Semalam aku dgn hubby ada aktivity ke BUKIT BROGA panjat bukit, pastu pegi mandi sungai kat sg.terkala di ulu langat bersama rakan-rakin opis.. tapi dalam seronok - seronok tu, rupanya ada pulak yg di landa musibah..
tapi sebelum citer pasal musibah yg melanda budak tu, jom la layan cerita kat sana.
3.00 am
semangat nk pegi panjat bukit, pukul 3.00 pagi aku dgn encik Ady dah bangun tidur, maklumlah kami berdua ni dh lama tak melakukan x tivity bersama, bila dh ada budak tecik ni, mmg tak join dah xtviti berkumpulan yg memerlukan tenaga dalaman..ngehee, tapi kami decide hantar hariz ke rumah my adik di sentul..hehe..ralat jugak nk tinggalkan, tapi takkan nk angkut naik bukit tu, maunya menjerit satu hutan, naya nanti.
4.00 am
sampai kat area opis , tunggu lah bebudak lain sampai..huh..org pertama gak yg sampai..nampak sangat x cited giler
4.30 am
bergerak ke bukit broga.. konvoi 15 biji kete.. ade gak yg tak tau jalan, dah folow pon bole sesat la pulak.. kene tungguu laaa lagii
6.00 am
lepas banyak kali berhenti..akhirnya sampai gak..mak aiii ramai org, akhirnya kami decide pegi solat kat surau dulu, dapatlah berjemaah dgn imam masjid tuu
lepas park kerete kene la bayar RM2.00, sebab tuan tanah tu dah stanby kat depan pintu masuk bukit tu kan..punyalah banyak kete..sib baik kami awal gak smpai
6.45 am
bermulalah pendakian kami semua..
sampai gak puncak bukit pertama, gayat gak aku di buatnya...Konon nk amik gambar kat buaiyan, tapi ramai sangat orang, sebab ramai giler yg ada atas bukit tu, aku dgn encik Ady duk kat satu tmpt jer, nk naik atas lagi bebudak dri Universiti ramai giler..tensen pula aku tengok..
dah turun bukit tu, kami buat BBQ pula kat sg tekala, sronok gak la..xtviti ni..MAKAN time
KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan. Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.
Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang. Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu. Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,”katanya.
tak sangka aku, ada pula yg jatuh bukit..kesian budak tuu..hope cepat sembuh la dik..
P/s : Alhamdulillah..kami semua selamat pergi dan selamat balik..takut pulak dengar citer camni..kene keep fit la lepas ni la..la..laa
8 comments:
seronok jer baca kisah pendakian korang ke broga hill ni...nape tak amik gambar kat buaian keramat tu?? hehe
dah last2 sedih pulak...malang tak berbaukan..tak pe lah..pengajaran utk org lain supaya lain kali hati2 ke sana..
wahhh bestnya...tingin gak nak g. hehehh ritu Nana dh dok atas boyan tu
syokkknyerrr.. x pernah ada experience cam ni..
** smoga adik tu cpt sihat & x alami kecederaan y serius
di mana2 ada risiko kan..kdg kita dah berhati2 tp dah ketentuan...
macam best aje.. dah lama teringin nak pergi ke bkt broga tu.. tp tak sampai2 lagi.. kesiannya pada pelajar tu.. harap2 tiada kecederaan yg serius padanya..
penah gak plan nak pi bukit ni..... tapi bila pikir nak ngankut si tecik tu,, huhu len kali je la tunggu dia besar ckit...
kalau x kita dah jumpa dah smlm... geng pku upm pun gi jugak.. tp si syafiqh n irfan xsihat.. terus cancel pegi.. ala... jelesnyer!
Broga hill memang cantik pemandanganya.
Post a Comment