Thursday, July 22, 2010

Kawan di akhir zaman ini



>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Yang benar-benar sibuk >Dengan urusan baiki diri nya >Yang ada kini hanya >Sibuk dengan urusan mengumpul dunia >Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat >Yang sanggup bersusah dan penat >Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat >Yang ada kini hanya lah >Berbangga dengan ijazah yang menjela >Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Ahli professional yang bertaqwa >Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa >Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana >Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka >Yang hidup nya lebih barat dari barat >Ibadah dan amal terasa amat berat
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita ketemui >Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan >Yang berhubung hanya niat bertanya khabar >Yang ada hanya >Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada >Bersahabat untuk mendapat laba
>Kawan di akhir zaman ini >Payah untuk kita temui >Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri >Yang menghidupkan ilmu yang ada >Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka >Yang ada hanyalah >Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain >Yang menghidupkan sunnah barat >Yang melupakan kehidupan akhirat
>Kawan di akhir zaman ini >Susah untuk kita temui >Yang menjadikan masjid tempat pertemuan >Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan >Yang ada hanya >Yang menjadikan komplek tempat membuang umur >Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
>Kawan di akhir zaman ini >Susah untuk kita temui >Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan >Menjadikan nasyid nyayian harian >Menjadikan selawat ucapan kelaziman >Yang ada hanya >Artis di jadikan bahan pujaan >Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan >Dianggap moden dan berketrampilan
>Kawan di akhir zaman ini >Susah untuk kita temui >Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir >Yang senantiasa merasai jelingan Izrail >Menangis cemas mengenangkan saat kematian >Merintih sayu mengenangkan persediaan >Yang ada hanya >Yang panjang angan-angan >Mengumpul dunia kerja seharian >Seolah kematian itu sangat jauh >Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh



Masih mencari kawan yang memahami....

6 comments:

Mrs. Simplicity said...

susah nak dapat kawan yg boleh betul2 dibuat kawan. kawan akhir zaman ye, menarik statement ni. moga kita tak seperti itu la ye :)

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

betulla pasal kawan ni..payah cari

Zaidah said...

KAWAN BERBEZA NGAN TEMAN...KAWAN SEJATI SUSAH NAK CARIK...

Mek Rose said...

huhuhu..betul2..sy sokong! kwn skang tak sama camdulu2..skang more to nak enjoy sajork..huhu time susah depa takde..:-(

sall said...

aku tag ko...

Iela Fazielah said...

ila sokong dgn statement di atas ni