Wednesday, October 05, 2011

Kisah Mimaland (Kenangan 1971 - 1992)


Assalammualaikum

Mungkin ader yg pernah mendengar kisah mimaland ini, last week aisha ader dpt email ttg kisah  ni.. tak sangka pulak, rupanya ada kisah di sebalik penutupannya..

Jom kita layan..

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-modeldinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakanpada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapadakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.


Dahulu



Sekarang




Cerita - cerita dulu

1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak) 

1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland. 

1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.   


Inilah papan luncur yg dikatakan meragut nyawa seorang warga singapura..

Kesimpulannya :-

Tempat ini mmg sudah menjadi sejarah, kawasan ini tidak lagi di bangunkan langsung,  berapa agaknya kos utk buat semua ni yer... maunya juta2 kot

kesian owner ni kan, gulung tikar akhirnya..dgn jayanya..aku try google citer pasal mimaland ni, owner tanah ni magnum cooperation ( ni kedai no ekor kan )..huhu...patutlah tutupp

14 comments:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

saya ingat lagi iklan die kat tv..
masa tu kecik2 lagi, rasa dlm thn 88 kot..
dlm hati mmg berangan nak men paddle boat kat situ, maklumle masa tu kureng benda2 alah gitu..
ooh rupenyer kes tu die ditutup yer.. huhuhuhu

Nad @ MamaZakwan said...

penah pegi skali jek
masa tu tadika kot..
mak aih, maknanya 25thn yg lepas!!

Nana said...

aku ada baca dalam forum pasal tempat ni
nostalgia je
penah la kecik2 dlu tingin nak g
tapi xkesempatan
dah ttp

SyaNa said...

tempat mak aku dating dulu2
hahahaa

amiey lee said...

pernah pegi masa kecik2..ayah n mak bawak kat sana..tapi memeori kt sana tk berapa nk ingt..cuma ingt penah pegi n bergambar ngan dinososur..

Iela Fazielah said...

oo itule sejarahnyer.. thanks sbb bersusah payah korek cerita.. ila pun xtau kisahni

tiefazatie said...

ada gak baca psl cte hantu kat sini..hehe

LYAfrina said...

huhu..lya x pnah tau pasal tmpat ni... sbb msa tu lya kecik lg.bru umur 2-3 thn kot.. jd mmg xtau lgsung psl tmpat ni... kalo g2 la... mmg mkn kos bjuta nk bngun tmpat ni

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mak cakap tempat ne dulu paling glamer

ilasya said...

salam dear,juz want to share,one of managing board mimaland ni arwah atok saya..untuk pengetahuan semua,saya dan keluarga masih tinggal di mimaland, jemput datang rumah :)

Anonymous said...

Die kat are mane ek? Nk pg la sbb nk kne investigate psal bnde nih.. Anybody, plz respon to my email.. asyraffazry@yahoo.com..

Dieyna said...

huhu. tokey magnum upenya

Anonymous said...

Xpena lgsg tau ia wujud....

Dzulkifley Mohd. Said said...

Tahu sgt tempat ni Kak CT..

Time-time tadika sekitar 80-an ayah selalu bwk jalan2 kat sini. Naik bot angsa tu lagi. Sampai sekitar saya Darjah 5 dan 6 pun ada pergi lagi..

Tahun2 80-an tempat ni memang popular. Time tu mana ada Sunway Lagoon ke, Wet World ke, AFamosa ke..

Story of me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...