Monday, June 25, 2012

Resepi Kek Coklat

Assalammualaikum

Ok..ni resepi kek coklat amik dalam internet gak, tak ingat dr , tp rasanya dlm myresepi , cuma baru sekarang baru rasa nak test power...hahaha, comot tapi sedapppp

ok kekawan, selamat mejamu mata..

Ader rezeki, aku buatkan utk korang nanti yaa


kek coklat  Moist marvelos



ni tukang menyebuknyaa...hahaha

asal pegang senduk jer, nak tolong, adoii letih ibu tau

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan serbuk koko
*1/2 cawan gula halus
*1 cawan air panas
*1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api bawah
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Selamat mencuba



kredit utk http://www.myresipi.com/top/detail/2963




Tuesday, June 12, 2012

TGV Rawang at Aeon Jusco bg tiket percuma


Assalammualaikum

Panggung wayang pertama di Rawang telah dibuka pada jumaat lepas, 8 jun 2012, memula ingatkan dibuka pada bulan 4, tunggu punya tunggu rupanya bulan 6 baru bukak.

So semangat nk tgok wayang tu berkobark jugaklah rasanya, since dh lama sangat kami tak pegi tengok wayang, last tengok pon masa hariz umor setahun lebih di mid valley, punyalah jauh dibuatnya..semuanya pasal nk tgok wayang punya hal..




Disebabkan jummat hr kerja, jadi kami postpone tgok wayang pada esoknya.. so, masa sibuk nk book online kat TGV tetiba, dpt satu info yg TGV tgah bagi promotion dr 9 Jun sehingga 14 jun tiket PERCUMA..

Fuhh! happy dibuatnya.. ;-)
So, aku just print bebrapa copy dan beberapa salinan di berikan kpd my rawang friend..haha, kat opis ader member dok rawang gak kan..

aku pon terhegeh-hegeh la pg TGV jam 11 pagi sb kekonon nk tgok magadascar 3 secara FREE.. bila smpai counter .. tetiba budak tu cakap

"akak, tiket free utk cerita biasa jer, kalau blokbuster kene bayar RM5 dan 3D kene bayar berapa aku x hingat dah.. tapi kertas tu still kene bagi ok....

aku yg bajet tiket tu FREE..rasa mcm nk maki jer diorg, lainkali jgn suka-suka hatiii bubuh perktaan FREE, tapi bila smpai kaunter..mmg kene bayar.. dah tau korang takde citer biasaaaa..bubuh kat kertas tu awal2.. bagitaulah pelanggan yg movie blokbuster dan 3D kene bayar..

apalah sgt nk bayar RM5 tuu..tapi bagitau awal2... kesian kalau ada yg bawak anak ramai, tapi kene tipu dgn syarat2 yg korang tak nyatakan awal2..

So, hari tu aku tak jadi tgok citer katun tu.. encik Ady tukar pemikiran nk tgok Man In Black 3... hahaha..so, aku just bayar RM10 utk 2 seat.. masih berbaloi dan terima kasih TGV sb bagi potongan harga yg murah...

seee... aku masih lagi sudi berterima kasih sebab, sound system, kerusi, layanan staff dan keadaan panggung yg bagi aku BAGUS dan terbaik...


ni jee smpt snap



KLIK SINI utk ke paparan TGV



P/s : kata2 org yg terdesak nak tengok wayang, selepas lama tgok DVD je, hehe... alhamdulillah 5 minit dr rumah..senang hati skit nk tgk kan..



Resepi Apam Strawberi

Assalammualaikum

Sabtu lepas pengasuh azry ada buat tahlil kat rumah dia, jadi aku pon yg tak berapa nk pandai masak ni pon dpt satu idea untuk bg apam untuk majlis tu.. resepi ni telah diolah sikit utk mendapatkan rasa yg sedap..hahaha.. Alhamdulillah ramai yg cakap apam ni sedap..tetttt, rasa macam chef la pulak..hehe perasan









Resepi Apam Strawberi

Pertama
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula
3/4 ibu roti drpd 11grm ( mauripan )
bahan-bahan diatas ni , digaulkan didalam satu mangkuk yg besar

Kedua
2 cawan nasi
3 cawan air
bahan2 ni di kisar sehingga lumat

Kelapa putih  1/2 biji di letakkan sedikit garam utk perasa masin

Cara-cara
Selepas bahan2 pertama di gaul sehingga sebati, masukkan bahan kedua perlahan-lahan dan kacau dgn pemukul telur (whisker) sehingga sebati .

Bahagikan adunan ke 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan putih, dan satu lagi bahagian dibubuh pewarna merah jambu dan perasa strawberi.

Tutup kedua-dua mangkuk tersebut dgn kain bersih, dan perap selama 1 1/2 ke 2 jam

Panaskan pengukus dan lumurkan acuan dgn minyak sehingga rata, dan kukus selama 3 minit.

Angkat acuan dan isikan bancuhan apam kedalam mangkuk acuan, 2 sudu warna putih dan kemudian isikan satu sudu perasa strawberi di atasnya.

Kukus selama 10-12 minit dgn api yg sederhana.

Hasilnya, apam akan berbau wangi dgn perisa strawberi...

Selamat mencuba