Saturday, August 21, 2010

Contest : Kenangan bersama Ramadhan

STICKY MODE


Salam Ramadhan,


Kini tibalah masanya untuk menganjurkan "CONTEST KENANGAN RAMADHAN & SYAWAL", contest ini diadakan untuk menyingkap memori sepanjang bulan ramadhan Al-Mubarak dan Aidilfitri yang telah berlalu.


Syarat - syarat pertandingan
1) - Menjadi Follower Blog "A story to remember " dan "SallDann"
2)- Mempunyai Blog
3)- Buat Satu Entri berkenaan contest ini, dan sila copy banner di atas & link balik
4)- Letakkan Banner kat Sidebar dan link ke entri ini
5)- Boleh letakkan 1 @ 2 keping gambar yang Menarik berkenaan Puasa dan Hari raya
6)- Ceritakan serba sedikit mengenai gambar
7)- Nak buat puisi, lagu, pantun, karangan, tulis 2 baris je pon bole saja.
8)- Kemenangan di tentukan melalui gambar & Entri yang menarik hati juri
9)- Dah siap semua di atas, Sila tinggalkan komen beserta link Anda
10)- Berikan sekali Id Follower dan Alamat email supaya senang di jejak.

HADIAH !!!


Tempat Pertama
1 x Lampu Hiasan
1 x 1 helai kain sarung
1 x Home made Coklat





Tempat Ke-2
1 x Cartoon Pillow
1 x 1 helai kain sarung
1 x Home made Coklat



Tempat ke-3
1 x Cartoon Pillow
1 x Home made Coklat@keychain


Saguhati :
5 pemenang
5 x one drop perfume ( sebotol sorang jer)


1 x hadiah mystery untuk seseorang.


nak join CLICK SINI

Jom lah sertai, apa tunggu lagi, mana tau mungkin anda adalah salah seorang pemenangnya.


Operasi Jakim ke Restaurant Pappa Rich


Laporan Ustaz Abd. Halim Zakaria

kisah benar dalam "Jejak Dakwah Lapangan Ustaz Abd. Halim". Operasi Pappa Rich Restoran, 23b Julai 2010, Kepong Prima, Kuala Lumpur.


Bila tersebar sahaja berita di media massa mengenai ayam yang tak sembelih dan penyalahgunaan LOGO HALAL, ramailah yang memberi pandangan tentangnya. Namun mereka (orang Islam) tak pernahpun merujuk kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Maka kita tidak beriman dan mengikut surahan dan peringatan Nabi saw di Khutbah Yang Terakhir, antara sabda Nabi saw; "Berpeganglah kamu kepada al_quran dan SunnahKu, nescaya kamu tidak akan sesat". Oleh kerana kita tidak endah akan suruhan Nabi maka banyak penyelewengan dari berbagai aspek melanda umat Islam kini, khususnya di Malaysia.

Kalau saudara seislam semua nak tahu, logo HALAL yang dala gambar tu bukanlah logo HALAL JAKIM yang terkini, dah bertahun pihak JAKIM mansuhkannya. Pentaulihan HALAL hanya diberi oleh pihak JAKIM dan bukan daripad agensi-agensi swasta seperti yang dipakai oleh Restoran Pappa Rich ni. Sijil HALAL ni tidah sah dan orang Islam ditipu sekian lama.




Sedangkan ia amat meragukan, apatah lagi tempat yang kami buat pantauan (premis penyembelihan) di Jinjang Utara, Kedai Kim Foog Trading, kami dapati tercatat dalam resit belian pada Jun 2010 ialah Restoran Pappa Rich, bernial RM4,623.00 sehingga 10hb Jun 2010. Kami tak tahu Restoran Pppa Rich yang mana, tapi bagi memastikannya kami buat operasi HALAL. Pada pagi Jumaat 23hb Julai 2010, sekitar jam 10 kami buat inspection di segenap penjuru restoran berkenaan. Turut hadir beberapa kakitangan dari JAKIM, Ustaz Amri, JAWI Ust Fatah, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, saya sendiri PUM (wil), bagi mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut.



Ini satu lagi kes, restoran kat PUDURAYA, tepi Mayban, yang menggunakan Sijil HALAL yang tak sah dan dimiliki oleh orang India. Malahan di penjuru atas kanan restoran tersebut ada "menderam"@ pelaris Hindu, supaya ramai pelanggan datang.

Ramai orang Islam ke sana ustaz perhatikan. Siapa pedulikan, firman Allah swt dan sabda Nabi saw;

Firman Allah:


"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik.

(al-Maaidah: 88)

Rasulullah bersabda:

" Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, dan lebih baik dijauhi."

