Friday, September 24, 2010

HKMAH SUJUD sewaktu bersolat



Salam

Tahukah Anda Hikmah bersujud, kat sini ade serba sedikit infor tentang kelebihan bersujud...

Meh Layan skit, kot - kot boleh di ceritakan pada kekawan yg lain..

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

c) Melegakan sakit hernia.

d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the ungs )

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS.

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

o)Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.


Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta,
sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.


Thursday, September 23, 2010

Hari ni dapat 2 surat...dan Aku

Salam semua..

Hari ni aku received 2 surat dan satu dari Anmum, satu lagi dari 7-eleven, yg dari anmum dapat sekali bungkusan susu FREE lepas tukar dengan pencedok susu, Alhamdulillah, dapat jugak susu free.. Padahal aku dah tukar susu.. hariz dah tak minum Anmum, tapi aku tukar dgn susu enfagrow, susu Anmum yg free ni akan di sedekah pada jiran.



surat daripada 7-eleven pulak suruh amik hadiah CD raya, mungkin akan aku sedekahkan pada adik aku, sebab dia tukang amik hadiah ni kat berjaya times square, tmpt dia kerja..rezeki ko la dik...



DAN ....

hari ni mood aku tension bagai nak giler, smalam repair satu machine, keluar bunga api..huahhh.. tension nye, hari ni bila senior aku yg repair dan aku hanya follow jer, tapi...result still sama, keluar bunga api gak.. maknanya tuhan nak tunjuk yg bukan salah aku masa troubleshoot bende tu.. tapi bende tu yg sensitip giler.. YA!Allah dugaan sungguh

Memang dari smalam sampai pagi ni aku down.. buat kerje pon muka masam macam nak pegi berperang, abis semua manager datang kerumun kat senior aku, dia pun dah cuak.. apatah lagi aku yg dh tahan - tahan airmata..sib baik tak keluar..huaahhhh

Inilah dugaan kalau bekerja dengan elektrik, bende tak nampak, tawakal aje lah .. bila dah sepuluh tahun buat kerja camni, rasa macam nak tukar kerjaya pulak..macam dah serik pulak rasanya mengadap bende ni.. hemmm..emmm..

kalau aku cakap dengan laki aku, mesti dia balas.. "tiap - tiap tahun pun cakap nak berenti kerja, tapi bila dapat bonus, mesti tak jadi"... heheeee..

bang ...company mana nak bagi bonus 2 bulan, walaupun ekonomi gawat.. kira masyuk jugak.. Annual leave banyak, casual leave pon ade, sabtu ahad cuti, masuk keje jam 8 balik 5..haha..., boleh outstation lagi, tapi bila kene camni yg tak seronok nak bekerja.. gamaknya kene bisness kot..

entahlah.. dah nasib badan..rezeki Allah bagi.. Aku terima dengan reda..




Wednesday, September 22, 2010

BabyIbu Giveaway: Weego Bottles


Salam

Jom join contest anjuran @BabyIbu dan Weego

Ada 2 kategori yg dipertandingkan

yg di tawarkan!!

2 Hadiah Utama: Satu botol Weego pilihan hati
3 Hadiah Saguhati: Voucher diskaun botol Weego 20%

Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut


*******************************************************************

APA tu WEEGO ??


Weego Mengeluarkan Product Botol susu yang di reka khas dari kaca dan dijamin 100% mesra alam, selamat dan sesuai untuk digunakan.



APA KELEBIHAN PRODUCT WEEGO ?

  • direka khas sehingga anak anda membesar dengannya
  • Balutan silicon dpt melindungi botol drpd pecah dan pegangan yg kemas semasa proses menyusu.
  • Boleh direbus bersama balutannya dan boleh digunakan untuk mengisi susu ibu (simpan dlm freez)
  • Tiada (BPA) (PVC) free, Silicone sleeve tiada toksic, Putting Bottol Latex free

TAHUKAH ANDA !!

Apa Itu (BPA)
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi.
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman.
Apa Itu (PVC)
Polivinil klorida (IUPAC: Poli(kloroetanadiol)), biasa disingkat PVC, adalah polimer termoplastik urutan ketiga
dalam hal jumlah pemakaian di dunia. Boleh menganggu sistem pertumbuhan manusia sekiranya terdedah pada bahan ini.

DAN WEEGO PRODUCT DIJAMIN
TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG BPA, PVC atau TOKSIK



ANTARA PRODUCT YG DIKELUARKAN


Botol for 9oz - click here for detail
Price: RM69 (excluding delivery cost)


Botol for 4oz - click here for detail
Price: RM49 (excluding delivery cost)



AND
* Accessory




ANDA BERMINAT DAN
NAK BELI PRODUCT WEEGO ?


BABYIBU.blogspot telah dilantik secara rasmi sebagai DUTA produk ini,
sebarang pertanyaan sila berhubung dengan babyibu atau

HP No: 0126737757

Kalau Order insyaAllah sampai punya

Bermacam warna pilihan hati ada kat sini

Model ni Anak Baby Ibu ya...


SILA KE BLOG BABYIBU ATAU WEEGOO untuk sebarang pembelian
harga insyaAllah berbaloi - baloi..

Photobucket

**********************************************************************

PANTUN UNTUK WEEGO

Cantiknya botol berwarna warni
sukanya hariz peneman tidurnya
weego botol yang cantik sekali
rekaan terkini citarasa bergaya

Bebas dari BPA dan PVC
pastinya toksik tiada lagi
Ayah dan Ibu menjaga rapi
pasti yang terbaik dari kami

untuk melindungi dari retak dan pecah
botolnya kaca dibalut silicone sleeve
direbus boleh, disejuk apasalahnya
itulah istimewanya botol weego yang asli

Biru, pink, kuning dan merah
Banyak pilihan buat anakanda tercinta
harganya berpatutan dan berbaloi sentiasa
Weego botol yg selamat kegunaanya



GO..GO.. WEEGO