Sunday, August 29, 2010

update senarai Peserta Contest.. tinggal 3 hari jer lagi


Salam,

Kat sini adalah senarai peserta contest yang terbaru, Terima kasih kepada yg sudi Join contest, InsyaAllah hadiah berbaloi untuk di menangi.. kepada yg tercicir tu tolong inform aku atau sall, insyaallah akan di check secepat mungkin, kepada sesiapa yang nak menyertai, korang ade masa dlm 3 hari jer lagi, contest tamat pada 31.8.2010 jam 12 tgh malam...

okay sila check dengan penuh kegirangan ..hehe


Nureen - link x de



selamat berjaya tuk semua peserta, insyaallah keputusan akan di umumkan selepas 31 ogos.. bukan aisha yg akan menilai entri korang semua..encik juri yg akan memberikan keputusannya..
pada entri yang belum di review, insyaallah weekend ni akan di semak.. tunggu yaaa...selamat berpuasa semua..

Friday, August 27, 2010

Betul - betul menguji PUASA aku


Salam..

start semalam khamis, aku dh bercuti sebab apa? encek suami dan anak demam selsema dan batuk, last-last hari ni pun aku batuk pulak, aku kesian jer kan yg kecik ni, sebab dia kalau batuk atau selsema mmg nampak macam teruk sangat. kalau yg bosar tu pepandai lah kan, kita jeling - jeling jer.. alahai! encik suami kan dah bosar... sabaq ye cayang bucuk..bucuk..


semalam cuti, hari ni cuti, sok sabtu dan ahad cuti, senin mungkin cuti dan selasa wajib cuti.. maka di tolak dan tambah semuanya 6 hari aku akan bercuti, wah! best siot.. tapi ade mende yg tak best tengah berlaku sekarang..

mesin basuh rosak dh 2 hari.. kain bertimbun, tak kan nak pegi umah omak den yg jauh tu semata - mata nak membasuh kain, pastu blah..haha.. last sekali jalan penyelesaian, encik suami lah jadi mangsa, sibuk duk memberus kain kat toilet.. kalau ade anugerah somi mithali.. skrg gak aku pi booking, hantar gambo skali..hehe..dugaan..dugaan..




operasi aircond smalam


dah la smalam air-cond wat hal.. sib baik tak rosak cuma ade leaking kat piping, pastu masuk kan gas balik , ketat skru, okay dh bole pakai balik.. huhu.. panas siot tak de aircond.. mau aku berkemban jer jawapnya..

hari ni pulak, TV boleh tetiba off, masa aku tgh menonton dgn penuh kesedapan.. hampeh nyuk btui, ape lah dugaan lagi, so, dgn tersonyom kambing, aku pi adjust encek somi, mintak belikan TV and mesen basuh yg baru.. yolahkan, kalu repair pon.. sok..sok.. problem lain pulak kan.. baik aku pi beli baru..

Meh layan picture haiwan yyg tengah berposa jugak... kredit tuk gambarhehe.com









okaylah, macihh sebab sudi bace citer aku hari ni, nak pi sidai kain jap.. kang si somi mengaum susah pulak.. daaaaaa

p/s : senarai peserta terbaru akan di update nanti... tunggu yer

Thursday, August 26, 2010

Kalau dah namanya Perempuan..

gambo colek goggle punye..macihh



1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke Budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Sapa yg Paling lawa? ai ke, budak tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata :Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk ai

4. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

5. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama depan ai

6. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yg sronok.

7. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang Dengan ai, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

8. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

9 Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla..bla..bla
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you Rasa nak jadi awek you je.


semua ini hanya rekaan semata - mata, kot ade yg terkena itu semua kebetulan ..hehe..

selamat membaca !!

p/s : nampak tak gambo bendera kat atas tu, itu kempen 1 blog 1 bendera.. jom pasang bendera kat blog..

Wednesday, August 25, 2010

Baby Hatch utk sesiapa yg nak BUANG ANAK


Salam

kalau korang perasan kat ASTRO OASIS ader satu rancangan bertajuk ZURIAT KITA, kat situ ade memacam cerita yg di sampaikan .

So, time aku tengok tu, rupanya kat malaysia ni ade BABY HATCH.. ape tu?

hah! aku nak citer skit, tempat ni adelah kelolaan NGO sepenuhnya dan di persetujui oleh DATO sharizan Abd Jalil, tempat ni untuk sesiapa yang tak mahukan anak, kira macam ko dah beranak, tapi tak nak, atas sebab ape sekali pon akan di terima, lepas isi satu borang, letak baby kat tempat tu dan boleh blah lepas tu, kira baby tu insyaAllah akan di beri perlindungan dan dicarikan keluarga yang sesuai.

Yang pastinya, IDENTITI org yg meninggalkan anak tersebut tidak akan di ketahui sebab ia bertujuan mengelak kes-kes membunuh baby yg tidak berdosa... yelah! dari ko buang anak tu, lepas tu terseksa jiwa raga sampai mati, baik ko hantar kat baby hatch ni, kurang skit dosa kan..