(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Hadis Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu, oleh itu jika kamu membunuh, perbaikilah cara membunuhnya. Apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara sembelihannya serta tajamkanlah pisaunya untuk memudahkan penyembelihannya."

(An-Nawawi, Sohih Muslim)




Ayam yang diletakkan di bahagian luar belakang restoran tersebut. Fikirlah kalau anjing selongkar, bagaimanalah keadaannya. Kita pula makan! Sabda Nabi saw:

"...Ingatlah bahawa dalam tiap-tiap badan itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah badan seluruhnya, ingatlah iaitu HATI".(HR. Bukhari dan Muslim).


Renungilah hadis di atas, siang hari kita berpuasa, malam kita banyak beribadah, takut apa yang Nabi saw. menyembut "ramai yang berpuasa, tetapi sekadar dapat lapar dan dahaga",sebab makanan yang tidak halallan thoiyyibah. Doa yang kita pohon tidak diterima dan tidak diangkat ke langit, juga tidak dimakbulkan Allah swt. disebabkan HATI/seluruh rohani dan jasmani kita kotor. Kita makan bangkai, kita banyak berpegang kepada perkara-perkara syubhah yang akhirnya medorong/melakukan kepada yang haram. Sabda Nabi saw;

"...barang siapa yang menjaga dirinya daripada perkara-perkara syubahah sesungguhnya ia bersih dalam agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa terlibat dengan syubahah nescaya terlibatlah ia dalam melakukan perkara-perkara haram..."(HR. Bukhari dan Muslim).

Firman Allah swt; Al-Maidah 3.

"diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini,..."

Sabda Nabi saw dalam hadis yang masyhur;

"Setiap daging yang tumbuh hasil dari yang haram, api nerakah yang lenih utama baginya".

Maka bertakwalah dengan sebenar-benar taqwa dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah Nabi saw. nescaya kita tidak tergolong bersama orang-orang yang sesat, mengikut jejak langkah syaitan... al-Baqarah 168.

"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."

Lalu, tanpa kita sedari kita menjadi penghuni neraka, terutama mengenai soal perkara-perkara yang bersangkutan dengan SYIRIK. Akhir kalam, SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK, mogo kita diampunkan Allah dari segala dosa-dosa yang kita lakukan, insyaAllah.

Di bulan Ramdhan ini, pihak berkuasa JAKIM member kelulusan HALAL kepada setiap hotel-hotel untuk menyediakan juadah berbuka puasa HANYA SEBULAN, namun banyak penyelewengan yang berlaku, terutama hotel-hotel milik orang kafir. Alangkah baiknya zaujah/isteri kita yang masak, alangkah baiknya ayam kita sembelih sendiri dan proses sendiri, tak sampai 20 minit pun untuk seekor ayam. Kita yakin, dagingnya sedap dan HALALLANTOYYIBAH. Doa dan masakan iasteri-isteri Solehah akan lebih diberkati dan kita dijauhi Allah penyakit-penyakit kronik yang berbagai akibat makanan tidak HALAL.. Pahala makan isteri masak, pahala makan bersama keluarga jauh lebih besar dan afdalnya dari makan/beli diwarung-warung tepi jalan atau pasar malam/pasar juadah ramadan.


P/s : Kalau dah terima, anggap sebagai satu ingatan

Friday, August 20, 2010

Hadiah dah sampai, Thanks Ida


Salam ceria di pagi ramadhan

Kepala ni pusing - pusing skit sebab bangun tito lambat, keje pulak masuk jam 7.30 pagi, hah! jgn tak tau aku masuk awal, balik pon awal gak. 6.45am aku dh gerak dari rumah, kete memang banyak siot, perut pulak meragam. tensen, naik turun napas aku menahan gelodak perut meronta - ronta mintak keluar..keh..keh..keh..penangan makan sambal petai tak hingat semalam..oppss

Firstly nak ucapkan terima lasih kat ida rahayu kerana hadiah yang di janjikan udah sampai dengan selamat kat opis, berebut bebudak ni nak tau, depa ingat kuih raya..hish.. sib baik barang letrik, satu je pulak tu, kalau tak naya kene kongsi, itu pun nyaris - nyaris cawan 2 biji kene bawak lari.. hehe.. meh layan picture kejap.. Alhamdulillah, barang sampai tanpa ade sebarang serpihan...

Cofee Maker
1st runner up





Thanks ida rahayu, Seronok dapat hadiah. Kepada yang nak dapat hadiah best gak, meh la join contest anjuran Aku dan my frenz sall, banyak hadiah menarik di sediakan. manalah tau ade rezeki korang lepas ni. pada sesape yg nak minum kopi, meh la jemput dtg umah..hehe..

