Friday, July 30, 2010

Jamban oh Jamban

ini bukan Jamban aku.. ini encek goggle punya
sian dia..



JAMBAN...

Kewujudanmu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan.Ketiadaanmu
merupakan masalah besar bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Kau berada di mana jua di saat kami memerlukan. Aku tahu ramai yang membencimu. Cuma mereka akan ingat pada mu bila tibanya detik-detik yang meresahkan itu.Ramai yang berkata...baumu kurang menyenangkan. Tetapi, mereka lupa, bau

itu bukanlah bau asal dirimu. Bau itu sebenarnya datang dari perut mereka
dan juga perutku ini. Ada perut yang mulia dan ada juga perut yang menerima apa sahaja, walaupun hasil itu bukan yang diterima hukumnya.

JAMBAN...
Kadang-kadang aku berasa kasihan dan simpati mengenangkan nasibmu
yang terbiar tanpa penghargaan. Mereka menyumbat mulutmu dengan baja semula jadi itu dan kemudian mereka mengutuk dan mencacimu. Sungguh besar pengorbanan yang kau lakukan. Namun jasamu tidak dikenang. Bagiku keujudanmu

adalah simbolik di dalam kehidupan yang penuh ketidakadilan ini.Yang bertenggek di atas terus menyalahkan sesuatu yang dibawah...yang lemah dan tidak mampu melawan.
JAMBAN...
Aku berasa sungguh tenang setiap kali dapat bersamamu. Segala
masalah bagai dapat aku lupakan. Terasa lapang dadaku...terasa lega mindaku.
Fikiranku menjadi tenang setenangnya air di dalam aquarium yang tidak berpenghuni. Kaulah sumber ilhamku. Kadang-kadang aku terfikir...adakah Shakespere juga menyanjungi kewujudanmu?
JAMBAN...
Ketika aku menulis catatan ini...aku tahu...karya sebegini tidak
akan terpilih sebagai Karya Terbaik Minggu Ini...Kerana tajuknya 'JAMBAN'. Jika anugerah itu diberikan...pasti ramai yang akan mempertikaikannya.Eeee....kotor dan menjijikkan...macam la tak ada benda lain yang nak ditulis. Sudah banyak daerah dan negara yang aku lawati.. Namun aku tidak pernah mendengar sebarang penghargaan yang diberikan kepadamu. Misalnya...'Jamban Terbaik Minggu Ini'...Ataupun sekurang-kurangnya...'Jamban Terbaik Abad Ini'. Mungkin tiada siapapun yang akan terfikir untuk memberi anugerah seumpama itu kepadamu. Kau bukan bunga...kau bukan batu permata dan kau bukan juga lambang semangat muhibbah dan kejiranan.

JAMBAN...
Ribuan terima kasih aku ucapkan atas jasamu selama ini...Dan terima
Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang melibatkan diri di dalam usaha
pembersihan jamban. Aku tahu kerjaya seumpama itu selalu dipandang hina dan langsung tidak mendapat perhatian. Bayarannya juga amat sedikit dan mengharukan. Namun aku kagum dengan kesanggupan kalian kerana aku tahu...Aku juga mungkin tidak mampu untuk melakukannya. Jika ada yang menghina...bersabarlah...walaupun kerja itu kotor namun hasilnya adalah HALAL


JAMBAN... Sampai di sini sahaja yang mampu aku tuliskan untukmu sebagai penghargaan. Telah lama aku terfikir untuk menulisnya....Dan sekarang aku sungguh lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku di kalbuku selama ini. Hari ini aku tak berapa sihat....jadi aku nak tidur awal sikit. Nanti bila aku terjaga pasti kita akan bertemu lagi. Aku tahu kau tak akan lari. Kau sentiasa setia menanti di situ.

Nota kaki : aku tau korang pon camtu.. bole ker idup tanpa Jamban..
fikir - fikirkan...slamat termenung


10 comments:

Anep™ said...

jamban mcm nie best...
feeling je rase..
lg2 tgh mlm..hahah

maslinamansor said...

wajib ada jamban.... kalu tak nak lepas hajat kat ner... :)

sweetsal said...

tu jamban org dulu2, alahai..

Zaidah said...

memang kena ade jamban...klu tak ade jamban...tak cukup syarat...

sall said...

Teringat dolu2. Arwah abah buat jamban segini.

fndrocka said...

jamban camni senang dikacau kuntilanak..hoho.kita kena hargai jamban...walaupun tempat berak..tapi tanpa beliau...hidup kita sengsara.

AishaAminudin said...

anep.. betui tu dulu kat kmpung ader jamban ni.. seram nk pg mlm2

maslina..sweetsal..zaidah.. btui2

sall.. arwah atuk aku pun ade wat jamban ni..mana ada lampu mlm2.. pakai tochlight jer..

fandrocka..ko penah kene kacau ker..he..he.. sengsara wey takde bende ni..

Sidratul Muntaha said...

jamban camni merasa masa umur dah dewasa sikit time blik umah mbah
klu tak..manjang jer dia suh korek luabng pastu berak.
maaybe dia dah ade kesedaran yg takleh berak dari luabng yg dikorek
so dia pun buatlah jamban gitu.
org dulu,mana thukan?!

AishaAminudin said...

sidratul..btui tu, dulu aku takut nk pegi jamban tu..suruh adik aku teman, last2 aku tahan jer..membebel mbah aku ngok aku ngan adik2..tahan slagi boleh..he..he

Dzulkifley Mohd. Said said...

Ya Allah, takde citer lain ke Kak CT???

Ke merata pelusuk dunia aku pergi, tak pernah lgsg terpikir nk post citer pasal jamban ni on9. Disgusting bunyinya...

Tapi zaman-zaman aku sekolah rendah dulu, pernah merasa jamban curah camnie time balik raya. Time tu arwah Tok Ayah & Opah aku hidup lagi, sekitar mid 1980-an...

Sekarang dah takde, Kak.. Arwah Tok Ayah dah 25 tahun pergi, sama tahun adik aku si Amoy Cina tu lahir.. Opah pun dah hampir 11 tahun tinggalkan aku..

Al-Fatihah..