Wednesday, January 04, 2012

Spagetti.. Resepi In the blog

Assalammualaikum

Azam tahun baru, nak berjinak-jinak  untuk membuat resepi baru di dapur, manalah tau lepas ni kalau ada skil bolehlah masuk Master Chef malaysia season 2, hehe... ini namanya resepi spagetti adyshariz, sebab apa bubuh nama ni, sebab resepi ni adalah ikut mengikut tekak sendiri ok..hehe.. silalah layan


Resepi Spageti Adyshariz
Bahan-bahan ( 5-6 )
I paket Jusco selection pasta No 5
2 biji bawang besar (di potong dadu)
4 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu besar serbuk lada hitam di tumbuk halus
1 tin tomato puri
1 cawan air
2 sudu besar sos cili 
1/2  sudu  besar gula
5 batang sosej di potong dadu
8 biji bebola ayam (direbus separuh masak)
5 ekor udang bersaiz besar 
sedikit minyak zaitun untuk menumis
garam secukupnya
sedikit daun pudina sebagai hiasan hidangan
Cara-cara 
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan serta berbau wangi. Kecilkan api sedikit
2. Masukkan sosej yang di potong kecil dadu, gaul sehingga sebati bersama bawang sehingga sedikit garing
3. Masukkan tomato puri dan air ke dalam periuk
4. Masukkan serbuk oregano, sos cili dan lada hitam. Tutup periuk seketika sehingga mendidih
5. Masukkan Udang dan bebola ayam. Kecilkan api dan tutup periuk kembali seketika
6. Masukkan Garam dan gula secukupnya
7. Biarkan masak selama 3-4 minit
Cara-cara merebus spageti
1. Rebus spageti ke dalam air mendidih yang dicampukan sedikit minyak zaitun dan garam.
2. Biarkan ia mendidih sehingga spageti lembut.
3. Gaulkan sesudu kecil marjerin kedalam spageti untuk kesan yang cantik/berkilat
3. Hidangkan spageti yang dicampur dengan kuahnya.
4. Taburkan keju parmesan jika suka dan hiaskan daun pudina untuk menambah serinya


4 comments:

zaidah said...

apa kata syah buat lagi hantar kat zai...

sedutzone said...

nam makan udang galah ar...

Sidratul Muntaha said...

tu daun pudina ke daun ketum ko ltk tu?
ahahaha
sedap weih..
lamam dah msk spageti..
rasa mcm nak buat la esok..
esok yer..
esok!

cikpuanhady said...

waa..udang besau tu yang tak tahan tu..leh cuba nanti ni..zahra suka betul kalau spagetti ni..