Wednesday, October 20, 2010

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST



Salam

Kali ni Aisha join contest anjuran Anas
syarat2 penyertaan ada di SINI

kategori yg hariz masuk adalah 1A iaitu
1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)

Gambar Hariz yg memakai Jubah

Nama : Azry Hariz
Umo : 1 tahun 5 bulan
Tarikh Lahir : 29/4/2009
Kategori : 1A

Harapan ibu dan Ayah :
"kami doakan yang terbaik untuk hariz, moga hariz menjadi anak yg mendengar kata
ibu dan ayah, sihat selalu dan sentiasa ceria, Ingatlah pesan Ibu dan Ayah dan jadilah anak yg soleh bukan hanya untuk dunia tetapi akhirat juga "


kali ni aisha nak TAG

Sall
mama najla

tamat penyertaan pada : 20/10/2010


Tuesday, October 19, 2010

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Aidil Masih Sayangkan Rita Sepenuh Hati

rita rudaini aidil

Macam filem Hindustan. Itulah yang dapat kami konklusikan daripada kisah rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil ini. Semua watak pun ada. Watak keluarga mentua yang tidak dapat menerima menantu. Watak seorang suami yang penyayang dan cuba pulihkan hubungan isteri tercinta dengan keluarganya. Dan paling penting, watak Ayu Raudhah yang menempel di sebalik kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Rita Rudaini yang kini hamil 2 bulan. Walaupun bergaduh, tapi masih sempat lagi meramaikan umat Islam di muka bumi. Teringat kata orang tua-tua yang pernah kami dengar. Kalau makin kerap suami isteri bergaduh, maka makin banyaklah anak yang akan keluar nanti. Nanti kami dah kawin nanti nak gaduh selalu lah.

Dan sebenarnya hubungan Rita Rudaini dan Aidil masih teguh dan kukuh. Aidil masih menyayangi Rita seperti mana di awal perkahwinan mereka dahulu. Kata Aidil:-

Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya. Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan. Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet. Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali.


Respek dan kagum kami dengan Aidil. Walaupun masih muda terserlah bakat kepimpinan seorang suami di dalam kata-katanya itu. Marilah kita sama-sama doakan agar hubungan mereka akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terlalu banyak kisah penceraian yang kita dengar di kalangan artis selama ini. Semoga mereka tak termasuk di dalam golongan tersebut.

P.S: Bila agaknya Zakuan nak datang merisik Ayu Raudhah? Kesian kami tengok Ayu Raudhah canang kat semua suratkhabar pasal rombongan merisik Zakuan. Datangnya tidak jugak.

Attention tuk Pemenang Hadiah Misteri


Salam..

Sorry..again..and again.. sebab lambat nak mengepos hadiah misteri ni,

Alhamdulillah, demam dan sakit badan dah takde, jap lagi semua hadiah ni akan di pos, semoga korang semua gumbira dgn hadiah yg tak seberapa ni..

buat pemgetahuan korang ada 2 org yg tidak menghantar email kepada aku, jadinya TIADA hadiah untuk 2 org itu..harap maklum

Jom layan picture hadiah misteri itu..ape tu?...hehe..nanti dah received baru korang akan tahu..

barulah misteri kan..!!



Total hadiah misteri yg akan di pos hanya 8 orang dan untuk adik anis..


Malam ni akak akan Top up hand phone adik sebanyak RM20.00

jadi, selamat bergumbira dgn Top up tu..

okaylah, tahniah pada semua pemenang ..

listing pemenang ada kat SINI