Saturday, October 16, 2010

Budget 2010 yg Aku suka

Salam

haha..budget dah keluar, nampaknya pekerja swasta tidak dilupaka oleh kerajaan, harap semua budget yg di keluarkan menuju ke jalan yg sepatutnya..


Ni antara budget best!!

Bagi meringankan beban pengguna lebuhraya PLUS kadar tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun.
(yeahh!! aku suka..sebab aku hari2 guna TOL, 4 hinggit pegi balik)

PM mengumumkan Skim Pencen Pekerja Swasta mulai pertengahan tahun depan.
(okay tahun depan simpan duit lagi)

Dewan gamat apabila PM mengumumkan duti 300 barangan import yang digemari oleh pelancong luar dan rakyat negara ini dimansuhkan..Antara barangan yang dimansuhkan adalah duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet,pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan!!
(hehehe..suka..suka)


Dan yang ditunggu oleh penjawat awam.. (suka la adik aku)
  • Cuti bersalin 90 hari!!(tertakluk kepada jumlah cuti yang diperuntukkan)
  • Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya.
  • Bantuan RM500 kepada penjawat awam yg akan dibayar pada Disember.
  • Menyambung khidmat pegawai khidmat singkat utk setahun lagi.


p/s : yang lain korang pi la cek kat blog lain, ni pun aku copy skit kat blog adik ni

No comments: