Friday, September 30, 2011

Kata - kata ungku aziz


Assalammualaikum

Just wanna to share this.. yg mana satu diri korang yer??? Aku...No....tututt



hehe...layan jelah

Thursday, September 29, 2011

Majlis Pertunangan yang Indah


Assalammualaikum

Pada tarikh 17 September yang lepas, family aisha ada mengadakan acara majlis pertunangan utk kedua-dua adik perempuan aisha, Siti Rohani dan Siti Murni ( suci jer nama diorang kan )..huhu

Majlis ni diadakan kat umah family di sentul, dan alhamdulillah semuanya berjalan dgn meriah dan lancar.

My sis yg no 3 iaitu Ct rohani berbaju color merah hati bertunang dgn jejaka pilihan my mom org kuala krai dr negeri kelate, dan akhirnya jatuh cinta gak..suka mak kita tau..( eceli dia takut anak2 dia tak kawen ) hehe

dan

My sis yg no 4 iaitu Ct Murni berbaju color Pink bertunang dgn jejaka pilihan hati iaitu org dr negeri selangor jer..iaitu sekincai..



Ni lah picture my sis




Ni pula gambar aisha dan keluarga bersama anak buah kesayangan syamir


hantaran yg 100% made by aisha n sister
 color PINK & BIru muda..canteeekk tau
..berpeluh ketiak aku..ahaksss


cantik kan semua hantaran ni 



tak lupa juga 2 kotak coklat KONTROVERSI antara aku dgn MILKADEAL !!
sampai skrg coklat yg aku nk tu, belum redeem lagi voucher nyerr..huhu

NYAMPAH lah  weyy

TAPI seyes aku nk cakap yg
OWNER chocolata paradise tu mmg sengaalllll lah sgt
sebab aper??
next entri la kan



kepada kedua-dua adik ku, moga kalian di murahkan rezeki.. moga majlis perkahwinan korang akan dtg nanti meriah dan korang pon happy - happy selalu..( ehemmm..mak nak cucu lagi weyy!!) cepat kawen laaaa.. kan..kann

P/s : selamat bertunang juga buat Nurul Atiqah ( maaf dik, akak tak dpt dtg, sb majlis korang jatuh pada hari yg sama..)

huhu...layan

BBQ Land at Sg.Buloh



Assalammualaikum

Hari ni nak citer pasal makan lagi, tak kesah lah kan, janji jgn menyusahkan org lain sudahh..Last time aisha ader singgah makan BBQ land dgn my 2 sweetheart n friend.. lama gak la tak singgah sini, harga pon mcm dh naik jer rasanya..hehe

Ni salah satu aktivity aisha dan kekwan. kalau ader yg dpt promotion..WAJIB  open table lah jawabnyer..ok semua pahamm kan.. kihkihkih

ok lah layan jelah beberapa keping gambo yg ader, kekadang tu mmg sedaaaapp layan BBQ ni.. steamboat ader, panggang pon ader..sorang RM20 sahaja...bolehlaaah kan







lokasi : Sg.plong ( jalan menuju ke paya jaras )
time buka : 6 petang ke 12 tgh malam
harga : RM20 dewasa dan kanak2 atas 4 tahun separuh harga
penyediaan makanan : steamboat & BBQ

semuanya di jamin HALAL..



Tuesday, September 27, 2011

Ayir tangan sendiri - Tat Buah


Assalammualaikum

Hari minggu lepas seyes bosan ya amat, duk umah tidoo and termenung tengok TV..encik Ady pulak pi keje, terpaksa katanya, keje banyak nk skodeng anak buah buat keje katanya..hehe ( saja je aku tambah )

Pastu, bila aku tgk muka budak kecik ni berkali - kali, sambil buat muka comei dia.. tetiba je ader pulak idea nak buat projek kat dapur..hehe
gambo sekadar hiasan cerita..kihkihkih

Nak tau projek aper??

