Tuesday, June 26, 2012

Resepi Hokaido chiffon cupcake


Assalammualaikum

Semalam, mmg tak tau nk buat apa, tapi disebabkan aku ada hutang dgn budak 2 org kat opis, so..aku pon teruskan lah hajat utk membuatnya..

Resepi ni mmg akan membuatkan cupcakes korang lembut mcm kek span, tapi rasanya mmg sedap sgt, aku buat kek ni sb nk balas balik bebudak 2 ekor tu sb sudi belanja aku n hubby makan kat burger bobby simpang 3...

Tak sia-sia, aku buat cupcakes ni... teksture dia, tak sama mcm buat kek lain, dgr citer cupcakes ni kalau org jual kat luar mahal harganya..





utk filling cupcakes ni, aku guna strawberi flavor..pehhh..mmg sedap


Resepi Hokaido chiffon cupcakes.

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

kredir resepi amik kat SINI



5 comments:

Sidratul Muntaha said...

cayalah
aku tak tertry2 lagi

sall said...

rajinnya

sall said...

rajinnya

Ardini Humaira said...

gulp! terliur tengok kek comel sedap ni :D

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

sedapnya....terliur habis