Friday, June 25, 2010

.. Pilih Ibu atau Anak??


Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ..?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

p/s:
Jika kita berada di dalam keadaan si suami .. APA yg HARUS KITA LAkUKAN ??

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.


Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh? 2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu? 3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak lagi.....


Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.



3 comments:

LYaFRINA said...

baca n3 ni.. betul2 m'ingtkn kisah lya.. ttg PILIHAN.. pilihan y sukar dlm kehidupan...

lya sndiri pernah mhadapi situasi untuk memilih nyawa sendiri atau asya(ketika itu dlm kandungan)...
tapi pilihannya.. asya..sbb mana ada ibu y sanggup lakukan semua tu. asya time tu dh 6 bln dlm perut..

Dan time koma.. sekali lagi suami lya harus mbuat pilihan.. antara lya @ anak..pilihan y sukar.. dengan berat hati, suami memilih lya.. & suerat penguguran asya telah ditanday=tangani walaupun berat.. cz time tu lya kritikal.. n akhirnya... KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA..

patutnya ptg itu juga asya digugurkan.. tp kerana sygkn asya.. ingin bersama dulu..ditangguh pagi esk..krn penangguhan itulah telah menyelamatkan nyawa asya.. akhirnya asya tentang hingga mengejutkan saya y koma sekian lama.. akhirnya.. asya lahir..

AJAIB,... ITULAH KUASA ALLAH.. SESUNGGUHNYA.. MEMBUAT PILIHAN DLM KEHIDUPAN ADALAH AMAT SUKAR. MAKA, ALLAH LA PETUNJUKNYA.

AishaAminudin said...

betui tu..kekadang org yg berada d dlm dilema ni, sukar nk d ungkapkan dgn kata2.. berat mata mmdg berat lg yg memikulnya.. itu yg terjadi pada kawan aisha...

Iela Fazielah said...

bila baca tntg ini.. barulah kita terfikirkan... thanks 4 ur info Adyshariz...