Friday, March 04, 2011

Hanya kerana 20sen

Assalam'mualaikum wrt
Salam jumaat semua..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk didalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20sen!!!.
gambar si kecik..sebagai hiasan cerita..

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa diatas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagaitingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

" DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

P/s :  pernah ker kita berlaku jujur walaupun nilainya hanya sedikit ??..
tepuk dada..tanya iman..

Ya! Allah YA Tuhanku, KAU kuatkanlah iman dan taqwaku, dlm mengharungi kehidupan di duniaMu ini...amin


Thursday, March 03, 2011

Pernah ker Korang makan ubat CACING??

Assalammualaikum

korang penah makan ubat cacing tak? kalau takat masa umor kecik-kecik dulu, aku pon selalu makan gak, Korang tau tak ubat cacing yg kita makan pada zaman kita dulu-dulu hanya matikan cacing !! , pastu bila cacing tu dah mati, dia akan keluar ikut saluran najis.. sekor - sekor la keluar..ikut turn..korang penah kene??? aku PENAHHHH

aku ader gak pengalaman ngan cacing..fobia beb.. bila dah fobia, aku selalu ajak mak aku pi berak sama-sama, sebab takut cacing keluar lagikk, masa tu umo aku 7 atau 8 thn rasanya..nangis aku kat toilet, sebab cacing tu dok bergayut kat sini..ahakkk..nangis meroyan aku kat situ..last-last..aku FOBIA sampai umor 12 tahun,nasib baik mak aku punya tahap kesabaran ya amat tinggi, Ni yg lagik sayang kat makkk ni.. muahh skali tuk bonda tercinta..

korang tau tak cacing tu ader 3 jenis?

1) Cacing Gelang
2) Cacing Cemeti
3) Cacing Kerawit

Antara tanda - tanda cacing - cacing nih mengganas dalam badan kita ialah :-
1) Cacing keluar melalui lubang najis ataupun ada cacing pada najis.
2) Kegatalan yang sangat gatal di bahagian dubur.
3) Sakit perut, cirit - birit atau lemah badan.
4) Tiada selera makan.
5) Kurang berat badan walaupun selalu makan banyak.
6) Alahan dan sebagainya.

Jadi, untuk mengelakkan setiap cacing - cacing nih dari terus bermahajarela dalam badan kita maka dinasihatkan agar :-
1) Jumpa doktor atau beli ubat cacing.
2) Pastikan kuku dipotong pendek. 
3) Mengamalkan cara pembersihan sayur yang betul.
4) Mengamalkan cara memasak daging yang betul.
5) Pastikan tidak berkaki ayam apabila keluar daripada rumah.
6) Amalkan membasuh tangan seperti yang disarankan di televisyen walaupun kelihatan seperti membazir air. Hehehe! Pastikan membasuh tangan sebelum makan dan juga selepas membuang air besar sebersih - bersihnya.
7) Jangan lupa juga untuk sentiasa membersihkan badan dan mencuci punggung anda untuk menghilangkan telur cacing yang masih ada dan bakal ada.


ubat cacing yang berjaya menarik perhatian aku adalah  ZENTEL. tulis kat situ mampu membunuh cacing didalam perut hanya dengan satu dos.  Harga dalam rm 7.++ dua dose.
aiseymen..berani ker aku nak makan..sebab doc cakap setahun kene makan 2 kali baru takde cacing dok berjoget dalam usus perut..!! seyes ker...ahak..ahaksss...tatutt nyaaa..



ni lah lagik satu buat aku feninnn..si kecik ni pon dah kene try makan ubat cacing bile dia cukup umo 2 tahun, bukan aper!! sebagai langkah berjaga - jaga tuk tumbesaran dia..kan cacing boleh membantutkan tumbesaran budak - budak..

p/s : korang ader ke pengalaman cam aku..share skit


Menang Contest "Duit" atau "Barang" mana lagik best??

Assalammualaikum

Ni bukan entri Menang contest ye kekawan..hehe..

Alhamdulillah..tamat sudah Giveaway yg berlangsung selama 2 minggu, Tahniah kepada para pemenang, Kalau nak tau sapa yg menang GA tu, sila click SINI dan SINI. Hadiah akan di poskan selewat - lewatnya minggu ini..InsyaAllah

Kalau korang nak tau, Start Next week aisha akan menganjurkan  Contest baru untuk kalian semua..TAPI tengah musykil NAK bagi hadiah wang tunai atau barang berharga..Maklumlah contest kali ni, kalau join insyaAllah hadiah amat berbaloi - balooi untuk di menangi..seyes tak tipu...ngeheee

aiseymen..memang confuse di buatnya...mintak tolong skit boleh??? sila komen kat entri ni, korang lagik suka hadiah Wang tunai atau barang???

fenin...feninnnn di buatnyaa..
DUIT atau BARANG


P/s : fenin kepala aku bila bos suka marah org lain kuat - kuat..aku pulak yg emo lebey - lebey, rasa mcm nk carik keje lain la pulak..keje ape esah oiii..boleh ke ko???