Tuesday, December 25, 2012

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Assalammualaikum...

Lepas baca ni, terus rasa mcm 80% sebab aku gemuk adalah termasuk dalam cerita di bawah, terima kasih kepada admin amRF, SUMBER utama cerita ini..


gambar sekadar hiasan cerita



Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua?

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.

p/s : buat bekalan untuk mengingati diri sendiri yg mudah lupa....

AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalammulaikum...

Jom kita amalkan perkara-perkara berikut, inn sha Allah.. tahun 2013 kehidupan kita akan bertambah pahala dan rezeki.. amin






AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI


1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah al-waqiah
7. selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki. tak dapat buat semua, buat yang mana mampu. sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan.

P/s : copy dari FB untuk peringatan diri sendiri...

Sunday, December 23, 2012

Anak kecil berumur setahun dibunuh dan dibakar kejam

Assalammualaikum...

Terperanjat pagi-pagi bila baca berita online dari MynewsHub, berita utama tentang budak berumur setahun telah dibunuh dan dibakar sehingga rentung, ingatkan negara lain, YaAllah!! rupanya kat negara kita jer..

Apalah dosa budak yang berumur setahun tu, pembunuh ni bukan kejam lagi dah, tapi dia sebenarnya gila dan tiada perasaan terhadap anak kecil..



Dalam malaysia ni ramai orang yang sakit otak...harap sangat pembunuh tu dapat ditangkap dan jatuhkan hukuman yang setimpalnya...

Sumber... KLIK SINI

p/s : banyak kes brlaku skrg ni, jagalah family dan masyarakat, semampu yg kita boleh... jgn tutup sbm mata

Saturday, December 22, 2012

Birthday today....

Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ni genaplah umur ku yang ke 33thn, bila tgok angka umur tu, rasa mcm dah matang la sangat, hahaha, nk cakap tua tak sanggup ler..

Harapan sy moga tahun akan datang, sya lebih kurus sikit berbanding tahun-tahun yang sebelumnya dan perancangan tahun hadapan yg dh hampir penuh dalam calender awal tahun 2013 berjalan dengan suksesss... tak sabar jugak tgu planning yg dibuat menjadi..



Planning 2013.. fuhh, banyak jugaklah..
krabi
moto baru
kete baru
gunung kinabalu
USS.......
pehhh....berasap poket ... harap lebat la poket tahun 2013 ni...amin


Mood sya hari ni kene lah 100% happy.. terima kasih buat rakan2 yg sudi wish Happy birthday, sama ada di FB, Whatsap , SMS dan blog...

Anda semua memang terbaik...



Sunday, December 16, 2012

X5Bersih SMBBS 1996

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhan, akhirnya berjumpa jugak dgn a few friends dr sekolah menengah dulu,  last week we ada buat simple reunion di NZ kedai mamak depan KLCC, tempat strategik juga.. walaupon tak rajin masuk KL, tapi di sebabkan kawan2 yg dah lama tak jumpa, aku gagahkann diri pegi sana.

Dulu masa zaman sekolah menengah, aku sekolah Perempuan  di puteri titiwangsa jalan temerloh dr form1-3, pastu masuk form 4-5, aku sekolah dekat rumah,jalan kaki pon kejap je kan, nama sekolah tu Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul.. Masa memula smpai sekolah tu aku kene culture shock skit, sebab kene bersekolah dengan budak lelaki, adoila... punyalah nakal, bebudak lelaki kat situ... hahaha

So, bila masing2 dah get older, rasa kenangan tu semua kelakar jugak..nakal, degil, menyakat, semua ada lah..

To all my beloved friends, harap hubungan ini berkekalan until jannah..

ni salah seorang my classmate - eisya rahman, hari tu dia tak dpt join sebab bz skit..




Moga berjumpa lagi with you all punya family, baru havoc skit..hehe

Luv u all

My turn - Durian Crepe

Assalammualaikum..

Sekarang ni bila tgok kira dan kanan jalan, ramai sungguh yg jual durian, nak suruh makan tak daya dah rasanya.. bila tengok blog kawan-kawan yang lain ramai jugak yg suka buat doyan crepe.

Jadi misi hari ni macam nak buat doyan crepe..


Resepi amik dari blog my resepi - Ni LINK - kredit utk tuan punya resepi


Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.
Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.




so, kita cuba resepi yang ni dulu eh.. dah siap kita upload gmbar doyan crepe kita..

harap la menjadik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...