?
Kerana, bulan REJAb adalah bulan Allah swt. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 




Kelebihan berpuasa pada bulan rejab

 Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 


P/s : Jom la puasa sama-sama , masih belum terlambat lagi..