Ni lah projek tuuu





tat buah hasil tangan sayerrr..hehe, encik ady cakap sedap gak.. yelah, karang kalau dia cakap x sedap.. kecewwaa pulak aku kan..kihkihkihhh..takde makna nya...

resepi ni rembat kat mana pon tak ingat, semuanya ader di hujung jari anda..KLIKKKK ajer kat lactop korang..goggle sampai lebamm, senang jerr

resepi original tat ni, suh buat krim kastard, tapi di sebabkan dalam peti ais ader coklat cooking lebihan almond london hari tu..aku pon belasah jelah, cairkan coklat dan bubuh skit susu pekat.. jadikan krim coklat..sedappp gakk..

tepeklah buah kiwi ngan anggur, pemberian sahabat ku..kak M..hehe..macihhh kak

Hasil bila boring..dapatlah TAT BUAH.. sekian...hehe

p/s : rasa mcm nk bukak kedai bakery pulak..kihkihkih

Telur dan Beras Tiruan

Assalammualaikum

Terkejut gak bila baca cerita ni kat blog INI, seyes..selama ni ingatkan telur je di buat tiruan..la niii, BERAS yg menjadi makanan wajib org Asia pon menjadik tiruan gak..seyes nak cepat kaya betul lah diorang ni..

 Media Singapura melaporkan bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu.
Perusahaan makanan China telah terlibat selama bertahun-tahun pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau tercemar. termasuk skandal susu pada 2008 juga isu hangat susu ditemui mengandungi racun melamin. 290,000 orang mangsa yang jatuh sakit dan 11 kes kematian.
Sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya.
Menurut Bahasa Korea “Hong Kong Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi. ”Nasi” ini merupakan gabungan dari kentang, ubi dan plastik.
Ia dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan lagi bahan sintetik industri.
Pejabat Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini seperti makan satu kantung plastik. Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan kilang dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos yang rendah beras palsu adalah menyebabkan peniaga untuk membuat keuntungan yang besar.
Di Vietnam, telah berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan.
gambar ehsan google


Patutlah company tmpt aku keje skrg ni, tgh berkira-kira nk tingkatkan security produk baru yg masuk hari tu, semuanya sebab takut ader org ciplak paten produk ni.. kalau sampai negara china..hhhmmmm..jangankan beras, esok lusa..DNA kita pon di klonnya..huhu..

Dunia akhir zaman, macam-macam ada...

P/s : gunalah beras tempatan , insyaAllah..di tanggung bersih dan halal 

Astafirullahalaziimm...

Thursday, September 22, 2011

Jawapan standard org nk selamatkan diri..


Assalamualaikum

Semalam received email dari Mr.Brandon dari MilkAdeal..panjang lebar lah gak yg diemailkan kat aku..maklumlah masing-masing nk jaga reputasi company diorang kan. di sebabkan company tutt..diorang pulak kene tanggung akibat..

CERITA FULL KLIK ENTRI INI - PART 2

TAPI..paling aku menyampah sgt2.. kat owner company chocolata paradise tu..bila MilkAdeal tanya kenapa handphone dia tak leh dpt masa 20 haribulan tu..korang tau aper dia kata..

owner kedai tu "tak sihat!!, sebab tu lah handphone dia TUTUP..

HEY!..Come on lah..ko bukak company..kalau ader problem..JUJUR lah skit dgn PELANGGAN kau, jgn di sebabkan hal peribadi, habisss reputasi company ko di ganyang oleh org yg mmg benggganngg macam aku ni.. aku manusia yg boleh GIVE and TAKE maahhh..kalau ko off Hphone dan tabur janji sesuka hati, lagi lah org sakit hati kan.. be honest mehhh!!

