Saturday, March 20, 2010

Cerita LAwak...

Rasakan Korangg...


Sebuah kolej menghadapi masalah dengan pelajar perempuan yang tinggal di hostel mereka.

Didapati ramai pelajar perempuan yang mula belajar memakai lipstick. Namun itu bukanlah masalah besar bagi kolej tersebut. Yang menjadi masalahnya terdapat beberapa pelajar yang gemar meninggalkan kesan lipstick di cermin-cermin tandas (konon2 kiss cermin la gitu).

Setiap malam, makcik cleaner terpaksa mencuci berpuluh-puluh kesan lipstick di cermin tandas wanita dan esok paginya pelajar-pelajar itu didapati mengulangi perbuatan yang sama.

Akhirnya, pengurus hostel berpendapat sesuatu mesti dilakukan untuk menghentikan perbuatan pelajar-pelajar ini. Malam itu, beliau mengadakan perhimpunan tergempar dengan siswi-siswi kolej dan menyuruh mereka berhimpun di tandas hostel.

Beliau menerangkan betapa sukarnya tugas mencuci kesan-kesan lipstick itu setiap hari dan menyuruh makcik cleaner menunjukkan bagaimana susahnya makcik tu mencuci cermin-cermin tandas.

Makcik cleaner tu pun mencelup kain buruk ke dalam mangkuk tandas dan mengelap cermin-cermin yang mempunyai kesan lipstick dengan kain itu.
Semenjak malam itu, tiada lagi kesan lipstick dijumpai di mana-mana cermin tandas kolej tersebut

MORAL OF THE STORY:- MAKCIK CLENEAR TU PONG KREATIP K..HUH..HUH

1 comment:

~sall said...

hahahaha.....lawak3. ko pernah buat mcm tu ke??