Tuesday, June 12, 2012

Resepi Apam Strawberi

Assalammualaikum

Sabtu lepas pengasuh azry ada buat tahlil kat rumah dia, jadi aku pon yg tak berapa nk pandai masak ni pon dpt satu idea untuk bg apam untuk majlis tu.. resepi ni telah diolah sikit utk mendapatkan rasa yg sedap..hahaha.. Alhamdulillah ramai yg cakap apam ni sedap..tetttt, rasa macam chef la pulak..hehe perasan









Resepi Apam Strawberi

Pertama
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
2 cawan gula
3/4 ibu roti drpd 11grm ( mauripan )
bahan-bahan diatas ni , digaulkan didalam satu mangkuk yg besar

Kedua
2 cawan nasi
3 cawan air
bahan2 ni di kisar sehingga lumat

Kelapa putih  1/2 biji di letakkan sedikit garam utk perasa masin

Cara-cara
Selepas bahan2 pertama di gaul sehingga sebati, masukkan bahan kedua perlahan-lahan dan kacau dgn pemukul telur (whisker) sehingga sebati .

Bahagikan adunan ke 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan putih, dan satu lagi bahagian dibubuh pewarna merah jambu dan perasa strawberi.

Tutup kedua-dua mangkuk tersebut dgn kain bersih, dan perap selama 1 1/2 ke 2 jam

Panaskan pengukus dan lumurkan acuan dgn minyak sehingga rata, dan kukus selama 3 minit.

Angkat acuan dan isikan bancuhan apam kedalam mangkuk acuan, 2 sudu warna putih dan kemudian isikan satu sudu perasa strawberi di atasnya.

Kukus selama 10-12 minit dgn api yg sederhana.

Hasilnya, apam akan berbau wangi dgn perisa strawberi...

Selamat mencuba





6 comments:

sall said...

waaaa....dah pandai buat apom ye. sok bg aku sikit.

Adyshariz said...

insyaallah...hahaha

iLa suHaiLa said...

bestnyer...bile la ila nk blaja buat sndri..hehe

kamu ditag :

http://akukanila.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

Mama Hanim said...

wahhh sedap tu, cantik.. Tq share resepi..

.: iEyLa :. said...

waaahh..sedap je nampak ni...
kne tulis resipi siap2 nih..hihi

Ummu Muhammad said...

cantiknye apam tu sha..kite tangan bangkulah tak menjadi n satu perangai yang tak best, cepat putus asa heheh