Friday, July 15, 2011

Rahsia Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Selamat hari jumaat semua, kali ni aisha nak sharing kan sedikit mengenai surah yg biasa menjadi amalan kita semua, iaitu surah  Al-Fatihah..sebagai umat islam, surah ini adalah WAJIB utk di hafal oleh semua lapisan masyarakat, tapi tahukan kita!! sekiranya surah ini di baca sewenang-wenang nya, ia boleh membawa maksud yang TIDAK ELOK..mari kita kongsikan bersama - sama..

Untuk perhatian kita semua, bacaan kalimah - kalimah surah Al-Fatihah yang sepertimana di ketahui adalah salah satu rukun solat..

(Petikan di bawah adalah dari buku Rahsia Al-Fatihah oleh Ustaz Dato Haji Ismail Kamus) 


 ' Adalah diharapkan kaum muslimin dan muslimat akan lebih berhati-hati dalam membaca dan memotong kalimah-kalimah Surah Al-Fatihah supaya tidak secara sengaja menyebut nama-nama iblis laknatullah.

Contoh-contoh nya:


1. Jika kita salah memotong kalimah atau sukukata dan membaca 'Alham/dulillah'  tidak secara yg betul iaitu, Alhamdu/lillahi ' lalu sukukata nya telah berubah dari yang asal, dan wujudlah kalimah 'dulillah' iaitu satu nama syaitan.

2.Salah jika di potong bacaan menjadi : Alhamdulillah/hirob', 'Hirob' adalah nama syaitan yang kedua.

3. Tidak boleh kita memotong kalimah Maliki /yaum middin menjadi, 'Mali /kiyaum' kerana 'kiyaum' adalah nama iblis yg ketiga

4. Tidak boleh memotong Iiyaka/naqbudu/  menjadi Iiya/kanaq, dan Waiiyaka/nastaiin di potong menjadi waiiya/kanas ' kerana 'kana' dan 'kanas' itu adalah nama-nama iblis.

5. Sirathallaziina/ an'amta 'alaihim tidak boleh dipotong menjadi Sirathallaziinaan'am/ta'alihim kerana ta'alaihim adalah nama ibilis yg keenam.'

Moga kita sama- sama dapat membaiki bacann surah Al-Fatihah kita..insyaAllah 



P/s * Moga sudi sedekahkan Al-FAtihah untuk arwah adik iparku
Arwah Nazil Zabha bin Zakaria
Al-Fatihah...



Thursday, July 14, 2011

Pemeriksaan kesihatan PERCUMA!! penting ni


Assalammualaikum,

Last week aisha ada attend pemeriksaan kesihatan untuk "PENGESANAN DAN PENCEGAHAN  AWAL", ni dari persatuan buah pinggang malaysia, kira diorang buat pemeriksaan percuma utk semua golongan, dan cuba MENYEDARKAN kami yg dh obes bila masuk alam pekerjaan..seyes, dulu aku 57kg jer.. tinggi 165cm (slim jer tau)..DULU yer

waktu pemeriksaan kesihatan ni, macam biasa lah, check tekanan darah, gula dalam darah, kolestrol dalam darah dan BMI badan..

Masa ni tengah gigih isi borang bersama akak - akak dari prosess machine and tools, maklumlah aku kat dept maintenance ni hanya sorang je gegirl...uuuwekk..




ni lah result aku,




tekanan darah...RENDAH skit, aku rasa sebab 2 ke 3 hari sblm tu aku letih, banyak bende aku buat

glukos dlm darah, alhamdulillah takde, risau gak, sebab latar belakang family aku mmg dasat kalau bab2 kencing manis ni..

Kolestrol dalam darah, jugak okay..aku sangat la bersyukur sgt2, sebabnya, banyak member aku kantoi dalam bende ni, badan kurus tapi kolestrol dlm darah dh sampai tahap bahaya...huhu..takut beb, ni antara penyakit yg ramai tak sedar, semuanya sebab amalan pemakanan yg dh biasa makan makanan bergoreng dan berlemak...kolestrol ni lagi bahaya dr kolestrol yg dok bertepek kat badan, sebab kolestrol ni boleh menyebabkan salur darah tersumbat..

obesiti, haha....aku kantoi kat sini laaa...ukur lilit pinggang aku dh lebih dari tahap yg dibenarkan..jadiknya, consultan tu MENYURUH AKU lose weight dlm 2kg per month, selama 1 tahun....adeh...adeh...puas gak la aku argue dgn si apek tuu..tapi, last2 dtg jugak sedikit kesedaran...hehe..menang gak apek tu..macihhhh apekk, jasa mu di kenang

dia suruh aku makan , apple hijau banyak2, sayur2 pon banyak-banyak, kurangkan ikan bilis, beehoon goreng, ayam goreng ( pebret ni), bersenam dgn kerap dan jangan putus asa...huhu...

dann...rasanya, lepas ni aku kene lah gigih lagi lose weight dgn jayanya....

