Showing posts with label apam polkodot. Show all posts
Showing posts with label apam polkodot. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Apam Polkodot untuk Tempahan

Assalammualaikum

Sedia menerima tempahan Apam Polkodot dan Apam Ladybird Berinti untuk Majlis Jamuan Makan, HariJadi,Cenderahati atau untuk dimakan.

Lokasi Penghantaran  
Rawang / Sri Damansara - hari kerja/ hujung minggu
Sentul / Batu Caves  - hujung minggu sahaja

Harga  
50Pcs RM15 dan 100Pcs RM30 untuk Apam Polkodot
50Pcs RM16 dan 100Pcs RM32 untuk Apam Ladybird

Minimum Order
100 pcs

Inti Apam
Kaya
Strawberi
Peanut/kaya
Coklat
Blueberry

Cara Tempahan
Sila emailkan maklumat tempat penghantaran
Apam Jenis dan Inti  yg di kehendaki
Minimum Order yg diminta
Tarikh Penghantaran 

Sekiranya Berminat, Sila Hubungi
Aisha Aminudin untuk Tempahan dan sebut Harga sekiranya tempahan melebihi 500pcs.
Contact No : 018-2699484 ataupun email aisha di sini najwwa@gmail.com atau sitihaisah@epsontoyocom.com

Segala tempahan Apam mestilah dibuat 3 hari sebelum Tarikh penghantaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses penghantaran. Harap Maklum





Terima Kasih.



Thursday, February 23, 2012

Apam Order dari Cik As


Assalammualaikum

Selamat pagi semua, weekend hr tu aisha ada buat tempahan apam dari cik As, 100 biji hanya RM30..dlm apam ni ada inti blueberry dan Kaya..

Alhamdulillah..sedap dan gebu jer apam ni..

Ni 1st percubaan menjual apam polkodot, diharap ada lagi yang sudi order, insyaAllah..

jom layan gambar




Alhamdulillah rezeki..



Wednesday, February 15, 2012

Apam Polkodot dan Ladybird


Assalammualaikum

Hari minggu lepas aisha ada buat gathering dgn BFF dari zaman skolah menengah..nak cakap kami dh lama tak jumpa, kira mcm tu jugaklah sb kami smua sgt Bz dgn kehidupan masing-masing, tapi still keep in touch..

Ni nak citer Apam polkodot yang dibuat untuk hari tersebut, Bila dah buat apam ni..Fuhhh!! terus jatuh cinta sebab sangattt comel dan sayaaang nk makan..haha..seyes suka dgn hasil tangan pada hari tersebut..

Jom layan gambar

Apam perisa strawberi dan inti coklat and Kaya..sedaap la jugak!!!





Sorry la...kualiti gambar sgt teruk..tepon mahal tu sungguh tak berkualiti bila bergambar..haha..memang nk kene guna hphoone Nokia pemberian encik suami bila bergambar..lagi jelas dan cantik..

korang dh try buat? resepi apam amik dr blog Cik Tom.. tapi ada buat alteration skit sb nmpk mcm keras la pulak..

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.



Selamat Mencuba!!!!