Thursday, September 16, 2010

Anak Chef Wan dah bersalin..

Salam

tadi singgah kat blog http://beautifulnara.com, alahai, anak chef wan si serina dah bersalin, baby boy, kejap je kan, awal tahun kawin, lepas raya dapat anak, hujung tahun anak dah boleh golek - golek.. ..hehe..udah besar la, bunting pelamin..rezeki btui, power la korang ni.

tapi tak boleh tahan dgr nama anak dia, nak wat camner kehendak mak pak dia cam gitu, belit lidah nak sebut nama, takpelah, asalkan sihat, cukup ajaran agama dan comel cam mak dia udahlah kan.. nama baby tu "Tristan Tareef O’luanaigh"...

gambar di copy dari http://beautifulnara.com



gambar anak serina chef wan

Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Serina Chef Wan yang kini bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki yang diberi nama Tristan Tareef O’luanaigh. Makna nama anak Serina Chef Wan ialah “lain daripada yang lain”.

Chef Wan yang turut berada di sisi Serina semasa kelahiran cucunya itu telah pun selamat melaungkan azan ketika itu. Berat Tristan Tareef O’luanaigh semasa dilahirkan ialah 2.85 kilogram.

Tahniah kami ucapkan kepada Serina, suami dan Chef Wan. Semoga semakin meriah keluarga Chef Wan dengan kehadiran cucu sulung ini. Kami doakan agar semuanya baik-baik belaka selepas ini untuk Tristan Tareef O’luanaigh.


diseksa, dibelasah, ditikam.. Ya! Allah kejam nya


Salam...

Dah letih makan lemang, ketupat, rendang dan memacam lagi, rasa macam tetiba banyak pulak kolestrol walaupun baru 5 hari beraya... maknanya 5 hari juga blog aku penuh sampah sarap..hehe

hari ni mood berblogging ade skit walaupun hanya 45% .. aku tau korang pon sama.. nanti petang skit baru citer pasal gambar raya.. malas nk upload picture yg melambak tu..

Dalam 5 hari ni jugak, macam - macam cerita yg berlaku, Takziah di ucapkan kepada keluarga arwah keempat - empat mereka yg terlibat, sungguh kejam manusia skrg ni, meninggalkan kubur yg tidak bertanda pada keluarga yg masih lagi mengharapkan keajaiban..

akhirnya.. kunci kereta milik arwah datuk sosilawati di temui juga..memang sah - sah kerja makluk perosak tu semua..membunuh tanpa belas kasihan, al-fatihah untuk keluarga mangsa.. semoga roh mereka di tempatkan di kalangan manusia yg beriman..


ni entri copy paste drpd mymetro.. so, layan jelah...sedey pulak aku baca


KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam

SELAM...anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut tempat membuang abu mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.


Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya.

Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

BONGKAR...anggota polis membawa suspek menaiki van meninggalkan lokasi tempat abu mayat mangsa dibuang.

Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis

Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.

Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.

Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.

Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.

“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa

“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.

Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek.

BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.

Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

“Pisau milik kumpulan pembunuh itu ditemui selepas salah seorang suspek yang ditahan memberikan maklumat kepada polis. Setakat ini, polis percaya, pisau itu digunakan untuk membunuh semua mangsa berkenaan” katanya.

Menurutnya, dalam operasi kelmarin, polis Unit Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kawasan Sungai Panchau di sini.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran antaranya tulang dan tisu tubuh yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Susulan kes itu, polis memberkas lapan suspek termasuk dua wanita antara Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan suspek berusia 19 hingga 45 tahun.