KESIAN kat Mr.Brandon tu kene dengar OMELAN aku yg merapu raban....hehe...MAAF ye brandon

WHAT THE FISHHH laaaa.. aku send email 13 hb lepas pon ko tak reply..cuba reply jap utk sejukkan hati aku yg tgh laraaa

SEKARANG ni..2 voucher ni aku mmg rasa mcm nak koyak dan bakar, tapi bila pikir2 harga voucher tu RM40 hinggit..baik aku letgo jer...yg menjadi persoalan!! sapa pulak nk call company tut..itu, kalau aku call, maunya dah takde bahasa kebangsaan yg dpt di gunakan..Please lahh..gila nyampah dah ni..


Wajah kesayangan buat penyejuk hati yang lara..


p/s : aku pon ader gambo camgini, ingat nabil jer ke yg ada..kihkihkih


ni nabil punya kad kaweenn


Wednesday, September 21, 2011

bengang dgn chocolata Paradise - MilkADeal


Assalammualaikum

Last 2 month aku ader beli voucher dr MILKADEAL sb tertarik sgt dgn harga  "HOMEMADE COKLAT" yg di tawarkan oleh syarikat Chocolata Paradise.

Bukti aku beli voucher tu ader dalam entri INI

So, di sebabkan my sis bertunang serentak, aku pon sebat la 2 keping voucher ni tanpa banyak soaldan prasangka, sebab bagi aku beli voucher di MILKADEAL mmg 100% boleh percaya Mehh..

Bila aku nk redeem jer voucher ni, aku pon call lah owner company tu.. Ni no dia 016-9694012..tut..tutttt
No yg aku dail "is not available"

jenuh la aku dail, dekat 6 kali lah jugak, last-last aku call MILKADEAL, dan bercakap dgn Mr.Brandon..Mamat ni pon janji dgn aku utk call owner dia dan inform aku balik..

cuak lah aku gak, takkan kene TIPU pulak kan, walaupon bukan ratus-ratus..tapi itu duit aku meh, hak aku kan..silap org la korang nk pijak.hehe..macam taiko pon ader..kihkihkih

Mr.Brandon pon call aku balik petang tu dan inform yg owner Chocolata paradise ni ke luar negara, so..aku tak leh redeem voucher ni smpai dia balik pada 19 Sept 2011.., dalam hati mmg dah sumpah seranah dah, dah la adik aku nk bertuanang 17 Sept 2011..ni APA KES NI??? company aper yg boleh suka-suka hati tutup kedai ni..gila berasap dh aku time ni..

ini bukti email dr MILKADEAL.. itu pon lepas aku feedback pasal tak dpat call owner kedai tuuu..

tarikh email ni 13 SEPTEMBER 2011


So, semalam dh 20 SEPTEMBER 2011 kann..maknanaya owner kedai tu mesti dah BUKAK balik kedai dia kan..

TAKPE AKU SABAR LAGIKKK..

aku call dgn penuh niat suci muni, malas nk carik gaduh la pagi-pagi..Mood pon happy jer kan..
Last-last aku call "NOT AVAILABLE" LAGIKKKKKKK..

Ni mmg saja je dioarang nk menguji keimanan aku yg tipis ni...dgn pantas aku call MILKADEAL untuk checking problem ni..dan smpai la NIIII..MILKADEAL tu tak contact aku balik..SO,,aku akan tunggu sehingga hujung bulan ni..kalau takde apa-apa feedback aku nak pi jumpa TRIBUNAL PENGGUNA

RM40 hinggit tu aku tak ralat sangat la..yg aku RALAT sgt, kenapa korang buat bisness yg menyusahkan aku??, sebabnya aku dh janji dgn adik beradik aku nak bagi coklat ni..

dan last sekali, terpaksalah aku kerah keringat budak kecik ni tolong aku buat coklat sendiri..





hahahaa...bengang nyerrrrr..

Sorryy..aku mmg peMALAS..