Ni aku copy paste.. sila bace for detail

The hatch has a small door which opens to an incubator bed on which a mother can place her baby. Once the door is closed an alarm bell will alert the NGO's staff to the baby's presence, after the mother has left.

Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil told a local newspaper that the service, to be offered by the NGO OrphanCARE, would give desperate mothers an alternative to abandoning or killing their babies.

"We must not allow ourselves to be held prisoner to the belief that baby hatches encourage premarital sex," the New Sunday Times also quoted her as saying.

Official statistics show 407 babies were abandoned between 2005 and 2009 in Malaysia, a Southeast Asian nation with a population of 28 million people. This year a total of 24 cases were recorded as of April.

Local media in recent months have highlighted cases of newborn babies being abandoned at the roadside or in a rubbish dump, prompting a ruling lawmaker to propose that the fathers of abandoned babies be castrated.




kalau rase nak buang tu.. tak yah pikir panjang - panjang cari je baby hatch ni,
senang sikit, takde la Aku beristifar tiap kali baca berita baby kene buang merata sampai meninggal.. sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak ado gunanya..




Sotong Goreng Tomyam dan Udang sweet sour

Salam

jom try resepi ni, di jamin sedap.. maaf ler kot sesape yg terliur tengok gambo.. kalau nak lebeh afdal, meh la masak tuk berbuka nanti..



Sotong Goreng Tomyam

INGREDIENTS:
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

BAHAN TUMBUK:


5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

METHODS:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong

UDANG SWEET-SOUR
INGREDIENTS:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

METHODS:

1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Selamat memcuba...

Monday, August 23, 2010

Senarai Peserta Contest "Kenangan bersama Ramadhan & Syawal"

Salam...



Sila semak nama kat bawah, kot ade yg tertinggal tolong inform tau, maklumlah aku skrg ni pon tak dpt nk berblog time keje, bz ngan projek program baru dpt, nk menyiapkan pon mau pening kepala ni hah..di tambah pulak berpuasa.. pepaham jelah kan...










walaupun tak ramai yang join, takpelah takde aku pening - pening kepala nak memikirkan sangat nak update senarai peserta tiap - tiap hari. Nanti pemenang akan di pilih melalui juri yang lagi BZ giler dari AKu..haha..padan muko sape suruh volenter diri tu..

kira peluang korang nak menang hadiah cerah, insyaAllah.. aku doakan korang menang..fuhh

Kalau nak join meh la, contest tamat pada 31/8/2010 jam 12 tgh mlm..mana lah tau kot - kot lepas terawih nak join sempat lagi kan.






Saturday, August 21, 2010

Contest : Kenangan bersama Ramadhan

STICKY MODE


Salam Ramadhan,


Kini tibalah masanya untuk menganjurkan "CONTEST KENANGAN RAMADHAN & SYAWAL", contest ini diadakan untuk menyingkap memori sepanjang bulan ramadhan Al-Mubarak dan Aidilfitri yang telah berlalu.


Syarat - syarat pertandingan
1) - Menjadi Follower Blog "A story to remember " dan "SallDann"
2)- Mempunyai Blog
3)- Buat Satu Entri berkenaan contest ini, dan sila copy banner di atas & link balik
4)- Letakkan Banner kat Sidebar dan link ke entri ini
5)- Boleh letakkan 1 @ 2 keping gambar yang Menarik berkenaan Puasa dan Hari raya
6)- Ceritakan serba sedikit mengenai gambar
7)- Nak buat puisi, lagu, pantun, karangan, tulis 2 baris je pon bole saja.
8)- Kemenangan di tentukan melalui gambar & Entri yang menarik hati juri
9)- Dah siap semua di atas, Sila tinggalkan komen beserta link Anda
10)- Berikan sekali Id Follower dan Alamat email supaya senang di jejak.

HADIAH !!!


Tempat Pertama
1 x Lampu Hiasan
1 x 1 helai kain sarung
1 x Home made Coklat





Tempat Ke-2
1 x Cartoon Pillow
1 x 1 helai kain sarung
1 x Home made Coklat



Tempat ke-3
1 x Cartoon Pillow
1 x Home made Coklat@keychain


Saguhati :
5 pemenang
5 x one drop perfume ( sebotol sorang jer)


1 x hadiah mystery untuk seseorang.


nak join CLICK SINI

Jom lah sertai, apa tunggu lagi, mana tau mungkin anda adalah salah seorang pemenangnya.


Operasi Jakim ke Restaurant Pappa Rich


Laporan Ustaz Abd. Halim Zakaria

kisah benar dalam "Jejak Dakwah Lapangan Ustaz Abd. Halim". Operasi Pappa Rich Restoran, 23b Julai 2010, Kepong Prima, Kuala Lumpur.


Bila tersebar sahaja berita di media massa mengenai ayam yang tak sembelih dan penyalahgunaan LOGO HALAL, ramailah yang memberi pandangan tentangnya. Namun mereka (orang Islam) tak pernahpun merujuk kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Maka kita tidak beriman dan mengikut surahan dan peringatan Nabi saw di Khutbah Yang Terakhir, antara sabda Nabi saw; "Berpeganglah kamu kepada al_quran dan SunnahKu, nescaya kamu tidak akan sesat". Oleh kerana kita tidak endah akan suruhan Nabi maka banyak penyelewengan dari berbagai aspek melanda umat Islam kini, khususnya di Malaysia.

