Wednesday, June 30, 2010

Aida Radzwill tukar nama Aida Khalida


Salam
Dulu Aida Rahim lepas tu Aida Radzwill, sekarang dah jadi Aida Khalida. Terima kasih kepada Aida sebab dia dah guna nama baru sekarang, sedap nama tu. Kata orang kalau guna nama sendiri yang emak bapa kita bagi, lebih berkat. Mungkin lepas dah tukar kepada nama diri sendiri, kehidupan Aida lebih tenang dan bahagia, Joyah harap macam itulah. Sebut pasal Aida, nak cerita apa yang berlaku di mahkamah Selasa lalu. Suaminya, Joe Radzwill mahu pelakon itu kembali semula kepadanya atau jika tidak Aida diisytiharkan sebagai isteri nusyuz.

Joe juga meminta supaya tuntutan cerai fasakh yang dibuat oleh Aida, ditolak oleh mahkamah. Melalui peguamnya, Joe membuat tuntutan supaya pelakon berusia 53 tahun itu kembali taat kepadanya memandangkan mereka masih suami isteri yang sah dan kes berkenaan akan dibicarakan lagi pada hujung Julai depan. -Utusan


Kisah dulu - dulu..
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Perseketuan hari ini mengesahkan pernikahannya Aktres Aida Radzwill atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad dengan penyanyi dan pelakon Joe Radzwill, setelah tujuh tahun berkahwin.
Pengesahan itu dilakukan oleh Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid selepas memutuskan pernikahan kedua pasangan tersebut adalah sah menurut hukum syarak.

Selepas mendapat surat pengesahan ini, pasangan itu diminta untuk mendaftarkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Menurut peguam syarie, Nahar Alias, pihak JAWI akan menyiasat kes ini dan selepas itu mahkamah akan menentukan denda terhadap pasangan ini.

"Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM1000 atau penjara kerana poligami dan bernikah tanpa kebenaran," kata Nahar.
Joe dan Aida bernikah di Yala, Thailand pada 6 November 2002 oleh wali hakim merangkap ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Thailand, Othman Daramah dengan dua saksi warganegara Thailand, Abdul Aziz Ahmad dan Othman Ibrahim.

Sewaktu pernikahan itu, Aida berstatus janda manakala Joe masih beristeri. Namun pada November 2002, Joe telah menceraikan isterinya itu.
Joe Radzwill bercerai dengan isteri pertamanya, Rozita Ramli pada 6 Mac 2003.
Hasil perkongsian hidup dengan perkahwinan pertamanya itu, mereka telah dikurniakan dua orang anak.

Kedua-dua pasangan hadir bersama dengan memakai pakaian yang sedondon semasa perbicaraan tersebut.
Ketika ditanya mengenai mengenai sebab kelewatan mendaftarkan pernikahan tersebut, kata Aida:
"Biasalah...saya ada masalah lain, selalunya saya sibuk dan memang tak sempat, kadang-kadang tak ingat dan leka.

"Tapi yang penting pernikahan saya dengan Joe sudah disahkan," katanya.
Sementara itu menurut Joe pula, selain tidak mempunyai masa yang sesuai, masalah penceraiannya dengan isteri pertamanya juga menjadi punca kelewatan pendaftaran pernikahan mereka.

"Susah untuk mencari masa yang sesuai, hari yang saya tidak sibuk, Aida pula sibuk.
"Penceraian saya degan isteri yang pertama pun memang menyebabkan kelewatan untuk mendaftar pernikahan saya dengan Aida," kata Joe.

Menurut Nahar, pasangan tersebut memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan pernikahan mereka pada 27 Julai 2009.
Pasangan ini pernah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam pada 1 Disember 2002 kerana disyaki berkhalwat di sebuah kondominium di Damansara Kiara.


setahu aku.. si joe ni blum cerai lagi masa aida kawin ngan dia, si isteri tgh pantang lagi mase joe ni kawen dgn aida..ala cam kes noman dgn si memey bengong tu..
ape la nk jadi dunia artis ni sekarang.. kawen cerai buat main- main..

Cerai mmg halal tapi perkara yang paling di benci oleh ALLAH s.w.t

smoga tabah menghadapi cobaannn...

5 comments:

Nida n' Hanafi said...

cerita mengenai Norman dengan si Memey bengong tu memang manyakitkan hati.. kesian si Abby, dah ler dalam pantang...

Zaidah said...

memang tak baikkan buat macam atu...artis nie memang tak bleh jadik model...klu kehidupan sendiripun tak serupa bikin...

Taska Ummi said...

memang tak layak pun nak jadi ikon/model...tapi bila kata tak layak marah pulak...yerlah perasan sikap dia orang bagus...

AishaAminudin said...

nida, mmg sakit hati.. bini punye lawa pon dia abaikan,takpe balasan tuhan tu pasti..

zaidah, x tau la artis mana yg bole d jadikan role model, kebanyakannya hampeh..

faizz, jadi ikon ape, takleh pakai camni..sesangat x layak

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

hehehe ingat kan nama suami baru.. ahaks!