Wednesday, August 25, 2010

Sotong Goreng Tomyam dan Udang sweet sour

Salam

jom try resepi ni, di jamin sedap.. maaf ler kot sesape yg terliur tengok gambo.. kalau nak lebeh afdal, meh la masak tuk berbuka nanti..



Sotong Goreng Tomyam

INGREDIENTS:
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

BAHAN TUMBUK:


5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

METHODS:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong

UDANG SWEET-SOUR
INGREDIENTS:

500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

METHODS:

1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Selamat memcuba...

4 comments:

Ain said...

terliurrrrrrr....

sabo jer la.....

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

uishhh...nasib baik tahan godaan...heheh...boleh cuba ni..

Iela Fazielah said...

isy2.. cam sedap je sotong goreng tomyam tu.. nak cuba masaklah.. thanks 4 the recipe... bgs bulan posa ni kan.. berkongsi2 resepi

diana said...

banyak2 sabor ye..!