Monday, June 25, 2012

Resepi Kek Coklat

Assalammualaikum

Ok..ni resepi kek coklat amik dalam internet gak, tak ingat dr , tp rasanya dlm myresepi , cuma baru sekarang baru rasa nak test power...hahaha, comot tapi sedapppp

ok kekawan, selamat mejamu mata..

Ader rezeki, aku buatkan utk korang nanti yaa


kek coklat  Moist marvelos



ni tukang menyebuknyaa...hahaha

asal pegang senduk jer, nak tolong, adoii letih ibu tau

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan serbuk koko
*1/2 cawan gula halus
*1 cawan air panas
*1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api bawah
Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Selamat mencuba



kredit utk http://www.myresipi.com/top/detail/2963




1 comment:

athirah said...

leh bt utk sy skali ni :)