Maka dgn sebab itulah tertubuhnya kelab 5G kat opis aku..haha, sekarang ni aku dgn 4 org lagi member bersama-sama ingin mencapai matlamat yg sama..buang perkataan obesiti yg menghantui diri..kihkihkih

dan ingin menukar perkataan 5G kepada 5S..caiyokkk... 
p/s : korang dah check ker? yg tak penah check, sila pegi sekarang, insyaAllah dpt membantu kita di masa hadapan..

Wednesday, July 13, 2011

Perfume Barat Haram ?.. setakat mana kebenarannya

Assalammualaikum

Alhamdulillah, indah sungguh hari ni..walaupon kene kurung dlm rumah sendiri, rasanya itu pon dh elok, dari terperangkap dlm kesesakan jalan raya berjam - jam, semata-mata melayan road block yg melambak ni...huhu, bersih kah nanti..entahlah, hanya allah saja yg tahu...

 kali ni aisha nk memanjangkan email berkenaan dgn perfume dari negara barat, setakat yang kita tahu, perfume memang menjadi kegilaan kaum hawa..memang giler arrrr...setakat brand CK, chanel, gucci, Lancome dan banyak lagi...kalau dpt memang sayang bangat la kan



TAPI
kita tahu ke, bahan yang di gunakan? cara pembuatan minyak tersebut?  kandungannya dan macam - macam lagi lah..pernah terfikir tak???

Ceritanya email itu adalah bergini...

Sewaktu mengikuti rombongan puspanita ke indonesia bersama kumpulan isteri - isteri kenamaan, puan seri dan para - para datin, yelah , dah nama pon duty free kat airport, mestilah kaum hawa ni nak tengok kan!!...org perempuan ni, mana boleh tgk perkataan free..hehe (termasukla aku)

hai semua...!!
blurrr...blurrrr


Tiba - tiba seorang datin bersuara, "dengar ni ai nak cerita".. "Dulu saya suka pakai minyak - minyak wangi bergini, dan buat koleksi semua jenama perfume, Satu hari saya ikut dato(laki dia) melawat eropah dan kami ke kilang minyak wangi yg besar, bermacam minyak wangi yg ada dan harga jauh lebih murah drpd pasaran, yelah beli kat pembuat memang murah lah kan..

Sampai SATU peringkat, kami lalu kawasan tangki besar berisi bendalir PUTIH yg di campurkan ke akhir hasil minyak wangi tadi. Saya pon tanya pekerja kilang tersebut "Apa Bende dan kegunaan BENDALIR PUTIH itu??" (dlm english lah kan) dan jawapan yg saya tak sangka adalah 

THAT'S LARD, AND IT HELPS THE SMELL STAYS LONGER"

Datin itu bertanya lagi untuk mendapatkan lebih kepastian daripada pekerja kilang tersebut dalam nada terkejut.." You mean you ADD LARD in all type of perfume??"

OH ! YES OR ELSE THE ODOUR WILL NOT LAST..

apalagi..terkedu lah  saya di buatnya..

cukup setakat itu aja, cerita saya kpd sahabat sekalian 
Di pendekkan cerita, saya menyeru kepada rakan2 muslim yg lain agar berhenti mengunakan barangan yg mengandungi MINYAK BABI . Marilah kita semua berhenti mengunakannya.

Ramai rakan - rakan kita yang mengunjungi tanah suci MEKAH dan MADINAH, di sana banyak terdapat minyak wangi yang tidak di campur dengan bahan dari babi. Negara MESIR merupakan pengeluar minyak wangi yang terbesar di kalangan negara islam, bermacam - macam perfume boleh didapati dan di perolehi di negara kita, kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu.

UJIAN ALLAH ADAKALANYA RINGAN DAN MUDAH
Namun memerlukan kekuatan iman yg jati untuk mengubah diri kita ke arah KEREDHAAN ALLAH SWT..

P/s : Buatlah yg terbaik utk diri sendiri....InsyaAllah ..Kehidupan akan lebih bermakna



gambar hanya sekadar hiasan


Nurkilan