Assalammualaikum 

Aisha nak mintak maaf seribu kali kat korang semua, sebab apa????  ni hah!! ader 3 ketul lagik hadiah yg belum di poskan padaowner dia..sikit punya MALAS tahap cipan aku rasa..

hadiah ini adalah utk pemenang "Giveaway from Adyshariz"

barang ni ader dalam bonet kete..tinggal nk pos kan ajer..




ni lah rupa MUG tu

seyes, aisha mintak maaf kepada pemenang, rasanya hanya ini hadiah yg aisha hutang lagi, kot ader sesiapa yg still tak received tu..aisha pon tak tau nk cakap aper..tapi sila lah email utk bertanya sebarang cerite...

aishaadyshariz@gmail.com




Tuesday, September 13, 2011

Melaka Bandar Bersejarah..TAPI ??


Assalammualaikum

Weekend yg lepas aisha dan family ke negeri MELAKA, semuanya sb my sis ader dpr kopon penginapan percuma kat hotel 3 day 2 night..along with kopon masuk ke taman buaya dewasa RM5 dan kanak2 percuma...kira mcm jimatlah kan..


sampai jer dh pukul 8 malam, seyes giler jalan jam kat sg. besi hari jumaat lepas..
bertolak jam 5 petang..jam 8 baru smpai


Amik gambo hariz n en.Ady

ni hariz n Syamir..
bangun pagi - pagi sb nk tengok buaya
kalau baik, kemain lagi..kalau bergaduh..huhu..pening kepala aku di buatnya
yg belakang tu my adik ipar Alfie


suruh senyum..dia pon senyum

lepas sarapan terus kami semua ke Taman buaya
yelah, anak-anak tak penah tgk buaya secara live
aku pon dh tak ingat bila aku tgk sang buaya idup-idup

posing kay buaya yg di awet
seyes besor giler buaya ni



ngeri aku..buaya kat sini gemoks - gemoks belaka




sempat singgah kat kota A famosa


singgah sini jugak
Muzium apa tah dah lupa


kapal atas darat ni


TAPI kat Melaka ni, seyes nak buat apa2 aktiviti pon kene bayor, So, sesiapa yg datg sini sila pastikan duit anda cukup..hehe

naik bot Rm10 sorang
naik menara Rm15  sorang(weekend)
naik beca Rm40 (2 org)
harga makan ( sama mcm KL )
Masuk Muzium Rm?? tak ingat
Minyak kete ( kene Full tank )

jadiknya kalau dh 5 dewasa dan 3 kanak - kanak ( korang darab la sendirik )

Sib baik bilik hotel FREE..hehe..jimat skit kan...

Moral of the story : Pastikan poket penuh kalau nk berjalan beramai - ramai..


Monday, September 12, 2011

Cerita Raya kami


Assalammualaikum

Orang lain dah basi citer pasal raya  kan, aku ni hah baru terhegeh - hegeh nak menaip citer pasal raya aku tahun ni, semuanya gara-gara aku super Malas..hehe, nak buat camner Layan jelah..

ok, berbalik pada citer raya tahun ni, aku n family just berbaju tema color MERAH menyala, mak mertua siap cakap, merah menyala baju ko nok..hehe..

Tapi tu lah, gambo kami bertiga ader kat hphone satu lagik, hphone tu pulak baru je bengong, tgh hantar kedai, aku just masukkan beberapa keping gambar jelah ye...itu pon gambo not so clear..huhu tensen


ni aku n hariz..
Merah kan??


hariz & sumaiyah
cousin belah En.Ady


soh amik gambo
ginilah gaya nye..huhu..sabor je lah


hariz with anak2 akak ipar aku
Nor Iman, Rufaidah, Al Zahra, Mustakim dan Sumaiyah


Happy ko dapat duit raya budak ni
tahun ni dia dah reti aper tu makna DUIT RAYA

Overall raya tahun ni, aku beraya di keluarga mertua dulu, mana-mana pon sama, tapi kalau di pagi raya tak dapat cium tangan mak sendiri, menitik gak la ayir mata tu..huhu,, winduu la kat mak..she is the best mom..

and for my hubby, thanks for understand me..raya ke 3 aku dh cabut balik ke rumah mak ..hehe, dengan alasan....Gua winduuu mak gua..hehe...Boleh....alasan org perempuan..hampeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...