Friday, March 30, 2012

Kejadian Berguling-guling di pasaraya


Assalammualaikum

Semalam singgah di Jusco Rawang untuk shopping sedikit barangan dapur, dalam waktu nak bershopping tu kene pulak menangani masalah si hariz yang emo tak abis2 dari rumah.

Kat Jusco boleh pulak dia mintak macam-macam bende, bila cakap tak boleh dia akan mengamuk berguling-guling atas lantai..aduhai, puas gak la pujuk-pujuk dia tapi takmo jalan jugak.



Jadi , nak atau tak nak..terpaksalah melayan kehendak dia, beli berus gigi untuk ayah, ibu dgn hariz pon kene ada, beli sabun mandi pon camtu jugak, konon nk beli 1 set, tapi dia amik 3 sekali..aduhai, aku layan kan aja smpai waktu nak bayar, aku mintaklah en.ady letak balik barang-barang yg extra tu.. adalah dekat separuh troli gak..kesian ayah...azry oiii

Jenuh la jugak melayan feel dia skrg, kalau tak bagi berguling atas lantai pulak budak ni, sabar je lah... nak marah pon tak guna, just nasihat mana yg patut.. 

Sampai rumah jer, dia mintak susu dan bantal bucuk dia..lepas aku bagi susu, dia carik pot atas sofa dan terus tidur, hmmmm...patutlah, feeeeel nak tidor rupanya, hadoi penat 2 jam melayan kehendak dia di jusco rawang..apa pon tak boleh...

Penawar dikala hati duka
Azry hariz belaian jiwa



3 comments:

Jaa said...

haha, pernah gak mengalami kejadian camni..orang keliling tengok jer kan... tapi alhamdulillah, nasib baik masih boleh dipujuk...

Sidratul Muntaha said...

budak yg aritu kate demam tpi bila possing kamera senyum sokmo!!

AkmaFaizal said...

huhuhu..awak n suami memang penyabar orgnye..anak2 saye, kalu buat perangai dh makan penampar or cubit2an dah..hehe

tag awak join ga ni http://www.akmarwati.com/2012/04/win-coach-wristlets-at-babyibu_04.html