Friday, August 20, 2010

Sedap Cream Puff Jagung Ni..


Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

· 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

· 100 gm butter (butter cup sedap)

· 250 ml air

· 1/2 sudu teh gula

· 3 biji telur



· Bahan-bahan untuk inti jagung

· 1 cawan air

· 1/2 cawan susu cair

· 1 cawan jagung dalam tin (ayam brand)

· 1/2 cawan tepung kastad

· 5 sudu besar gula



Cara-cara untuk puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.

2. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan

3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer


4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang


5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti

1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap

2. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff


okaylah, kepada yg nak mencuba resepi ni, selamat mencuba, inti tu boleh di tukar kepada colat cair atau strawberi pun sedap gak. Selera masing - masaing, tapi tak rugi pon buat sebab senang mudah dan kenyang.. budak - budak pun suka.





6 comments:

SHAZA said...

memang mudah nak buatnya ni aisha tp saya ni ada anak kecik tu yg malas....

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

emm..suka makan tapi tak penah cuba buat lagi.boleh try pasni tapi bila tataule. :PP

puan sri rapizah said...

so easy da cuba n rasanyer yummy sesangat,...thankspada empunyer resepi..

puan sri rapizah said...

resepi terbaikkkkkkkkkkkkkk

diLot said...

nak buat inti tu.. kne didih atas air ? pastu bile nak masokkan jagung dalam tin? huhu sorry saye mmg tak reti buat :D.. so walopon common sense jek saye tatau jugak.. huhu

#ciksuzlin said...

waa~~bestnya (^___^)

nk try la nnt.