Kalau saudara seislam semua nak tahu, logo HALAL yang dala gambar tu bukanlah logo HALAL JAKIM yang terkini, dah bertahun pihak JAKIM mansuhkannya. Pentaulihan HALAL hanya diberi oleh pihak JAKIM dan bukan daripad agensi-agensi swasta seperti yang dipakai oleh Restoran Pappa Rich ni. Sijil HALAL ni tidah sah dan orang Islam ditipu sekian lama.




Sedangkan ia amat meragukan, apatah lagi tempat yang kami buat pantauan (premis penyembelihan) di Jinjang Utara, Kedai Kim Foog Trading, kami dapati tercatat dalam resit belian pada Jun 2010 ialah Restoran Pappa Rich, bernial RM4,623.00 sehingga 10hb Jun 2010. Kami tak tahu Restoran Pppa Rich yang mana, tapi bagi memastikannya kami buat operasi HALAL. Pada pagi Jumaat 23hb Julai 2010, sekitar jam 10 kami buat inspection di segenap penjuru restoran berkenaan. Turut hadir beberapa kakitangan dari JAKIM, Ustaz Amri, JAWI Ust Fatah, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, saya sendiri PUM (wil), bagi mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut.



Ini satu lagi kes, restoran kat PUDURAYA, tepi Mayban, yang menggunakan Sijil HALAL yang tak sah dan dimiliki oleh orang India. Malahan di penjuru atas kanan restoran tersebut ada "menderam"@ pelaris Hindu, supaya ramai pelanggan datang.

Ramai orang Islam ke sana ustaz perhatikan. Siapa pedulikan, firman Allah swt dan sabda Nabi saw;

Firman Allah:


"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik.

(al-Maaidah: 88)

Rasulullah bersabda:

" Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, dan lebih baik dijauhi."

(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Hadis Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya."

(An-Nawawi, Sohih Muslim)




Ayam yang diletakkan di bahagian luar belakang restoran tersebut. Fikirlah kalau anjing selongkar, bagaimanalah keadaannya. Kita pula makan! Sabda Nabi saw:

"...Ingatlah bahawa dalam tiap-tiap badan itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah badan seluruhnya, ingatlah iaitu HATI".(HR. Bukhari dan Muslim).


Renungilah hadis di atas, siang hari kita berpuasa, malam kita banyak beribadah, takut apa yang Nabi saw. menyembut "ramai yang berpuasa, tetapi sekadar dapat lapar dan dahaga",sebab makanan yang tidak halallan thoiyyibah. Doa yang kita pohon tidak diterima dan tidak diangkat ke langit, juga tidak dimakbulkan Allah swt. disebabkan HATI/seluruh rohani dan jasmani kita kotor. Kita makan bangkai, kita banyak berpegang kepada perkara-perkara syubhah yang akhirnya medorong/melakukan kepada yang haram. Sabda Nabi saw;

"...barang siapa yang menjaga dirinya daripada perkara-perkara syubahah sesungguhnya ia bersih dalam agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa terlibat dengan syubahah nescaya terlibatlah ia dalam melakukan perkara-perkara haram..."(HR. Bukhari dan Muslim).

Firman Allah swt; Al-Maidah 3.

"diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini,..."

Sabda Nabi saw dalam hadis yang masyhur;

"Setiap daging yang tumbuh hasil dari yang haram, api nerakah yang lenih utama baginya".

Maka bertakwalah dengan sebenar-benar taqwa dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw. nescaya kita tidak tergolong bersama orang-orang yang sesat, mengikut jejak langkah syaitan... al-Baqarah 168.

"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."

Lalu, tanpa kita sedari kita menjadi penghuni neraka, terutama mengenai soal perkara-perkara yang bersangkutan dengan SYIRIK. Akhir kalam, SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK, mogo kita diampunkan Allah dari segala dosa-dosa yang kita lakukan, insyaAllah.

Di bulan Ramdhan ini, pihak berkuasa JAKIM member kelulusan HALAL kepada setiap hotel-hotel untuk menyediakan juadah berbuka puasa HANYA SEBULAN, namun banyak penyelewengan yang berlaku, terutama hotel-hotel milik orang kafir. Alangkah baiknya zaujah/isteri kita yang masak, alangkah baiknya ayam kita sembelih sendiri dan proses sendiri, tak sampai 20 minit pun untuk seekor ayam. Kita yakin, dagingnya sedap dan HALALLANTOYYIBAH. Doa dan masakan iasteri-isteri Solehah akan lebih diberkati dan kita dijauhi Allah penyakit-penyakit kronik yang berbagai akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan isteri masak, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli diwarung-warung tepi jalan atau pasar malam/pasar juadah ramadan.


P/s : Kalau dah terima, anggap sebagai satu ingatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...