Terima kasih Ida Rahayu
best hadiah ni..

oklah sambung keje dulu
jap lagi update citer lain pulak..






Sedap Cream Puff Jagung Ni..


Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

· 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

· 100 gm butter (butter cup sedap)

· 250 ml air

· 1/2 sudu teh gula

· 3 biji telur



· Bahan-bahan untuk inti jagung

· 1 cawan air

· 1/2 cawan susu cair

· 1 cawan jagung dalam tin (ayam brand)

· 1/2 cawan tepung kastad

· 5 sudu besar gula



Cara-cara untuk puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.

2. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan

3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer


4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang


5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap

2. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


okaylah, kepada yg nak mencuba resepi ni, selamat mencuba, inti tu boleh di tukar kepada colat cair atau strawberi pun sedap gak. Selera masing - masaing, tapi tak rugi pon buat sebab senang mudah dan kenyang.. budak - budak pun suka.





Thursday, August 19, 2010

Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...FAKTA....sirius....

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, janganlah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Alhamdulillah, Aku Pelawat ke 100 dan dapat Hadiah

Salam Ramadhan..

Pagi ni blogwalking ke blog rakan - rakan blogger dan singgah juga ke blog http://www.gnesop.com/. Tak sangka pulak kat situ ada di selitkan hadiah untuk pelawat yang ke 100/500/1000. So, Aku pun dengan tidak sengaja (ye ye) menjadi pelawat yang ke 100, maka salah satu hadiah itu pun menjadi milik diri ini (cewah)..



Terima kasih untuk genesop.com
semoga murah rezeki dan senyum selalu

Alhamdulillah..



hayati dan renugkanlah

Salam Ramadhan


Sinaran kosmik daripada bintang - bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan bahaya kepada muka bumi, saintis mendakwa sinaran itu juga di kenali sebagai RADIASI yang boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira- kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang mengunakan tangan kanan, hidup lebih 9 tahun lebih lama dari mereka yang bertangan kidal.

Secara Purata, seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayat.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan, tetapidi filipina ia adalah sejenis senjata berbahaya.

Hanya terdapat 4 buah negara di dunia bermula dengan abjad D, Denmark, Dominica, Djibouti dan Republic Dominica.

Setiap tahun, selat inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300mm.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu A.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

Kerosakan otak akan berlaku bila suhu badan meningkat melebihi 41 darjah celcius.

Badak air mampu berlari pantas dari manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran lebih daripada 3 km.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan lebih 80% haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai - anai boleh hidup sehingga 500 tahun dan menghasilkan telur 30,000 telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu di anggarkan 23 juta padu di dunia cair pada suatu ketika, kandungan air laut meningkat ke 1.7%. Peningkatan ini akan menaikan kira-kira 60 meter daripada asal, dan sebahagian tanah akan bertukar menjadi lautan.

Sungai "huang ho" digelar sebagai sungai derita kerana kerap meragut ratusan nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali berat badannya dlm masa 36 jam.

Ayam boleh menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Jika anda menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup unutk memanaskan secawan kopi.

Pada tahun 1848, Air terjun Niagara berhenti mengalir apabila ais bongkah menghalang sungai niagara daripada mengalir ke arah air terjun.

Buaya tidak boleh menjelirkan lidahnya, kerana organ itu melekat pada lelangit.

Ikan Haruan dapat mengesan 27ribu jenis bau, sealigus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru di Australia tidak boleh melompat jika eornya tidak menyentuh bumi, ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Produk pertama yg mempunyai Barcode untuk memudahkan proses pembayaran ialah "chewing gum" wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam ecuali Venus yg melawan jam.

Jka usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut 1 juta setiap orang.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negara korea, dalam bahasa ibundanya seoul bermakna "ibu negara".

Orang jepun gemar memelihara ikan emas, kerana ia dpt mengesan gempa bumi dgn melompat eluar akuarium beberapa jam seblm gempa bumi.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh yg lama, ia akan mati lemas kerana air masuk ke dlm mulutnya.

Maharaja ke-4 Moghul, jahangiryg memerintah dr 1605 hingga 1627, mempunyai 300 iteri, 5000 gundik, serta 1000 anak muda untuk menghiburkkannya.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan meninggal dunia, dan 240 bayi akan lahir, Mengapa? kerana pertambahan populasi dunia di anggarkan 140 orang seminit.

Wednesday, August 18, 2010

Jom Makan sepuasnya dengan RM2 sahaja



Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.


SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.
"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruhMalaysia.

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.

Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

"Saya rasa ini restoran yang pertama diMalaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.

"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.

Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.

Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.

"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.

p/s : Moga Murah rezeki owner restoran , RM2 jer.. moh le ramai2 booking tempat.